Pages

Tuesday, September 30, 2014

STEW EKOR LEMBU BERSAMA GARLIC TOAST







Apabila kita bercerita mengenai ekor lembu, seringkali terlintas di fikiran Sup Ekor Lembu. Tak kiranya masak ala Thai ataupun Mamak. Ia memang sedap dan mahal. Semangkuk sup ekor ala Thai kini mencecah dari RM8 hingga RM12. Begitu jugak dengan sup ekor stail Mamak.

Kjee memang hantu sup ekor. Pernah beberapa tahun lalu, Kjee makan Sup Ekor ala Siam kat satu gerai di Taman Melawati. Masa order Kjee tanya samada ekor lembu tu dah elok lembutnya. Pelayan angguk. Okaylah kan.

Anyway, masa tiba satu mangkuk dihidangkan diatas meja, Kjee pun guna garfu nak cucuk isi ekor lembu dalam sup yang berasap panas dan nampak menggiurkan. Garfu yang Kjee gunakan bengkok! Menyirap darah sebab waiter tadi kata dah lembut.

Kjee panggil waiter dan tunjuk garfu yang bengkok. Waiter amik garfu dan berlalu! Dia kemudian datang dengan garfu lain!!! Ini kisah benar. Tanyalah Nadia.

Punya pantang nenek moyang Kjee kalau order sup ekor lembu dan dapat yang liat. Belum cukup direneh. Udahlah semangkuk bukan kecik anak punya harga. Hehehe sabor jer lah.

Dua minggu lepas, Kjee nampak Anwardi Dato Jamil (Sulong), post kat FB dia gambar-gambar dia dan keluarganya menikmati Sup Ekor disebuah Cafe di PJ. Hmmm Kjee pun tak buang masa lalu ke sana dengan Nadia dan Sham.

Sepanjang jalan, Kjee bayangkan Ox Tail Stew. Tetapi yang dihidangkan Oxtail Soup. Satu mangkuk claypot standard RM21. Kerana tamak dan dah lama tak makan di situ, Kjee order 3. One for each of us. Walaupun didatangkan dengan Garlic Bread, kami order lagi satu 'bakul' garlic bread. Dengan minuman kalau tak silap, bil kami RM100!






Kecewa sebab dalam fikiran dah plan nak makan Oxtail Stew, semalam Kjee ajak UnclePali ke Jaya Grocers di Intermark. Dan Kjee pun belilah fresh oxtail dari Australia. Hmmm harganya agak mahal. Patutlah satu mangkuk 2 atau 3 ketul kecik hari tu mencecah sampai RM21!

Malam tadi, Nadia tolong Kjee saute oxtail yang telah disalut dengan sedikit tepung hingga brown sekeliling dalam sebuah saucepan. Nadia guna Olive oil. Kemudian, menggunakan minyak gorengan yang sama, Nadia masukkan 2 labu bawang besar yang telah dibelah 4, satu batang celeri (besar dalam secekak) yang telah dihiris dan dua batang carrot yang dipotong sebesar jari manis.  Jugak dia kupas 4 biji kentang tapi itu masuk kemudian.

Setelah kira-kira 4 minit, Nadia alihkan ke periuk tekanan udara atau Pressure Cooker (PC). Kemudian dia bubuh air lebih kurang satu mug dalam kuali tumisan tadi, dikacau sehingga bersih saucepan dan dituang air itu ke dalam Pressure Cooker.

Kemudian dia letak semua ekor lembu yang telah digoreng tadi ke dalam PC. Dia kemudian tambah air hingga menutupi ekor lembu. Kemudian dia letak 2 helai bay leaf dan dua kiub daging. Rebus selama lebih kurang 25 minit atau sehingga puas hati isi ekor lembu tu dah hampir tertanggal dari tulang.

Kalau rebus cara biasa, Kjee agak ia mengambil masa 3 atau 4 jam guna api perlahan.







Kemudian Nadia bubuh kira-kira 1 sudu black pepper biji dan juga kentang. Bubuh garam sehingga cukup rasa. Masak hingga kentang empuk dan padam api.

Oleh kerana ekor lembu telah disalut dengan tepung ketika hendak digoreng atau saute, maka kuahnya agak pekat. Kalau tidak cukup pekat, bolehlah bancuh sedikit tepung gandum dan masukkan ke dalam kuah.

Nadia telah masak ekor itu dalam PC bersama celery dan carrot. Masa selama 25 minit itu telah menyebabkan carrot dan celery agak hancur. Justru, kuahnya agak manis dan pekat.

Makan dengan garlic toast. Resipi garlic toast di SINI. Kjee juga pernah buat stew ekor lembu ini dalam entri ini.

Beza antara sup ekor dan stew ekor ialah kuah stew ekor lebih pekat. Ada resipi menggunakan tomato paste atau tomato puree. Justru, kuah stew agak kemerahan.






1 comments:

May said...

Hmmm...delicious serving here!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...