Monday, November 25, 2013

RAMAI ARTIS VETERAN PERLUKAN ZED ZAIDI!

Sedih....


Jauh lamunan Zed Zaidi




Mereka yang mengikuti perkembangan mengenai Persatuan Artis Malaysia atau SENIMAN, mungkin dah tahu apa yang berlaku sehingga AGM atau Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Belas, diistiharkan sebagai tidak sah.

Sabtu lepas, bekas Presiden Zed Zaidi buat sidang akhbar untuk menerangkan kemelut itu kepada ahli dan jugak pihak media. Pihak sebelah sana yang menang, siang-siang dah buat PC.

Walaupun dalam keadaan kurang sihat, Kjee paksa diri supaya hadir kerana mahu dengar sendiri apa yang Zed mahu katakan.

Oleh kerana dalam kebanyakan akhbar, cerita itu dah keluar, maka Kjee pun tak nak ulang kisah sama. Cuma Kjee nak kisahkan cerita sebilangan besar artis, yang kebanyakkannya seusia Kjee, yang sangat kecewa dengan tindakan mahkamah yang diambil oleh rakan-rakan seperjuangan kami yang juga sudah masuk kumpulan warga emas.

Kami semua jadi ahli Seniman sejak persatuan itu ditubuhkan. Sepanjang ingatan Kjee, sebelum Zed Zaidi ambilalih tampuk kepemimpinan Seniman, Kjee hanya dapat rasa sekali sahaja duit Seniman. Kalau tidak silap Kjee, dua tahun lalu, Kjee dan arwah Bob Kuman telah diundang ke Bangi Kopitiam, di Taman Melawati untuk terima bantuan.

Kami dapat seorang RM500, satu tin biskut 'mayat' dan kain baik Jawa. Terima kasih sangat-sangat kepada Presiden ketika itu, Harun Salim Bacik dan AJK nya.

Aktiviti lain? Hmmm kalau ada pun, dia orang pilih bulu. Tak semua dapat menyertainya!

Kemudian, setelah Zed Zaidi ambik alih, kalau tak silap Kjee pada Raya lepas, dapatlah kami duit Raya. Sorang dapat RM200. Alhamdullilah. Rasalah kami duit Seniman (hasil derma pelbagai pihak). Kjee dapatlah jemputan hadir Majlis Hari Raya dan juga satu dua aktiviti yang dijalankan, kalau Kjee sihat dan larat pergi.

Seniwati Mariani, Sophia Ibrahim dan Hajah Maimunah

























Dan semalam, tiga artis veteran, Mariani Ismail, Sophia Ibrahim serta Hajah Maimunah yang mewakili artis veteran lain meluahkan rasa kecewa kerana Zed Zaidi tidak lagi menjadi Presiden Seniman.

"Dia bagai anak kami (artis veteran)... seorang anak muda yang menghormati artis veteran dan ambik berat hal ehwal kami! Kami tidak pernah dapat perhatian dari mana-mana bekas Presiden Seniman sebelum ini!!

"Kami tak mahu orang lain wakili kami. Seandainya Zed tidak menjadi Presiden Seniman dalam AGM akan datang, kami akan pakat keluar Seniman. Kami mohon artis-artis semua pilihlah Zed Zaidi semula!," kata Mariani.

Sophia Ibrahim mencelah: "Zed ni macam tahu saja masalah kami artis veteran. Masa tengah sesak (tak ada duit), tetiba dapat call dari dia suruh kami pergi function sama sini. Pergi bukan tangan kosong...adalah sumbangan untuk teruskan hidup... sekejap.."

Zed hanya tunduk dan diam membisu. Ini adalah kali pertama Kjee lihat emosi Zed sedemikian. Biasanya, dia akan bergaul mesra dengan semua hadirin seandainya ada majlis artis. Semalam, Zed masuk ke Pawagam Mini P Ramlee dan bersalaman semua. Macam bukan lagi Zed Zaidi yang Kjee kenali dulu. Apapun dia tetap memberi senyuman, yang memang jelas kelihatan berat untuk dilemparkan.

Zed berkata, banyak aktiviti artis sudah dirancang oleh AJK nya tetapi dia tidak tahu samada ia boleh diteruskan dengan perintah mahkamah untuk menyekat sebarang aktiviti menggunakan nama SENIMAN.

Berulang-ulang kali Zed menyebut, SENIMAN dibawah pucuk pimpinannya telah menjadi 'mangsa keadaan'. Ramai artis yang hadir, kelihatan tidak dapat menahan airmata mendengar ucapan Zed Zaidi.

Apapun, Kjee pun akan turut sama dengan sahabat-sabahat kami yang akan keluar dari SENIMAN jika tidak diterajui oleh Zed Zaidi. Insya Allah.

Nak tahu berita lanjut, KLIK SINI dan SINI.




Hidup Seniman dibawah pimpinan Zed Zaidi


6 comments:

  1. harap tak menyinggung perasaan sesiapa... cuma nak kata, orang Melayu hanya bermuafakat dalam agama sahaja... bila soal politik atau pangkat, jarang dengar satu team utk semua. Sedih bila baca kisah artis... artis2 skrg perlu belajar apa yg berlaku di zaman PRamle ... mungkin Seniman need to be managed by someone else rather an artist themselves. If govt can elect a Malay intellegent to lead a broken down co, why not doing the same to Seniman. So many issue can be solve or brought up beside 1 Malaysian Card or housing, how about royalties for artist for movies or tv series that broadcaster kept repeating.... Auntie Jie, sorry ayat lintang pukang, if you want to rearrange it, please do so...Seniman needs a LEADER that lead all the members... good luck ok... zackwiusa

    ReplyDelete
  2. ..Industri Malaysia kecil saja jika besar ada masaalah memang patut...Tapi ini juga lah yang selalunya berlaku bila adanya sesetengah golongan yang hanya mementingkan diri sendiri,tidak mahu menerima teguran serta buah fikiran orang muda,rasa tercabar...sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa2 untuk menaikan imej persatuan...Steady Zed Zaidi...Teruskan perjuangan kamu...Ini bukan merupakan masaalah tapi pengalaman yang harus ditangani dengan bijak dan saya percaya kamu sememangnya mampu menanganinya...

    ReplyDelete
  3. Sedih jugek saya....inilah tanda akhir zaman....apabila orang yang tak pandai pegang amanah di berikan tanggungjawab tersebut.....kacau bilau jadi nya.....semoga Zed Zaidi bersabar.....semua di Tangan Allah jua......rajin dia ni, dan amat bertanggungjawab......good. Presiden.......

    ReplyDelete
  4. Laa.. kenapa lah jadi camni.. iya lah..masing-masing ada kepentingan, bukan dalam SENIMAN je... dapat persatuan-persatuan lain.. pun sama. Tapi itu lah... kalau dapat pegang tampuk pemerintahan, cuba la menjadi lebih baik, in shaa Allah, Allah sentiasa dengan orang-orang yang benar.

    ReplyDelete
  5. Hmmm masalah juga bila washed out artists buat hal. Linda buang apa kelas..bukan hebat benar singing karier dia.
    Yg lain tu ala kelas pinggiran je sorry le..

    ReplyDelete
  6. Apakah muslihat washed out artists nih suma pegi high court.mesti ada dalang yng ajar mereka nih suma.on their own rasanya tak le bijak mana tiga kerak kerak hanguih ni suma. Haprak btul
    Mesti ada sebab sampai washed out artist ni all out to ct.kalu tidak takkan mereka ni reti apa pon. Dah namanya washed out.

    ReplyDelete