Pages

Saturday, November 2, 2013

TAHNIAH JEP. LU MEMANG SUPER SPONTAN!


Jep juara Super Spontan 2013 - ehsan google









Kemenangan Jep dalam pertandingan Super Spontan 2013, sudah boleh diduga dari awal lagi. Jep kini adalah pelawak paling sempoi dan diminati ramai.

Walaupun dua pelawak handalan negara, Johan dan Nabil,  bersaing bersama Jep, namun ramai sudah mengagak Jep akan muncul Juara. Dari mula pertandingan akhir, Jep telah mendahului rakan-rakannya yang lain di segi pungutan undi.

Kehebatan Jep boleh disaksikan dalam rancangan Karoot Komedia. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, sekiranya Jep tidak beraksi dalam rancangan itu, Karoot Komedia bakal hilang ramai pengikut!

Harap-harap Jep maintain selamba dan tidak angkuh atau lupa diri. Mudah-mudahan, Jep akan lebih cemerlang pada tahun 2014 dan seterusnya!!

Selain Jep, Johan dan Nabil, pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung dari Sungai Petani, Kedah, turut dibarisi Yus, Rahim dan Tauke.

Jep membawa pulang wang tunai RM100-ribu, sebuah kereta jenama Nissan dan piala, Johan pula mendapat RM50-ribu dan piala, sementara Nabil menerima RM25-ribu dan piala. Tiga lagi peserta mendapat RM5-ribu tiap seorang.

1 comments:

intandayani said...

Tahniah Jep...Luaskan kuasamu..ehhh

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...