Saturday, August 11, 2012

OXTAIL STEW DAN GARLIC BREAD




















Oxtail Stew untuk berbuka puasa? Kenyang ke? Mesti itu soalan yang akan terbit. Tetapi pada Kjee sudah cukup mengenyangkan. Dimakan pula dengan tiga keping garlic bread yang keluar oven dua minit sebelum azan bergema semalam.

Masa Kjee beli ekor tu pagi semalam, Kjee tanya penjualnya, ada satu jer ke ekor lembu itu. Sebab masa dia timbang katanya hanya 800gms. Kjee punyalah risau. Maklumlah orang berpuasa selalunya tamak kan? Hehehe. Kata penjualnya, setiap ekor lembu paling berat pun 1.2 kg. Sekilo Rm28.

Tetapi setelah selesai berbuka semalam, Kjee terkejut apabila ada baki cukup untuk sahur! Itulah tamak lagi kan? Tapi masa berbuka, Unclepali dan Nadia makan nasi berlaukkan masak lemak otak lembu. Jadi masa berbuka, Kjee sorang jer yang layan oxtail stew.

Oxtail stew ini ala2 sup yang pekat. Sedap kalau makan bersama garlic bread. Kjee beli roti perancis atau baguette di sebuah bakeri di Sg Buloh. Unclepali tanya kenapa tak suruh Nadia je buat. Kan resipi dan breadmaker ada. Hmmm kan Nadia tengah study untuk exam Isnin dan Selasa depan.



Actually dah lama Kjee tak buat oxtail stew sebab susah nak cari ekor lembu yang segar. Kjee pernah beli yang frozen. Tetapi Kjee kurang puas hati sebab yang dijual, ekor yang hujung2 jer. Bukan bahagian atas yang banyak daging. Klik sini untuk entry dulu.

Jom kita intai resipinya.

BAHAN2

800 gms ekor lembu dipotong kira-kira 2.5"
2 labu bawang besar (bawang Holland)
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji kentang (dibelah 4)
2 batang carrot (dipotong selebar 2 inci)
2 kiub daging Knorrs
1 sudu kecil lada hitam
3 sudu tepong gandum
2 sudu besar minyak jagung/marjerin
1 kayu manis
3 bunga lawang
2 helai bay leaf (kering)

CARA

Ekor lembu dibersihkan kemudian ditoskan kering. Lumur ekor lembu dengan tepung hingga rata. Kemudian dipanaskan kuali dan bubuh sedikit minyak jagung. Boleh jugak dicampur marjerin. Apabila sudah panas, letakkan satu persatu ekor lembu yang telah dilumur dengan tepung. Biarkan hingga agak garing kemudiin diterbalikkan. Buat hingga habis.
Masukkan ekor ke dalam periuk tekanan. Kalau tiada, boleh guna periuk biasa. Bubuh air menutupi paras ekor dan didihkan. Masukkan kira2 satu cawan air ke dalam kuali goreng ekor tadi. Satukan baki minyak gorengan bersama air tadi dan tuang ke dalam periuk. Kjee guna periuk tekanan dan rebus selama 1 jam. Selepas 1 jam, Kjee bukak periuk tekanan dan periksa kelembutan dagingnya. Semalam, dagingnya masih liat dan Kjee masak lagi selama ½ jam. Kalau guna periuk biasa, rebuslah guna api sederhana sehingga daging2 pada ekor sudah cukup lembut.
Sebaik sahaja sudah puas hati dengan texture daging, masukkan carrot, kentang serta bawang yang sudah dibelah empat. Kemudian campakkan jugak 1 kayu manis, bunga lawang, 1 sudu kecil biji lada hitam, daun bay leaf dan 2 kiub daging Knorrs.
Masa atas api sederhana sehingga kentang serta carrot empuk. Jika airnya kering, tambah air panas. Setelah masak, jika kuah terlalu cair, bancuh sedikit tepung gandum atau tepung jagung dan masukkan ke dalam periuk. Kacau pantas.
Sedap dimakan panas2 dengan garlic bread. Untu buat garlic bread, kena sediakan dulu garlic butter.
Untuk buat garlic butter, korang letak ½  block butter pada suhu bilik, pastu tumbuk halus 5 atau 6 biji bawang putih. Campurkan ke dalam butter. Nak bubuh garam sikit pun boleh. Boleh simpan lama dalam peti ais.  Bila nak buat garlic bread, sapu jer garlic butter tu pada satu permukaan roti yang telah dihiris serong. Bakar atas kuali, grill atau oven sampai garing. klik sini.






0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...