Friday, November 1, 2013

KUIH BAKAR DAGING RESIPI TURUN TEMURUN












Kjee dan keluarga panggil Kuih Bakar Daging. Ada orang panggil Kuih Bakar Berlauk. Tak kesahlah nak panggil apapun. Ia memang kuih kegemaraan kami sekeluarga. Buatnya senang. Keluar oven jer, tak perlu tunggu sejuk...selalunya habis dalam sekelip mata.

Kjee buat stail arwah bonda yang tak kedekut bahan. Seandainya Kjee meniaga pun, Kjee akan guna bahan-bahan sama. Biar orang puas makan kan? Tak baik kemut (kedekut).  Malangnya, aku tak jual hehehe.

Ini antara resipi Arwah Bonda yang I treasure so much. Setakat usia Kjee ni, belum pernah jumpa orang jualan buat sesedap resipi Bonda ni. Amboi....

Semalam, tetiba Nadia kata dia dah lama tak makan Kuih Bakar Daging. Satu signal untuk beritahu Kjee yang dia nak makan lah tu. Kebetulan, selera kami serupa. Apa yang dia teringin, sebut sahaja, tiba-tiba Kjee pun teringin. Hehehe.







Tadi Kjee suruh UnclePali beli Azmy Minced Beef yang tak banyak lemak macam Ramly's. Satu peket 400gms RM6.80. Tetapi berbaloi-baloi sebab daging cincang Azmy tak jugak nampak hitam macam pesaingnya. Daging warna lembut ala-ala pink yang membawa maksud, daging itu lembut.

Biasanya Kjee guna daging batang pinang. Tapi sekarang susah nak dapat daging batang pinang segar. Kalau tak makan daging, boleh guna minced chicken.

Oleh kerana lama tak buat, Kjee macam was-was tengok kepekatan batter. Macam pekat sangat. Tadi telor tinggal 4 biji (resipi perlu 5 biji). Habis nak buat camner? So Kjee tambah air dalam ½ cawan. And then tetiba Kjee teringat!  Ohhh rupa-rupanya hari tu Kjee buat rempeyek. Batter rempeyek cair sangat-sangat. Sebab itu Kjee konfius.

Kalau korang nak dapat yang elok lembut macam Kee buat ikut resipi betul-betul. Kalau tidak, tak sedap sebab kuih tu jadi kenyal.

Lagi satu, beza antara acuan tembaga dan acuan biasa (alluminium?) ialah, kalau guna acuan biasa, tempoh waktu membakar hanya 15 minit. Acuan tembaga sikit lebih kurang 18 minit.

Satu adunan jadi 6 biji kuih.

Resipi, korang terjah SINI lah.






13 comments:

  1. Menarik sekali k.jee..insy akan cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. Ni yang macam nak buat ajer.....serius sedap kuih ni..che mat pernah bikin sekali dulu guna resipi kak jee...

    ReplyDelete
  3. Assalam k jee. Sedapnye. Sya pun suke kuih bdaging ni. Cuma musykil sket resepi tu kata dpt 3 bj kuih. Kat sini k jee kata 6 bj. Mana yg sebenarnye? T ksh kongsi resepi.

    ReplyDelete
  4. Itulah Ana. Dulu buat guna acuan tembaga hanya dapat 3 biji. Sekarang Kjee guna acuan tembaga dan acuan besi, dapat pulak 6 biji!! Acuan besi jadi kecik sikit. Kalau buat sepenuh acuan besi, rasanya boleh jadi dalam 7-8 biji!!

    ReplyDelete
  5. Heee3....sya ada acuan besi je. Nmpk cm kecik dr tmbaga sbb sya penah tgk tmbaganye tinggi dn saiz besar. Cmtu mau sya dpt 6, 7 bj ni. Mcm nk wat kenduri 1 kg bole bg he3.. Insyallh sya nk wat stgh adunan je bila2 fre nti. Tp telo 3 bj. Mana sedap kurang telo. Betul tk k jee.

    ReplyDelete
  6. Hmmm begitulah. Kjee memang suka telor lebih sebab kuih jandi ringan.

    ReplyDelete
  7. huiiii my favourite! kena cuba ni. tq kak jee, kongsi resepi. tapi nak tanya telur tu guna gred apa? ke belasah ajer? tq!

    ReplyDelete
  8. kihkih...tq! byk dah cuba resepi kjee ni, mmg sedap. selalu bila suami tanya ikut resepi saya, saya kata blog kjee. kjee mana? kjee monaliza. hahaha saya taktau kenapa saya ingat sangat watak kjee dalam drama dulu tu. tajuk drama x ingat la pulak

    ReplyDelete
  9. Salam kak Jee, mohon ambil resepi. nampak sedap n menyelerakan. Saya suka kuih bakar berlauk ni n kuih yang pedas2

    ReplyDelete
  10. salam kakjee....klu sy xbakar dlm oven blh??? dsbbkn xde oven....sy bakar atas dpur jer...???

    ReplyDelete
  11. salam kakjee, mohon halalkan resepinya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Semua resipi dalam blog saya adalah untuk dikongsi semua. Tidak perlu mintak izin. ♥️

      Delete