Friday, July 8, 2011

GARLIC BREAD A.K.A. ROTI BAWANG PUTIH










Garlic bread atau roti bawang putih sedap dimakan dengan segala jenis sup atau stew. Roti yang digunakan pulak ikut citarase masing-masing. Boleh guna roti perancis, roti burger, roti hotdog yang ada ke tak ke bijan atau roti biase. Janji namanyer roti. 


Amik lima enam biji bawang putih, buang kulit dan tumbuk ler halus2. Pastu keluarkan, campurkan dengan ½ block butter yang telah diletak suhu bilik. Bubuh sedikit garam dan gaulkan sampai rata. 


Ada org ricik halus2 daun parsley dan gaul sama. Suka atilah kalau ada daun tu. Kalau tak ada, gerenti tak mencacatkan rasa. 


Pastu dah puas hati ngan rasa garlic butter tadi, potonglah roti perancis kira-kira ¾ inci tebal. Roti burger ddibelah dua. Pastu sapulah garlic butter kat roti bahagian putih tu dan bakar dalam oven toaster atau oven biasa. Kalau tak ada tu semua jangan gundah gulana. 


Panaskan kuali dengan api sederhana dan tekapkan bahagian yang disapu garlic butter kat kuali. Tunggu sampai kuning keemasan. Pastu...bab ni tak payahlah nak ajar lagi kan?


Makan dengan apa jua sup yang ada. Kalau nak makan begitu saja pun sedap. Kalau nak makan dengan sup cendawan segar, klik kat sini untuk resipinya. Kalau nak makan pulak dengan stew daging atau ox-tail, klik sini pulak.




(BOLEH BUAT DALAM JUMLAH YANG BANYAK DAN SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA DALAM PETI AIS. BILA NAK GUNAKAN, KELUARKAN DAN SAPU PADA ROTI DAN TOAST)






Selamat mencuba.

2 comments:

Mas said...

mas suka cicah garlic bread ngan sup gini..
sedappnya...

acik idah said...

Errmm.. tengok roti jer pun dah terliurr! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...