Pages

Saturday, August 31, 2013

NASI LEMAK SEPARUH TANAK SEPARUH KUKUS











Resipi klik SINI





Nasi Lemak adalah makanan rakyat Malaysia tak kira bangsa. Ada seorang wanita Cina yang kerja hantar surat khabar kat rumah Kjee dulu komplen, kalau bulan puasa, sebulan dia tak makan Nasi Lemak.

"Manyak susahlah. Saya manyak suka makan nasi lemak. Hali hali saya makan. Kalau orang mulayu puasa, saya talak makan," kata Nyonya tua separuh abad itu.

Hari ni Kjee buat Nasi Lemak, separuh tanah separuh kukus. Sesuatu yang Kjee biasa lakukan masa meniaga dulu. Ramai kata renyah. Tanak ajer dalam rice cooker, kata kawan-kawan Kjee. Tapi Kjee tetap buat separuh kukus separuh tanak sebab Kjee suka. Suka tengok nasi yang cantik berderai-derai setelah dikukus.



Campur santan, air, daun pandan dan garam

Jerang atas dapur hingga airnya hampir kering



Terus pindahkan ke kukusan dan kukus sampai sempurna





Masa meniaga dulu Kjee guna beras tempatan. Jadi sukatan airnya 1 pot beras, 1 pot air dan 1 pot santan. Tapi hari ni Kjee guna beras Siam Wangi. Kjee buat 2 pot beras, 2 pot air dan 1 pati santan. Cuci beras, toskan airnya dan campur santan dan air. Kemudian bubuh daun pandan dan garam secukup rasa.

Kjee jerang beras yang telah dicampur air, santan, garam dan daun pandan atas dapur. Kukusan jugak sudah dipanaskan airnya. Kemudian guna api sederhana, Kjee tanak beras bersantan tadi, kacau sekali sekala hingga airnya sudah hampir kering. Kemudian padam api dan pindahkan ke kukusan yang telah dilapik dengan daun pisang. Kukuslah sampai masak sempurna.

Masa meniaga, tugas UnclePali untuk bungkus Nasi Lemak yang dijual RM1.20 satu bungkus. Kjee tak pandai bungkus. Jadi penyek.

Nasi Lemak separuh kukus ni tahan sampai petang. Bila nak makan, hidupkan balik api kukusan dan panaskan balik. Sedap dimakan dengan sambal tumis. Hari ni Kjee buat sambal tumis udang bersama petai.










 
Nasi Lemak  yang dibungkus UnclePali masa kami meniaga


2 comments:

makcikkantin said...

Oh kak jee,

your pics & food presentations are so deliciously sexy!.....nampak sedap semuanya.

BTW, makcik dah buat your daging kaprau & its a hit!...hmmm tapi tak masuk blog entry lg...gambau..fail :))

ieda said...

cantik & kemas sekali bungkusan nasi lemak unclepali...saya pun tak reti buat macam tu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...