Sunday, June 8, 2014

BUBUR KACANG MERAH KESUKAANKU







Bubur Kacang Merah ni adalah antara bubur favorite Kjee. Sayangnya tak ramai yang menjualnya. Hanya ada kalau pergi sesetengah-tengah restoran. Tapi dia orang tambah sagu biji. Pada Kjee, penambahan sagu biji sebab nak bagi 'muai'. Tapi Kjee tak suka sebab terjejas rasa kacang merah.

Yang buat bubur ni sedap ialah kacang tu harus direbus sampai betul-betul lembut. Kalau diambil dan tenyeh pada dua jari, terus 'cair'. Hah itu cara nak makan bubur kacang merah. Kalau masih kasar dan berbiji-biji, hmmm boleh putus selera.

Semalam UnclePali beli satu peket kacang merah seberat satu kilo. Malam tadi Kjee suruh Nadia rendam ½ kilo. Pagi ni Kjee kosek-kosek dan buang airnya. Lepas tu masuk dalam Pressure Cooker atau periuk tekanan dan masak lebih kurang 20 minit. Kalau rebus guna periuk biasa, mungkin mengambil masa dua atau tiga jam.







Elok beli satu periuk tekanan yang kecil untuk kegunaan di dapur. Kjee tak boleh hidup tanpa periuk seperti ini. Dari Kjee kecik lagi bonda dah guna. Ini Presure Cooker ke-3 Kjee. Yang dua lagi, tak boleh guna sebab 'kepala kecik' tempat keluar wap tu dah hilang. Satu dihilangkan oleh my maid, satu lagi masa pindah randah.

Kjee suka makan bubur kacang merah ini dengan susu cair atau evaporated milk. Bubuh gula sedikit sahaja lepas kacang empuk sebab Kjee control pengambilan gula. Korang yang tak ada masalah, bolehlah bubuh gula secukup rasa. Susu tu curahkan masa nak menghidang.

Okaylah kalau korang nak tahu camner Kjee menyediakannya, sila klik SINI.

Tumpang lalu. Kjee nak habiskan satu mangkuk yang bawah ni. Hehehe.







1 comment:

  1. sedapnya Kjee..izan tengok pun teriliur..izan paling suka bubur pulut hitam..

    ReplyDelete