Pages

Saturday, November 9, 2013

ZAMAN BELAJAR DAH HABIS, ZAMAN KERJA MENYUSUL...







Bermulalah kehidupan sebenar Nadia selepas berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan Islam dan Kewangan (Islamic Banking and Finance) dari Universiti Tun Abdul Razak, UniRazak. hari ini, 9 November 2013.

Nadia, seterusnya, akan memulakan kariernya dalam sektor perbankan mulai 18 November ini.

Sebak sangat Kjee pagi tadi apabila semua graduan masuk ke dalam Dewan Medeka, PWTC dengan iringan muzik The Final Countdown. Sukar untuk mempercayai, zaman dia berhempas pulas belajar sudah berakhir, buat masa ini.







Selama 16 tahun Kjee bergadai bergolok menyekolahkannya. Sebagai ibu tunggal, bukan senang untuk melihat Nadia melalui transisi dari Tadika, ke sekolah rendah dan menengah, kemudian memperolehi Diploma dalam bidang Pengurusaan Hotel dan akhir sekali, degree pertama. Tak tahulah Kjee samada Nadia akan meneruskan pengajian untuk mengejar degree seterusnya. Kalau ada, Alhamdullilah. Manusia hanya boleh merancang.

Perasaan gembira dan sedih bercampur baur. Terlalu banyak dugaan yang dilalui Nadia sebelum berjaya mendapat ijazah ini.

Seorang anak yang cukup sempurna di mata Kjee... sanggup berkorban mengenepikan pengajiannya selama setahun, demi ibu yang seringkali sakit. Setelah setahun, dia kembali ke menara gading dan terus pecut. Dan hasilnya dapat diperolehi hari ini.

Sebagai ibu, tiada apa lagi doa yang boleh Kjee pohon untuk Nadia. Kalau nak diikutkan, sudah habis quota permohonan doa buatnya. Hanya harapan Kjee, selepas ini, dia dapat menyambung kecemerlangan dalam kerjaya yang dipilihnya.

Dan akhir sekali, Kjee juga berharap selain menjadi anak yang Solehah, dia akan jugak menjadi seorang isteri  yang taat dan seorang ibu yang mithali, Insya Allah. Aminn Ya Rabbal Alamin.



Bilalah nak start ni...asyik ucapan jer..

Agaknya masa kita nak naik pentas karang, dewan blackout tak?...

Hehehe kelakarnya...

Lama tak ketawa besar di khalayak ramai

forty winks...


Eh hensem lak papa




My one and only


Legaaaa anak dah habis belajar


My ugly duckling has turned into a swan...






21 comments:

paridah said...

TAHNIAH NADIA DAN JEE...KEJAYAAN YANG SANGAT CEMERLANG....KEJAYAAN SEORANG ANAK ITU TENTU BERKAT PENGORBANAN IBU DAN DOA TULUSNYA YG TIDAK PUTUS-PUTUS.

Muhammad Khairuddin Lim said...

Tahniah..

CT Delima said...

Assalamualaikum Kak Jee..

Alhamdulillah..seribu tahniah dari CT buat Nadia serta Kak Jee dan suami. Sememangnya tiada ungkapan yang akan terucap bila melihat anak yang kita sayangi telah sampai kemenara gading. Hanya doa penuh kesyukuran dan linangan airmata kegembiraan yang terpancar diwajah seorang IBU kan Kak Jee.

Tahniah sekali lagi dari CT ya :-)

Shikin Ibrahim said...

tahniah Kjee n Nadia....

Hjh Noralenna Abbas said...

Tahniah Nadia n KJee. Kalau ada peluang dan rezeki, teruskanlah pengajian.

Ann Ishak said...

tahniah nadia :)

rainini said...

Alhamdulillah...

akmall said...

Tahniah Kak Jee... dan tahniah jugak kepada Nadia...

roza said...

Tahniah...

Cujafw said...

Alhamdulillah! Tahniah Nadia & Kjee! Berbaloi pengorbanan semuanya ya....

Anonymous said...

Assalam, Jutaan tahniah buat nadia. Nadia pandai masak pandai belajar. pas ni kalo ada rezeki sambung master pas tu kalo ada rezeki lg sambung phd plak ya dik. amin amin. kirim salam sayang to nadia. rynn.

Yatie said...

Alhamdulillah, Tahniah Nadia juga buat Kjee dan suami. Moga Nadia terus sukses dlm apa jua bidang yg di ceburi. Rasa terharu dan sebak baca luahan hati akak saat ini. Ibu mana yg tak menitiskan airmata kegembiraan bila lihat kejayaan anaknya kan. Ini semua berkat doa dan pengorbanan anak, ibu, ayah, guru2, pensyarah juga teman2 yg baik. Syukur alhamdulillah..

Kjee said...

Terima Kasih semua...

Anonymous said...

tahniah..tahniah! kjee dn suami dn tahniah jgk buat nadia!..terharu dgr luahan kjee,ibu mana yg tak menitis airmta melihat kejayaan anaknya...tumpang bhgia :) zila66

Fatonah Rahim said...

Tahniah Nadiah dan kakJee.. :)

Azlita Aziz said...

Alhamdulillah.. Syukur dan tahniah daripada ita sekeluarga buat Nadia terutamanya dan kak jee sekeluarga
tiada apa yang dapat mengembirakan hati seorang ibu selain dari kasih sayang dan kejayaan anak-anak
semoga Nadia terus melangkah dengan jayanya di arena perkerjaan pula
Ita hanya tumpang bangga dengan kejayaan Nadia dan semoga anak-anak ita juga akan mengikuti jejak Nadia pula

ana said...

Assalam kjee.
Tahniah wat anakanda Farah Nadia atas kejayaan mdpt segulung ijazah. Semoga terus mcapai kejayaan dn kecemerlangan. Tahniah jugak wat kjee dn suami kerana bjaya mdidik anak sehingga mcapai kejayaan. Tahniah kak.

siti azizah Sang Pencinta said...

Salam..

tahniah puan.. dan tahniah juga utk anaknya.. :)

norhasniza abd samat said...

Tahniah kak jee.. Tak lama lagi dpt menantu pulak..

Anonymous said...

Tahniah Jee dan Nadia. Besarkan anak berdua (suami-isteri) pun susah, apatah lagi jika ibu tunggal... syabas Jee

MAK TEH said...

tahniah nadia, kak jee n uncle palli....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...