Pages

Tuesday, November 19, 2013

NASI GORENG KERABU KURANG 'SAMPAH'..HEHEHE







Hari ini Kjee buat Nasi Goreng Kerabu tumis guna butter. Orang sekarang boleh terima Nasi Goreng bubuh butter ni. Tapi masa Kjee muda-muda dulu, ada member kata loya pulak. Dulu-dulu penggunaan butter tak meluas macam sekarang.

Kjee belajar buat Nasi Goreng guna butter dari kawan baik Kjee, wartawan Nora Marzuki yang berasal dari Sarawak. Nora ajak Kjee ke rumahnya dan buat Nasi Goreng Belacan tumis butter. Lagi loya geng kami yang lain dengar. Tapi, air tangan Nora memang sedap. Kjee masih boleh terasa Nasi Goreng Belacan Butter dia sampai ke hari ini!!!

Pagi tadi selepas breakfast, Kjee cakap dengan UnclePali nak makan nasi goreng jer. Kemudian menjelang tengah hari, Kjee beritahu UnclePali supaya cari bunga kantan kat kebun. Korang tak payah tanyalah kebun kat mana. Adalah...kebun UnclePali yang menjadi rahsia dia! Hehehe.

Kat backyard rumah Kjee, ada pokok limau purut, kunyit dan juga daun kesom serta beberapa jenis herba lain. Tapi oleh kerana Kjee nak guna Bunga Kantan, Kjee tak masukkan daun kesom takut UnclePali kata banyak sangat 'sampah'!







Ada orang Kedah panggil Nasi Kerabu, Nasi Sampah. Sekali tu Kjee buat Nasi Kerabu di bulan Puasa. Masa Kjee dan Nadia tengah sibuk hiris menghiris segala daun, UnclePali masuk dapur dan kata : "You buat Nasi Sampah?!" Terkedu seketika... kecik hati pun ada. Lepas tu apabila UnclePali explain, barulah lega. Hirisan ulam tu dikatakan 'sampah'! Hehehe.

Kjee buat Nasi Goreng Kampung biasa jer tadi. UnclePali tolong tumbuk cili padi, sebiji bawang besar dan sejemput ikan bilis. Dalam fridge adalah kira-kira 100 gms daging batang pinang. Kjee potong kecik-kecik.

Kemudian Kjee panaskan kuali. Bubuh sedikit minyak jagung dan 2 sudu besar butter. Bila butter dah cair, Kjee tumislah bahan-bahan tumbuk sampai agak garing. Pastu masukkan daging. Oleh kerana dipotong kecik-kecik, cepatlah masak.

Kemudian Kjee masukkan nasi. Kjee guna beras wangi dan kurangkan airnya. Biasa Kjee masak guna 1 beras 1½ air. Tapi buat Nasi goreng Kjee guna 1 beras, 1¼ air. Ada chef kata buat nasi goreng, nasinya mesti nasi overnite. Yang sudah dimasak dan disimpan semalaman. Baru sedap.




















Itu kata Chef. Kjee kata tak sedap. Cukuplah masak kemudian disejukkan satu atau dua jam. Lagi sedap. Ada rasa nasi yang masih fresh. Lagipun, orang Jawa kata Nasi Sejuk (yang diismpan semalaman) boleh tingkatkan angin dalam bodi. Wallahualam.

Okay...apabila dah dimasukkan nasi, gaul atau golek-golek guna sudip sampai semua bahan-bahan sama rata. Kjee bubuh kicap cair atau fish sos atau nampla.  Kalau nak bubuh aji pun boleh.

Apabila nasi sudah keluarkan wap, taburkan daun-daun hirisan seperti daun limau purut, daun kunyit dan bunga kantan. Boleh jugak letak serai tapi ada yang tak suka kalau makan tergigit serai. Gaul sampai rata. Padam api.

Kalau suka buatlah telor dadar kosong. Hiris dan makan bersama Nasi Goreng Kerabu Butter ni. Kalau tak cukup pedas kunyah cili padi... opps silap, potong cili padi dan bubuh fish sos.

Jugak sedap kalau digoreng ikan tenggiri jeruk dan dipecah-pecahkan lalu ditabur dalam nasi goreng selepas padam api.







7 comments:

Anonymous said...

sedapnya kak..lg byk ulam lg sedap..hehehe

Cik Eka said...

Hihi nasi goreng sampah.

EKa plak, penah serve mee kari kat ex boss. Bila eka nak taruk bahan2 sayur mee kari macam tauge,sawi,cili merah,daun bawang. Dia terus kata, 'ka, takyah taruk sampah banyak sangat, tauge ckup. ' Tergelak2 eka masa hidang hahaha

Mass said...

nyumm..nyum...petang ni nak masak nasi gorengla..terliur tengok kak jee punya ni....

nita said...

wah..mesti sedapkan Kjee..teringinnya nak rasa ^_^

❤Kamsiah❤ said...

adakah ianya sama mcm nasi kerabu goreng,menu kat kelantan tu..??

Yatie said...

perghhhhh wat terliur je...makan panas2 nasi goreng ni mmng best....

Cik Puan Rara said...

sedap nya k.gee.terliur pulak.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...