Pages

Friday, November 8, 2013

NAK FREE PUNYA PASAL....





Pagi tadi, agak kecuh jugak di Facebook Kjee apabila Kjee link satu kisah dari blogger Anak Seberang. Oleh kerana Kjee tergocoh-gocoh hendak keluar, Kjee hanya dapat baca komen kawan-kawan menggunakan Samsung Tablet di dalam kereta pasal entri tersebut.

Kisahnya mengenai satu iklan sebuah syarikat kecantikan yang mempunyai rangkaian kedai di beberapa buah bandar besar di negara kita.

Memang selalu syarikat itu muatkan iklan mereka di TV. Kononnya, mereka beri facial percuma berserta travellers kit kepada pengunjung baru. Dengar betul-betul, pelanggan baru sahaja.

Apabila Kjee tengok iklan facial percuma itu, langsung tidak timbul keinginan nak mencuba. Bukan kerana Kjee banyak duit dan tak hingin yang percuma. Tetapi Kjee dah agak mesti ada yang tersirat di sebalik PELAWAAN PERCUMA itu.

Mana ada syarikat yang sanggup beri benda percuma bernilai lebih kurang empat lima ratus ringgit kepada berapa ramai orang tanpa had kan? Kjee dah lama hidup. Dah banyak pengalaman.

Masa muda-muda Kjee suka sangat pergi ke salun rambut di sekitar KL. Kalau dalam perjalanan ke assignment, singgah dulu di sana. Cuci rambut, blow dry, set dan semua yang sewaktu dengannya. Harga cui rambut masa tu kalau tak silap tak lebih dari RM10. Tapi masa nak bayar kopak jugak seratus dua. Semuanya sebab amoi yang cuci rambut tu goda Kjee dengan product import yang kononnya elok.





Kalau pergi facial pun sama. Facial baru RM50 tapi masa nak bayar, kopak sampai tiga empat ratus sebab kononnya kulit wajah Kjee sensitive dan perlu penjagaan rapi. Kepala hotak dia oranglah. Kjee bukan nak berlagak tapi tidak pernah ada sebiji jerawat singgah di wajah Kjee masa muda-muda dulu. Kulit muka Kjee memang elok sangat-sangat sebab Kjee amalkan petua. Bab petua tu lain kalilah aku citer.

Kalau kulit wajah Kjee dah okay kenapa pergi facial? Sebab gatal. Kengkawan pergi, Kjee pun terikut-ikut. Masa belum kahwin, mana ada commitment?  Gaji berserta overtime tak habis makan. So, apa lagi lah kan? Hehehe.

Apabila Kjee baca komen-komen mereka yang TERKENA dengan pujukan dan jugak ugutan syarikat yang Kjee maksudkan di awal entri ini, Kjee terkejut besar!! Ada salah seorang kawan FB Kjee kena sampai puluhan ribu ringgit selepas pergi untuk mendapatkan facial percuma.

Harap-harap ada staff dari Kementerian berkaitan yang boleh memantau syarikat ini. Ini adalah penipuan yang dilakukan terang-terang.

Bukan sahaja syarikat kecantikan itu yang melakukannya tetapi juga sebuah syarikat pelangsingan badan jugak menjalankan kegiatan yang sama!

Modus operandi mereka serupa. Tawarkan satu sessi percuma, siap ada free gift yang mereka kata bernilai ratusan ringgit. Kemudian selepas sessi pertama percuma itu, mereka tidak akan benarkan seseorang itu pulang tanpa sign-up pakej yang mereka tawarkan.






Dipujuk dan dipujuk dan dipujuk. Mula-mula cara baik tetapi apabila pelanggan itu enggan, mereka mula bertindak kasar. Ada yang takut atau yang nak jaga muka tak mahu malu, terus sign pakej yang tidak masuk akal harganya!

Lihat antara komen dalam FB Kjee mengenai hal ini.

MANGSA PERTAMA
Akak nak tahu sy kena tipu bape byk? Sy takut nak ckp kak.Masih ada 12 sessi lg. Dah setahun sy x pegi. Sy..puluh ribu.Nasi dah jd bubur..mungkin ikutkan napsu nak cantik.Muhasabah diri..

MANGSA KEDUA
MEMANG menipu XXX ni.. sy pun dah terkena,,cakapnya free treatment,, habis treatment,, paksa sign up borang utk rawatan mencecah ribuan ringgit.. saya berkeras tak mau sign up sbb tak mampu,, akhirnya nyonya tu mengalah,,malas nk cari gaduh,, sy sedekah je rm10, dan dpt la bawa balik free travel kit yang dijanjikan...

MANGSA KETIGA
saya pun baru 2 mgu lps pegi XXX ni, service dia mmg x bagus, wat sambil lewa je, muka x friendly langsung, nasib baik dia xda paksa beria sgt tp muka dia mmg mencuka la... tp i dpt free gift tu..

MANGSA KEEMPAT
Sama jugak dengan syarikat XXX (syarikat pelangsingan). duit berhabis, kurusnya idak jugak. semua propa aje

Untuk kisah lebih lanjut, korang baca SINI.

Hati-hati. Jangan terpengaruh ya,.



Foto semua aku google jer

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kakjee,

kita perempuan ni memang kena kuat untuk menepis semua desakan, godaan, penipuan dan tektik peniaga. bukan saja yang tektik di kedai, premis perniagaan. sekarang banyak melalui panggilan telefon. ada yang menjemput kita ke hotel untuk percutian percuma lah, makan malam percuma lah, kononnya lah, tapi bila kita setuju, haaa.....siap lah, dijerat. bagi saya tak perlu dilayan semua ni. kena tegas. kena garang. sebab yang menjadi mangsanya, kita juga. duit habis begitu saja, hati pun sakit. sekarang ni saya tengah geram dengan pihak astro. selagi tak setuju dengan tawaran yang ditawarkan, selagi itu lah berterusan memujuknya. astro sekarang menawarkan pemasangan internet maxis fiber optik dengan kelajuan 10mbps pada harga 148 sebulan. panggilan suara pula kena tambahan 20 ringgit. pada sesiapa yang nak. pakaj astro pulak akan dapat diskaun selama 2tahun, dan tax 6% tu akan difree kan. lepas tu, kena ikat pulak selama 2 tahun, kalau nak tamatkan, kena penalti 2400ringgit.siap buat perbandingan lagi dengan pakej internet syarikat lain. siaran pulak tak akan tergendala bila hari hujan. nampak menarik, kan! tapi bila difikirkan balik, dicongak, ditimbang, lagi membebankan ada lah. mau jadi stress saya nanti bila tengok bill astro nanti. kesimpulannya: tepuk handbag, mampu ke tak? wasalam.

JunAina said...

Dulu seorang kawan pernah kena juga mula pujuk lepas tu ugut siap ramai2 masuk dlm consultation room tu.

LydSunshine said...

Benda ni konsep dia mcm sama je dgn gores dan menang. Paksa org untuk beli. Betul tak kak jee.

Irfa said...

kawan sya nyesal sms satu slimming centre ni
skrg dia phobia dgr phone bunyi
amoi slimming tu asik call hari2 pujuk suh dtg

Ain Ridzuan said...

saya memang x sedap hati nak pergi tempat2 macam tu.. Masa saya cuti bersalin dulu derang ade datang opis.. so kengkawan pon teruja la... dapat cupon free, maka berbondong2 la derang pergi kat tempat itu. sekali masing2 kene pakse tak ingat2.. kesian hajat hati nak wat facial (sbb ade yg pestime wat) tapi kene tipu..

http://sweetmom83.blogspot.com

Anonymous said...

Service tax 6% tu mmg tak boleh dikenakan sbb kerajaan dah tetapkan tiada service tax utk perkhidmatan internet. Jgn terpedaya dgn kata kata mereka. Boleh rujuk pada lampiran yang terdapat bersama-sama dgn akta pengecualiaan cukai perkhidmatan. Marilah kita menjadi pengguna yg bijak dan tahu hak-hak kita.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan semua, service tax utk perkhidmatan internet mmg dikecualikan oleh kerajaan. Untuk rujukan, boleh pergi ke lampiran pengecualiaan cukai perkhidmatan . Nak senang rujuk, pergi ke website kastam, di situ ada banyak kategori tentang perkara yg perlu cukai dan dikecualikan cukai. Jgn tertipu dgn strategi pemasaranoleh mereka yg tak bertanggungjawab ini.

Nour Madihah said...

huhuhu... saye pun baru tekena kak gee... kena pow RM50... tu pun nasib baik saye ckp kad bank saye kat suami, kalau tak habis la RM1200.00 saye... serik sgt2... first time facial pulak tu.. :(

Anonymous said...

silap ah sikap org.kita.kena free... je suma macam.kena.tindik.hidumg

Wanie Warniee said...

btul kak jee sy penah dpt coll dr syarikat london tue...paksa sy suruh p try free..sy xnk p tp hari2 coll suruh p adeh...siap2 marah saya

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...