Pages

Saturday, March 29, 2014

SALAI NOGORI DAH SAMPAI KAY ELL








Itik salai, ikan keli salai, daging salai, puyuh salai dan ayaam salai kini cukup popular di kalangan warga kota. Ramai yang dah buat bisnes jual melalui online dan sebagainya.

Beberapa hari lalu, Kjee cukup teruja nampak gerai Salai Nogori di jalan utama Taman Permata, Hulu Kelang, kira-kira 100 meter jer dari pasaraya Giant dan betul-betul berdepan dengan sebuah tadika.

Tiap kali lalu, tak sempat nak suruh UnclePali singgah. Tapi semalam Kjee sempat copy nombor telefon toke gerai. Terus Kjee kol. Dia kata bukak pagi Sabtu kira-kira kul lapan lobih (8 lebih) hingga tongah hari.

Kjee pun tempahlah ikan keli salai. RM10 empat ekor kata Zamri. So Kjee pun order 8 ekor. Dia kata boleh amik sekitar kul 11.30 pagi.

Tadi, Kjee ajak Nadia drive bawak Kjee ke gerai Zamri. Tak susah cari. Zamri tengah sibuk menyalai. Bergantung-gantungan ikan keli, ayam dan daging yang telah disalai. Tapi Kjee tak nampak itik salai.



Ini 8 ekor ikan keli salai yang Kjee beli tadi. Empat ekor RM10.







"Oh itik kena order dua hari sebelum. Harga seekor RM45," kata Zamri malu-malu macam mahal sangatlah. Itik mentah pun dah dekat RM40 kat pasar. Ini nak salai lagi kan? Murah sangat-sangat lah tu.

Harga daging salai dan lain-lain lupa lak Kjee nak tanya tadi sebab tengok Zamri sibuk sangat menyalai. Korang nak tahu, call, sms atay whatsapp dia yer.

Zamri yang tak banyak sangat bercakap kata dia orang Kuala Pilah. Dia meniaga 6 hari seminggu kecuali Ahad. Isnin sampai Khamis bukak kul 2 petang hingga 6 petang. Jumaat dan Sabtu dari kul 8am sampai tengah hari.

Dia ada jugak akaun Facebook.. SALAI KUALA PILAH. No telefon 012-6494940. Whatsapp 0172790779.


Itik Salai RM45 seekor

Daging Salai

Keli Salai 4 ekor RM10




5 comments:

Ct NoArizah Aris said...

Banggo sey mknan tradisi nogori sey jadi kegemaran org key ell.buat podeh2 kak baru teraso keenakkan ea.

Shiela said...

woww.. terbaek dari ladang kjee..

Cik Far said...

aduhai..teringat masak lomak cili api mak sy kak..:)..w/pun mak org johor, berhempas pulas dia blaja masak dr arwah nenek sampai ayh sy kata LULUS!..skrg mak sy lagi terer dr makcik2 sy yg negeri sembilan tu..huhu..:)

Anonymous said...

Hihi... tapi kakjee gerai kena roboh kat mpaj smlm... zamri kata akan buat kental je ..akn buko semula hari sabtu ni....so call dahulu klau nk order.. delivery sekitar keramat n selayang...... 0126494940 bole cal /w.app

Yong Is My Name said...

Kjee sedapnya Ikan Keli salai tu..
kalau orgJawa lepas salai tu akan curahkan kuah sambal putih, stgh org panggil Pecel..
Aduss dah meleleh ayer liur ni Kak Jee. Tak dapat nak nolong kat sini..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...