Pages

Friday, November 28, 2014

RENDANG AYAM DAN PULUT KUNING






Dua hari lepas, genap setahun Nadia kerja dengan RHB di KWC. Kjee dah niat, nanti sampai setahun, Kjee akan buat pulut kuning dan rendang ayam Kelantan, jamu office mates dia. Sepatutnya, semalam Kjee tunaikan hajat tetapi kerana ada tugasan lain, Kjee tangguh ke hari ini.

Selain Pulut Kuning dan Rendang Ayam Kelantan, Kjee jugak buatkan satu loyang Agar Agar Santan Gula Melaka. Hehehe sejak belajar buat agar-agar santan tu, rajin pulak kita membuatnya kan?

Pulut Kuning Kjee buat semalam sebab Nadia dah rendam pulut malam sebelumnya. Lepas siap masa dan disejukkan, Kjee masuk dalam freezer. Masa buat rendang ayam tadi, Kjee kukus balik pulut kuning. Begitu jugak dengan agar-agar santan. Kjee buat petang semalam dan simpan dalam peti ais.

Okaylah. Nak siap-siap pergi hantar selepas UnclePali balik solat Jumaat.

Kalau nak resipi rendang kelantan, KLIK SINI. Untuk pulut kuning, SINILAH KLIK dan agar-agar santan KAT SINI.






3 comments:

MamaFaMi said...

Rajinnya Kjee buat pulut kuning dan rendang. Kita punya favourite tapi nak buat tu yang liat sikit.

MamaFaMi said...

Kjee... I am here again. Just feeling excited. Semalam kita terliur tengok pulut kuning Kjee kan... guess what, hubby came back from work with a container of pulut kuning and rendang ayam! Kawan kat office bagi sebab anak dia berkhatan. Syukur alhamdulillah. So now, dah tak kempunan dah... hai bertambah liatlah kita nak buat sendiri! Hihihi.....

Kjee said...

Alhamdullilah kalau sudah rezeki kan! Cubalah buat one fine day. Not as susah as you think it is.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...