Wednesday, June 8, 2011

Pulut Kuning aka Nasi Kunyit



 Ada orang panggil pulut kuning, ada juga panggil nasi kunyit. Tak kisahlah panggil apapun. Janji warna kuning kan? Orang buat pulut kuning ni bersebab. Ada yang buat sebab pasang niat dan ada yang buat sambut birthday, perkahwinan dan sebagainya. Rasanya tak de orang buat pulut kuning tanpa sebab.

Pulut kuning pun jarang orang jual. Tak tahulah kalau ada adi pasar malam sebab kjee ni bukan kaki pasar malam. Buat pulut kuning ni taklah susah sangat sebenarnya. Tapi kalau buat, kenalah sabar sikit sebab kalau tak sabar selalu pulut jadi mentah. Kjee pernah beli yang mentah. Naik darah jer makan.

Oklah..kita tengok resipinya.

BAHAN2NYA:

1 kilo beras pulut ( 1kg boleh makan 10 orang)
2 cawan santan pekat atau pati santan
1 helai daun pandan
garam secukup rasa
daun pisang
1 sudu besar serbuk kunyit
1 asam keping

CARA:

Rendam pulut dalam air yang telah dicampur dengan 1 sudu besar kunyit serbuk. Kalau nak kuning lagi tambahlah lebih serbuk. Masukkan juga 1 asam keping, kacau sampai rata dan rendam semalaman. Mak kata bubuh asam keping supaya lekat warna kuing pada beras pulut.

Esoknya, sediakan kukusan. Masaklah air dalam periuk kukusan. Cuci pulut yang telah direndam semalaman, buangkan asam keping. Toskan airnya.

Kemudian alaskan kukusan dengan daun pisang. Tuangkan beras pulut yang sudah berwarna kuning ke atas daun pisang tadi. Bubuhlah daun pandan untuk wangikan pulut. Kukuslah selama 30 hingga 45 minit. Sesekali bukak tudung dan balik2kan pulut supaya masaknya sekata.

Setelah itu, keluarkan beras pulut ke dalam besen besar. Bubuh sedikit garam dalam santan, rasa. Pastu tuangkan santan ke dalam besen yang diisi beras pulut yang telah dikukus tadi. Kacau dengan senduk sampai rata. Kemudian masukkan kembali ke dalam kukusan. Pastikan sebelum dikukus kembali, korang dah letak daun pisang baru. Air pun pastikan cukup. Kalau tak cukup, tambah lagi air dalam periuk.

Kukus lagi selama setengah jam. Bila sudah puas hati masak, padam api. keluarkan dari kukusan. Makanlah dengan rendang, kari ataupun serunding daging. Apa2 pun sedap. selamat mencuba.

12 comments:

AI said...

- x pernah buat pulut kuning ni...hehe, makan je pernah...adoii

noor said...

Asalam kak jee...pagi pagi nampak pulut kuning....aaa sedapnya

Nuridah said...

Assalamualaikum KJee,

Waduh sedapnya pulut kuning nie...mkn ngan rendang sedap tk terkata...mentua lalu pun tk sedar...hehe..

CT Delima said...

As'salam Kak Jee

kalau arwah mak buat pulut kuning ni ct lah yang dok makan terlebih2 kat rumah, sebab suka sangat2. sebab rendang daging arwah mak tersangatlah sedapnya. Kalau nak makan sangat tu lebih baik buat sendiri kan kak, puas hati. kalau yang jual tu kadang2 keras lah pulut dia.

secangkir madu merah said...

terlior lak pepagi ni dah merayap ke blog kak Jee nampak pulak pulut kuning ni.. payah nak jumpa pulut kuning... kena buat ni..

Zuwairi Aiman said...

Sedapnye kak..

noorsafone said...

Kak jee..sedapnya nampak nasi kunyit kakjee tu..mkn dgn sambal tumis ikan bilis pun sodapp

Cik Puan Izan❤ said...

kjee buat sendiri ker tu...gerammmnyaa...rasa nak ngap jer...

Kjee said...

Buat sendirilah Cik Puan. Bahagianya kalau ada orang tolong buatkan. hehehe

Salt N Turmeric said...

Hi I datang sini fr a link on fb. Tengok gambar macam pernah nampak, rupa2nya dulu pelakun. sekarang dah tak berlakun lagi ke? Anywyas, thank u for the recipe!

Tinta Dari Hati. said...

Asslmkm Kak Jee,
Kalau orang sabah, sarapan pagi Nasi Kuning berlaukkan Ikan masak sambal @ Ayam Masak Sambal. Kalau Pulut Kuning kitaorg masak dengan sambal daging atau pun Kari ayam. Sedap!
Tapi nak cuba jugak resepi kak jee ni.. insyaallah.

Anonymous said...

sedapnyer..terima kasih resepi ini menjadi!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...