Pages

Friday, November 1, 2013

USAH PERLEKEH BLOGGERS MASAKAN




Sedih kan...ehsan google








Seringkali Kjee perhatikan bloggers masakan mengeluh. Semuanya kerana segala hasil titik peluh mereka, 'dicuri' oleh penerbit-penerbit majalah yang tidak berhati perut.

Gambar-gambar diedit, dibuang 'water-mark', resipi disalin bulat-bulat tanpa sebarang kredit kepada pemilik gambar dan resipi yang asal. Ada yang bersikap lebih kurang ajar apabila mendakwa itu respi turun temurun nenek moyang mereka!!

Selama ini Kjee dengar dan baca sahaja rintihan mereka. Bukan Kjee tidak bersimpati tetapi pada Kjee, bloggers dan penerbit buku ibarat mentimun dengan durian.

Hanya, kalau tidak silap Kjee, ada sekali dua Kjee bertanya kepada beberapa bloggers masakan yang Kjee boleh kata kenal rapat. Kjee tanya berapa mereka caj sekiranya, penerbit buku approach mintak nak siarkan gambar-gambar dan resipi dalam majalah mereka.

"RM30 jer kak. Kami tak kisah..."

Agak meremang jugak bulu roma Kjee dengar imbuhan RM30 sahaja untuk satu resipi beserta gambar! Itu sahaja ker nilai titik peluh mereka? Apatah lagi ada bloggers sekarang yang amat mementingkan fotografi. Mereka sanggup berhabis wang beli props sebagai hiasan latar, sanggup beli pinggan mangkuk yang cantik-cantik demi mahu rasa puas dengan hasilnya nanti.

Jadi, berbaloi kah penerbit buku bayar RM30 untuk satu gambar dan resipi sedangkan kita tidak tahu berapa banyak keuntungan yang mereka kaup!

Itu bab penerbit yang approach cara baik. Bagaimana pulak dengan sesetengah penerbit atau wartawannya yang buat kerja mudah? Copy paste gambar, edit dan terbitkan senyap-senyap. Bloggers hanya sedar gambar resipi mereka keluar setelah ada followers yang beli majalah itu dan segera beritahu.



Resipi yang ini yang diedit buang water mark Che Mat Gebu




Semalam, Kjee dapat mesej dalam inbox Facebook dari seorang blogger tersohor tanahair, Adnan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Che Mat Gebu, pemilik blog Dunia Tanpa Sempadan. Kjee dapat bayangkan wajah Che Mat ketika dia menulis mesej itu kepada Kjee.

Ini bukan kali pertama tapi dah banyak kali Che Mat terkena. Selama ini hanya majalah picisan atau nyamuk sahaja yang menganiaya Che Mat Gebu. Tetapi semalam, sebuah penerbit buku milik Bumiputera tersohor di negara ini yang melakukannya dalam laman web satu penerbitannya.

Kjee tidak mahu melepaskan wartawan laman web, yang tidak bertanggungjawab itu. Kjee pernah kerja seketika dengan syarikat penerbitan itu dulu. Dan Kjee yakin, orang atasan syarikat tidak tahu apa yang anak buah mereka lakukan.

Dalam sekelip mata setelah Kjee beritahu salah seorang staff kanan syarikat, entry itu terus dipadam dalam website berkenaan. Dan pada  page itu terus digantung poster tergendala seketika!

Kjee tidak mahu menyebut syarikat mana yang bertanggungjawab. Kjee kenal bos syarikat itu ketika dia masih belajar lagi di Universiti Malaya. Dan Kjee yakin semua ini dilakukan tanpa pengetahuannya.

Kjee harap semua blogger masakan bersatu. Kjee pasti, antara mereka yang menjadi followers blog masakan, berkelulusan undang-undang dan menjadi peguam. Kjee mohon mereka ini beri bantuan kepada blogger masakan dalam isu membabitkan ciplak dan plagiat.

Kehadiran bloggers masakan hanya untuk mewarnakan industri mereka. Mereka beri peluang kepada ramai wanita tak kira suri rumah dan yang bekerja untuk mempelajari cara memasak tanpa perlu bayar satu sen. Ramai jugak yang menggunakan resipi yang diperolehi dari bloggers masakan untuk meniaga.

Kisah Che Mat Gebu ini hanya satu dari ramai-ramai blogger masakan yang Kjee tahu, telah di'kencing'. Baru-baru ini, blogger Azlita Aziz telah membuat laporan polis kerana mengalami masalah yang sama.

Sudah tiba Kjee rasa untuk Blogger Masakan bersatu dan meletakkan karya mereka di tempat yang sepatutnya.

Jangan terima bayaran yang hanya cukup untuk beli kuaci atau jajan.  Penerbit bantah? Take it or leave it!! 

YOU CILOK SECARA HALUS ATAU KASAR, I SAMAN!!!





Grrrrrrr ...ehsan google






5 comments:

lady scooter said...

saya sokong ngan entry Kak jee... apelah salahnye dibayar setimpal?? nampaknya bukan stakat filem2 kita aje yg dicetak rompak, hasil karya bloggers pun nampaknya turut jadi mangsa. hormatilah hasil titik peluh bloggers... jgan perlekehkan para bloggers macam tu...

tau tak? saya suka blog2 masakan macam blog mat gebu... sebabnya? resepi yg mereka letakkan biasanya lebih mudah diikuti berbanding yg lain.

Tilah Maricar said...

Well said Kak Jee! I sungguh sungguh agree! Kesian Kak Ita. Geram betul I masa tu bila I baca post Kak Ita. For my blog, pun I placed some HTML code in my template to avoid my contents being copied. Though it would not help much kalau si "penyangaks" dan "penyamuns" ni sumer betul betul nak ciplak hak orang. They will find ways until something is being done to stop them.

SueGinola said...

Salam..
Kak Jee tulis baru saya tau, kalau tak sampai sudah pun saya tak tau pasal isu ni....
Betul tu...kesian dengan bloggers yang berhak tu......
Bloggers macam Che Mat Gebu dan yang lain-lain tu berhak atas hasil karya dan hasil kerja mereka......

Rozita said...

Setuju!!!

roza said...

setuju sangat..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...