Pages

Sunday, December 21, 2014

NASI LEMAK KOBOI BANDAR








Pagi tadi lepas subuh, tetiba teringin pulak nak makan nasi lemak. Mesti home made. Tak mau yang beli. Kalau bagitau UnclePali atau Nadia, mesti dia orang terus pergi beli tak mau susah-susah masak.

So tadi Kjee senyap-senyap ke dapur. Nadia sambung tidur sebab jarang cuti Ahad sementara. UnclePali keletihan sebab malam tadi kami jalan-jalan outstation. Hmmm tak payah kejutkan dia orang. Bukan susah nak masak Nasi Lemak.

Kjee bukak fridge, hanya ada ikan bilis, timun dan cili kisar. Kemudian buka pantry jumpa santan kotak. Nasiblah. Bila dah siap nanti, nak suruh UnclePali pergi beli telor dan ayam. Rasa macam nak buat ayam goreng berempah. Ayamas bukak kul 9.30 pagi. Sempatlah kalau nak goreng ayam.

Tapi teringin nak makan Nasi Lemak biasa jer. No frills. Yang penting Nasi Lemak mesti lemak bukan macam rasa macam nasi putih yang dia orang jual tu.

Nasi lemak Kjee separuh tanak separuh kukus. Tak leceh untuk orang rajin. Yang tak rajin, aku tak mau campur. Resipinya,  korang INTAI SINI.









Hari ini Kjee guna beras Basmathi Super Panjang. Itu jer yang ada. Nak guna beras Faizah Herba Ponni (beras untuk diabetics), nanti tak sedap pulak nasi lemak aku!

So sukatan airnya, 1 mug beras, 1 mug air dan ¾ mug santan. Sukatan santan (santan kotak), setengah mug air dan ¼ mug santan kotak. Kalau guna beras biasa, sukatannya 1 beras, 1 air dan 1 santan perah sendiri. Kalau guna santan kotak adjustlah sendiri sebab santan kotak terlalu pekat.

Nasi Lemak sebenarnya, selain cukup santan, ia mesti cukup rasa garam. Tak percaya try lah sendiri apa rasa Nasi lemak kurang rasa garam.

Apabila UnclePali dah bangun dan masuk ke dapur, pagi masih awal. Ayamas tentu belum bukak. So Kjee suruh dia beli telor sahaja. Lupakan aje nak buat Ayam Goreng Berempah.









Masa dia pergi, Kjee buat sambal biasa-biasa. Tumbuk sebiji bawang besar dengan dua ulas bawang putih. Tumis bawang-bawang, bila dah garing masukkan cili kisar. Goreng seketika, masukkan sedikit air dan biarkan hingga air tu agak kering. Kemudian letak satu ketul bilis cube. Pastu masukkan satu labu bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Masak sampai sambal tu sempurna sedapnya. Kjee tak bubuh garam sebab bilis cube tu dah masin. Pandai-pandailah korang adjust. Guna api sederhana masa masak sambal.

(Lebihan sambal tumis ni, boleh digunakan untuk goreng mi, kway teow dan mihun).

Maka jadilah Nasi Lemak Koboi Bandar ni. Kekadang okay jugak makan lemak kosong. Banyak lauk kekadang kita tidak dapat menikmati rasa sebenar nasi lemak. Nasi Lemak Koboi Bandar ni hanya berhiaskan telor rebus, ikan bilis dan timun. Kjee tak berapa gemar bubuh kacang. Tapi kalau ada kangkung yang telah dicelur pun sedap gak kan. Hmmmm.




2 comments:

Aishah Amin said...

nyummyyyy kak jee..nasi lemak yang penting , nasi dia sambal dia..kalau yg tu umphhhhh mmg melayanggg

hehe

Eny Abdullah said...

sedap nampak... sambal tumis tu mmg taste saya yg jenis pekat dan ada bawang besar di dalamnya...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...