Wednesday, November 27, 2013

TAK ADA KE SYARIKAT SEKURITI TAJA CIK TA-ZAIN KAHWIN?

foto ehsan Sinar Harian



Pengumuman Rozita Cik Wan dan Zain Saidin mengenai pernikahan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi, mengundang pelbagai persepsi. Terutama sekali bab tajaan sebanyak 10-juta ringgit dalam bentuk barang kemas.

Tajaan baju dan lain-lain juga bernilai jutaan ringgit. Itu tidak termasuk hantaran kedua-dua belah pihak yang dikatakan bernilai hampir satu juta ringgit yang tidak mendapat tajaan. Maknanya, pasangan ini jugak mengeluarkan belanja yang besar.

Anyway, Kjee tak mahu komen. Biarlah orang kata ia pembaziran atau ada suara-suara sumbang kata, ia seakan riak atau menunjuk-nunjuk.

Pada Kjee, Rozita dan Zain amat bertuah kerana dapat tajaan sebesar itu. Itu maknanya, pihak penaja percaya pasangan ini boleh bantu mempopularkan lagi jenama mereka. Siapa tak nak ditaja dengan jumlah yang besar itu kan?

Cuma diharapkan, ketika majlis dijalankan nanti, Cik Ta dan Zain tidak lupa dapatkan tajaan syarikat pengawal keselamatan yang bertauliah. Faham-faham sahajalah... takut ada pihak yang terliur membaca berita kemewahan yang dipamerkan nanti. Hehehe.

All the best Cik Ta dan Zain.


2 comments:

  1. Memang risau n susah hati juga nak jaga barang-barang tajaan yg nilainya juta2 ni ya...elok bersedia dptkan khidmat sekuriti yg diyakini, bagus jee tolong ingatkan. kalau berlaku sesuatu yg xdiingini menangis mendayu-dayu pun dh xberguna kan....

    ReplyDelete
  2. Re. Tajaan baju dan lain-lain juga bernilai jutaan ringgit

    Biasanya syarikat-syarikat yang taja ni KLENTONG je Kjie, bak kata adek-adek PROPA je lebih.

    ReplyDelete