Tuesday, March 22, 2011

155. BUBUR KACANG MERAH



Malulah nak bagi resipi ini sebab campak2 jer. tapi oleh kerana ada yang minat, bolehlah Kjee turunkan resipinya. Kjee pernah masak bubur ini guna dua cara iaitu guna pressure cooker (periuk tekanan) dan cara biasa. Guna Pressure Cooker ambil masa 20 hingga 30 minit jer. Manakala masak atau merebus secara biasa, ambil masa kira-kira 3 atau 4 jam atau sehingga kacang betul2 masak dan hancur.

Ada juga orang guna periuk nasi untuk memasaknya. Kjee tidak pernah cuba kaedah ini. Rasa2nya nak cuba jugalah lain kali.

Istilah masak ialah apabila diambil sedikit di jari dan ditenyeh, ia lembut dan halus. Tak ada kesan kacang yang kasar. Ini penting kerana semua jenis kekacang - kacang hijau, merah ataupun dhal - mengandungi sejenis enzyme yang tidak boleh dihadam oleh usus. Itu yang menyebabkan kita sakit perut atau kembong. Sebab itu jugak ada orang kata kalau makan bubur kacang perut boleh senak atau kembong. Wallahualam.

Okaylah kita tengok bahan2nya. Kjee guna gula perang (light brown sugar) sebab tak suka manis sangat.

bahan2nya:

250 gms kacang merah (jenis kecik macam kacang hijau)
air
gula (ikut suka untuk kemanisan sendiri)
susu cair
secubit garam
 
Caranya:

Kosek kacang merah dan rendam seketikaa. Kjee rendam sejam jer. Lepas itu masukkan ke dalam periuk tekanan ataupun periuk biasa dan masaklah. Kalau guna pressure cooker, selepas 20 minit dibuka dibawah air paip mengalir dan ditenyeh dijari untuk memastika ia masak atau tidak. Jika tidak puas hati, sambung lagi masak selama 10 minit.

Kalau menggunakan periuk biasa, masak hingga betul2 empuk. Jaga dan kacau sekejap sekejap dan tambah air jika perlu. Ada orang suka bubuh sagu mata ikan yang halus. Kjee tak suka sebab rasa dah tak ori lagi.

Apabila kacang sudah empok, bubuh gula dan secubit. Sukatan gula ikut citarasa masing2. Kalau nak bubuh daun pandan pun boleh.

Kjee tak suka bubur ini terlalu cair atau terlalu pekat.  Mesti sedang2. Sedap dimakan ketika betul2 sejuk. Hidang dalam mangkuk dan tuangkan sedikit susu cair. Santan kotak pun boleh.

5 comments:

kim said...

kim xpnh try mkn asing dgn susu cair @ santan...mcm sdp je tgk kjee punye ni...klu gune kelapa, kene perah dgn air masak la ye kjee sbb xpyh masak kan?

amy said...

dah wat td kjee tp letak santan & letak daun pandan 4 jam merebus baru empuk..:)

Kjee said...

empat jam? aduh jenuh menunggu!

Kjee said...

kim: betul tu. kalau guna santan kotak, curah jer.

sharifah rosidah said...

dulu aku punyalah bodoh ada ke aku masak kacang merah tu dalam periuk biasa adalah dekat 5 jam aku tunggu barulah lembut padahal bukan tak ada pressure cooker ish masa tu memang bodoh tak pikir panjang pun.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...