Pages

Tuesday, November 5, 2013

NASI AMBENG JAWA KAY ELL









Tiap kali makan Nasi Ambeng di mana-mana kecuali buat sendiri , hati Kjee akan berkata-kata. Isyhhh mahal lah. Satu pinggan atau bungkus, lengkap dengan mi goreng, paling murah RM5. Kalau kat restoran, ada mencecah berbelas ringgit.

Nasi Ambeng consists nasi putih, satu jenis main dish, biasanya lauk ayam masak sambal, masak merah atau masak kicap. Kemudian wajib ada sambal goreng iaitu lauk tempe tahu, serunding kelapa dan jugak ikan kering biasanya ikan bulu ayam atau ikan cekik leher. Juga mesti ada mi ataupun mihun goreng sekali.

Jadi kenapa kalau lauk itu sahaja mesti mahal? Hari ni Kjee dapat jawapannya! Buatnya amat renyah!! Ya Ampun toke-toke Nasi Ambeng sebab Kjee main kutuk sahaja selama ini.

Kjee dan Nadia duduk kat dapur dari pukul 12.30 tengah hari. Pukul 3 baru siap dan makan! Bukan nak tobatlah tapi Nadia kata lain kali beli aje lah Mama. Masak hari ini, just to satisfy your curiosity... walaupun buat sendiri lagi sedap tapi buang banyak masa, tambah UnclePali.








































Hehehe. Tengoklah camner nanti. Tapi habis saja makan, Nadia kata : "Eh Raya tahun depan kita buat Nasi Ambeng nak Mama?" Pulak dah.

Nasi Ambeng ini makanan orang Jawa. Dihidang masa kenduri kahwin ataupun kenduri lain. Diletakkan satu hidang dalam dulang, untuk empat orang. Nasi diletak ditengah-tengah dan lauknya keliling. Jadi, duduklah bersila, bersimpuh seramai empat orang. Biasanya disediakan jugak beg plastik untuk bungkus kalau tak habis sebab portion nya banyak.

Tadi Kjee buat lauk sambal ayam, sambal tempe tahu sama kentang, serunding kelapa, mi goreng dan jugak ikan kering bulu ayam. Makan satu dulang dengan Nadia. Sedap sangat. First time buat, Alhamdullilah sukses.

Kjee tak nak bagi semua resipi makanan diatas sebab nanti berjela-jela entri ini. Resipi Sambal Ayam, korang KLIK SINI. Untuk Sambal Tahu dan Tempe, korang boleh tengok SINI dan pepandailah adjust. Atau korang boleh buat yang macam BEGINI. Mi goreng semua orang tahu buat. Tak kisahlah resipi camner pun, janji ada rasa mi atau mihun goreng. Hehehe.

Okay tinggal bab Serunding Kelapa yang Kjee nak share ngan korang. Ini versi Kjee tau. Kalau tak ada serunding kelapa, tak cukup sifat tau Nasi Ambeng korang.





SERUNDING KELAPA

Bahan-Bahannya:

½ biji kelapa parut, putih sahaja
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar yang kecik
1 inci kunyit hidup (Kjee guna 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 sudu kecik jintan manis
2 sudu udang kering (dicuci dan tumbuk)
1 sudu besar gula Melaka (Kjee guna soft brown sugar)
½ cawan air asam Jawa


Cara:

1. Bawang putih, bawang besar, jintan, halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai ditumbuk halus.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk termasuk udang kering. Tumis hingga garing.

3. Masukkan air asam Jawa. Masak 1-2 minit.

4. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga bahan tumis sebati dan sekata.

5. Perlahankan api dan biar kelapa dan bahan tumis disangai seketika. Apabila sudah hampir kering, masukkan gula dan gaul lagi sampai rata.

6. Rasa. Kalau tak cukup masin, bubuh sedikit gula. Mesti ada rasa manis sedikit.


Kjee guna separuh jer kelapa parut sebab UnclePali dan Nadia tak suka. Kalau korang nak buat, boleh gandakan bahan-bahan. Sedap jugak makan dengan lontong.



Ni Kjee dan Nadia perabis tadi... hehehe










14 comments:

Anonymous said...

Assalam Kak Jee, mesti kena cuba ni. Dah bnyk resipi kak jee saya buat n mmg menjadi. Jutaan terima kasih atas segala ilmu n info yg kak jee bagi. Setiap hari mesti buka blog kak jee (top on the list) and I feel like I am missing something kalau takpegi blok akak. May Allah SWT bless u and family.

Cik Siti Abu Sujak said...

Kalau kat kampung saya, serunding tu ada versi Ponorogo (color hitam sket n lebih remeh..) & versi macam kak Jee buat tu.. hihi! Rindu nasi ambeng... kat Kedah takda

Kjee said...

So sweet Anonymous. I am touched. Thank you.

Suzie said...

Salam kak jee , x pernah makan. Nak beli pun tak tahu kat mana. Boleh cuba nanti. Tq

roza said...

sedapnye..nampak selera plak...

Mat Gebu said...

meletoppp.....nasi ambeng kak jee....Kalau kita ada adik beradik ramai bess kan kak, Kalau nak bikin nasi ambeng untuk majlis atau kenduri, kita bagi2 tugas...sorang masak nasi, adik yang tu masak ayam, akak yang tu masak mee dan sebagainya...tiba masa masing2 hangkut lauk2 yang masing2 masak...tinggal longgok kan aje....

Kjee said...

Very betul Che Mat. Nadia anak tunggal... camner?

Anonymous said...

auntie jee, macam mana adab makan nasi jawa? gaul semua ke atau, ambil nasi then lauk then makan me dgn ikan ...zackwiusa

Kjee said...

Hmmm makan cam biasalah... agaknya. Aunty bedal jer. hehehe.

Anonymous said...

Nasi ambeng lauk dia kat tengah2 dulang....kalau kat rumah kenduri kita tak makan betul2...setakat jamah aje, nnti salah sorang dari kita akan bahagikan samarata nasi ngan lauk yg tinggal tu utk dibawa balik utk dimakan beramai ramai...biasanya tuan rumah dah sediakan kertas suratkabor ngan daun pisang kat setiap hidangan...4 orang sehidang....

Mat Gebu said...

Erkk...alaah hai, tak yea juga..takpe esok2 cucu kak jee insha Allah ramai...10 orang ke?...haha...

Siti Muzailin said...

Rindu nak makan nasi berkat di Johor kalau ada kenduri/yasinan mesti ada nasi ambeng ... tapi dululah sekarang ni entah ada lagi ke tidak.

Anonymous said...

Sejak kenal nasi ambeng selepas nikah lelaki Jawa. Tekak saya boleh terima tapi mee/mee hoon goring tu, saya memang tak sentuh. Ia berminyak dan sempoi :) .. tapi versi yang KJ buat Nampak sedap. Yer lahh .. buat sendiri kann . Sambal kelapa saya suka begitu juga sayur jawa .. cuma ia agak berminyak so makan gtu-gitu je. Rasanya rm5 berbaloi kalau sedap. Versi KJ buat tu ... lebih dari RM5 nilainya.

Azahar Bin Mamat said...

sy&hsband org kelantan..tp dah lama dduk jb.org kt mknan johor pun dah sebati dgn kami skluarga.kalau nasi ambeng...anak2 mmang suka sgt2

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...