Pages

Tuesday, November 12, 2013

MY LATEST KITCHEN GADGET





Dah lama mengidam pie maker ni. Jenuh jugak round satu Malaya  mencarinya tapi tak pernah jumpa. Tak tahu camner hari tu bukak mulut beritahu UnclePali.

UnclePali memang pantang sangat-sangat kalau Kjee sebut nak beli apa-apa. Dia terus surf internet. Dan malam tu Kjee tidur sambil senyum sebab UnclePali terus beli online!

Taklah mahal cuma RM75.90 jer. Tapi harga sebenar RM288. Isyhhh takkan murah sangat dia orang jual. Mungkin dah hujung-hujung stok kot.

Anyway, apabila ada pie maker ni, bolehlah Kjee rajin-rajin buat pies. Dalam kepala dah terbayang chicken pies, beef pepper pies and the like. Boleh stock up dalam freezer. Kalau ada kengkawan datang tak ada appointment, terus masuk oven.

Itu kalau buat untuk frozen lah kan. Kalau nak terus makan, 8 minit jer baking time.

Gina Manan yang baru kembali ke tanahair kata, kat Australia murah sangat. Kenapalah Kjee tak kirim suruh dia beli kan? Tak apa. Nak fikir-fikir lagi apa yang Kjee nak. Sepupu Kjee pun ada duduk Sydney or Canberra, tak berapa pasti. Dah dapat PR sana. Dia kerap jugak balik.






6 comments:

Capt Lalok said...

wah kak jie, tak sabar nak tunggu resepi pie ni

Noor Yusoff said...

Salam Kakjee nie kira rezeki ..mmg berbaloi dapat membeli. Saya pun cari mmg tak jual lagi di sini nanti nak goggle lazada .

ana said...

Murahnye. Kjee beli kat online mana. Cercita cercita...kita pun nk gak.

Anonymous said...

Saya pun ada .. tapi baru try sekali .. guna roti. Teruja tengok Kak Ida ( 1001 resepi ) demo .. terus google cari. Terjumpa blog Umiyumi di Perth mengiklankannya. Rembat sebiji. Dulu masa saya menuntut di luar Negara, pernah beli tapi saiz besar lagi. Tak pernah guna .. sebab minat menge pie belum ada. Dari biar tersadai gitu, saya sedekahkan pada jiran yang saya rasa ada anak ramai ( sure dia kena masak kan :) ) Dah ujung usia baru minat datang. Terus order dan beli pula.

Kjee said...

Kjee beli kat Lelong.com

ana said...

Tenkiu kjee. Kita dh beli pie maker ni kat lelong. Tk sabar nk try wat pie. Amik resepi pie kjee and nk wat chicken n apple pie. Makasih byk. Dh lama cri pie maker ni. Penah jumpa tp hege ratus2.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...