Pages

Tuesday, November 19, 2013

CARI HANTU DI VILLA NABILA



Inilah Villa Nabila - foto google






Dalam sekelip mata Villa Nabila jadi terkenal seantero Malaya. Masa Kjee seringkali ke Johor dulu, pernah lalu depan kawasan tu. Dan pernah jugak menginap di M-Suites yang Kjee rasa tak jauh dari Villa tu. Kalau si penakut ni tahu cerita 'kekerasan' Villa Nabila ni, pastilah tak cari tempat penginapan kat situ!

Pagi semalam, UnclePali yang mula buat cerita pasal Villa Nabila yang dibacanya di laman sesawang. Masa tu Kjee tengah sibuk buat entri Highland Towers.

"Budak-budak masuk Villa Nabila hilang," kata UnclePali. Kjee pandang UnclePali.

"Villa Nabila?" Masa tu terus register dalam otak. Sejak bila Nabila Huda ada Villa? Wah dasyat ya mokcik tu... dah mampu ada Villa. Kenapa budak-budak hilang dalam Villa dia? Dia orang pergi 'intai' Nabila ker?

Isyhhh rupa-rupanya ada Villa berhantu di Johor Baharu yang namanya Villa Nabila. UnclePali kata mungkin budak-budak tu terpengaruh dengan docu-filem Highland Towers.

Kemudian UnclePali bukak twitter. Cari lagi cerita panas. Lepas tu siap bukak akaun twitter untuk Kjee, kononnya supaya Kjee dapat follow sendiri. Macamlah dia ingat Kjee minat bende-bende twit meng'twit' tu. Kalau minat dah lama aku bukak!



Salah seorang budak yang cari hantu di Villa Nabila semalam


Punyalah Kjee tak sabar nak tunggu Berita Terkini jam 1.30 di TV3. Tak ada cerita pun atau Kjee terlelap seketika masa tengok! Kemudian malam tadi, Kjee duduk depan TV nak tengok Buletin Utama. Dalam hati Kjee, pasti kisah budak-budak tu jadi headlines. Tapi tunggu punya tunggu, tak ada pun headlines pasal budak-budak tu.

And then apabila berita nak dekat habis barulah ada. Alahai, tak ada coverage yang menarik pun. So, itu maknanya tak ada apa-apapun nak digemparkan. Hanya laman sesawang jer yang bikin panas.

Pagi ini Kjee ada baca satu komen di FB yang mengatakan, filem-filem ala dokumentari macam Highland Towers harus diharamkan dihentikan pembikinannya supaya dapat elak anak-anak remaja menjadi inquisitive. Jadi teruja nak test power mereka dan berlonggok ke tempat yang dikatakan keras dan berhantu.

Kalau ditanya pandangan Kjee yang dah tua dan penakut ni, tak payahlah cari penyakit. Benda tu tak ganggu kita, kenapa kita nak menyibuk ganggu ketenteraman bende tu. Tak ada faedah pun. Kalau tujuan remaja semua tu ke sana sebab boleh dapat kekuatan sebagaimana yang diperolehi Badang, maka Kjee rasa okaylah jugak kan. Hehehe.

Disebabkan buat kerja tak berfaedah, ramai orang dah susah. Polis, bomba, bomoh, pengamal ilmu mistik, kumpulan pengkaji para normal dan jugak kehidupan normal insan-insan yang gunakan jalan depan Villa Nabila, jadi kelamkabut.

Cuti sekolah ni, korang buatlah kerja yang berfaedah sikit... buat kerja gotong royong cuci dan cat mesjid ker, bersihkan kubur ker... hmmmm.

Blog Mazidul Akmal ada kisah terkini pasal budak-budak ni. Korang baca sendiri ya.

Mungkin lepas ni, ada produksi yang dapat idea untuk buat filem pasal budak-budak yang tak ada kerja lain ni. Hehehe. Kjee boleh tolong tulis skrip. Judulnya CARI HANTU DI VILLA NABILA. Hehehe. UnclePali suggest judul NAIK HANTU DI VILLA NABILA. lol.



Ini foto google

10 comments:

MizzTina said...

dh xde keje sgt nk buat ms cuti sekolah, sudahnya menyusahkan org lain.. btl kata kak jee tu, benda tu xganggu kite, xyah la kite sebok ganggu dia..

yana yani said...

saya sebenarnya tak tahu langsung pasal cerita ni
semalam terbaca dekat blog bersama mazidul, barulah tahu
pagi ni dekat kosmo! pun ada, front page lagi
saja bikin panas aje
entah ye ke tak budak tu ke situ, entah-entah lari dari rumah
kita tak tahu kan

Irfa said...

saja buat org susah

kakchik@ella said...

budak zaman sekarang .. sume benda 'interesting' pada diaorang. Ella dah baca kat blog Mazidul .. apakah persoalan sebenarnya? Lari dari rumah or whatsoever? Hmmmm .. cari pasal betul dorang ni, kan.

Kjee said...

Maaflah... pada Kjee kalau tujuan nak cari hantu, takkan bawak mak we memasing. Ini mesti ada projek lain kot. Wallahualam.

shaty said...

Betoi sesangat KJ .. memang tak berakal depa ni .. menyusahkan SEMUA org. Macamlah polis dan bomba Msia tak de keja lain nak buat . Lainlah kalau mereka di CULIK dan di simpan di sana ke ... memang wajar semua pihak membantu. dalam ramai-ramai tu tak da pula yang boleh berfikir dengan waras .. SEMUA sama tahap je kebodohannya ... satu lagi jenis suka panjat bukit dan gunung tanpa juru arah yang bertauliah atau mahir. Hujung-hujung sesat .. tak dapat cari jalan turun ... berbondong-bondong pula lah pelbagai PIHAK pergi mencari ... dah selamat turun selamba suka je angkat tangan tunjuk PEACE .. seolah-olah mereka adalah HERO atau dah Berjaya jadi popular...

norhidana miswan said...

mcm2 kan... last2nyer jumpa bdk tuh kt flat desa mutiara, jb.... elok je bdk tuh kt situ sedangkan beria2 org ramai cari dia kt villa nabila tuh... menyusahkan org je keje...cube lah bt aktiviti yg berfaedah skit

Kem Mirza said...

budak-budak tu, takda pasal cari pasal. Kalau kami masa kecil dulu dah kena piat dengan makbapak.

Cik Eka said...

Ghope ghopeeennyerrr. Kene 'culik' kat umah awek. Lahai depa ni, skang ni bukan cm dedulu. Asal hilang je masuk fb, pastu macam2 version ada masuk tambah pak aji, garam, asam keping. Dah jadi macam2 cite + khabar angin.

Geram plak. Heheh

Anonymous said...

Rasa mcm nk sunatttt bdk ni skali lg!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...