Wednesday, August 5, 2015

MISTERI DI LALUAN MENTAKAB


Jaja bersama bonda kesayangan, Maziah Razak



Tiga tahun lalu ketika berjalan Raya di rumah kakak angkat Kjee, Maziah Razak, tetiba anaknya Jaja buka cerita pasal kejadian ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kuantan. Masa tu hujung-hujung puasa. Mereka memilih ikut jalan lama sebab Kak Maziah ada nak beli barang kat jalan lama tu.

Kjee tak berapa nak concentrate masa Jaja cerita sebab tengah sedap jamu makanan air tangan Kak Maziah. UnclePali yang suka dengar cerita-cerita mistik, pasang telinga.

Apa yang Kjee ingat masa tu, Jaja kata dia dan emak dia tercari-cari kedai makan untuk berbuka puasa. Masa tu hujan. Kemudian, Jaja ternampak satu warung tepi jalan. Dia berhenti kereta dan hendak turun. Tapi tak jadi nak makan situ sebab keadaan di warung tu pelik sangat.

Kjee ingat lagi Jaja kata: "Semua pelanggan yang tengah makan dalam kedai tu pakai baju ala 60-an. Keadaan dalam warung tu gelap. Hanya ada lampu minyak tanah. Orang dalam warung langsung tak pandang atau pedulikan kami ketika itu!"

Itu aje yang Kjee ingat Jaja cakap. Rasanya UnclePali asyik juga melayan Jaja tapi Kjee terus makan. Hehehe.

Pagi tadi, dalam perjalanan hantar Nadia pergi ke office, sampai di satu traffic lights, UnclePali hulurkan fon dia suruh tengok satu gambar.







"You rasa gambar ni ada kena mengena dengan cerita Jaja dulu?"

Kjee terus ambil fon UnclePali. Nadia pun sama-sama tengok.

"Isyhh biar betul ni. Ya tak ya lah. Jaja dulu cakap kawasan yang dia kena tu, sikit lebih kurang sama!"

Kjee terus forward gambar tu kepada Jaja di facebook. Dan ini jawapan yang Kjee terima dari Jaja.





















Jeng jeng jeng.... korang fikir sendirilah apa yang dilalui Zura Apis Zuraini. Apakah mungkin kejadian yang sama dilalui Jaja? Huhuhu dah seram bulu roma walaupun tengah type. Misteri Nusantara... Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Kwang kwang kwang....

Mujurlah Kjee tak mungkin lalu lagi kawasan tersebut kalau pulang ke kampung UnclePali di Kampung Ulu Jempol, Maran, Pahang. Kami guna jalan baru. Highway. Heheh




3 comments:

intan rh said...

Assalam Kak Jee, kalau kat jalan antara karak dengan lanchang tu betul la tapi kalau kedai kat jalan antara lanchang dengan mentakab, kedai mana satu ye? Saya org temerloh, selalu jugek lalu jalan tu. Nak tau juga :)

paridah said...

memang misteri area situ...Allah pelihara jaja n ibunya drpd ditipu pandangan alam lain...

OutOfThisWorld said...

'Time slip' orang putih panggil. Tak sama dgn masuk alam lain. Sebab kalau ikut dari ceritanya, orang dalam gerai tu seolah tak nampak mereka berdua. Jadi ianya hanya lah sesuatu kejadian yang pernah berlaku zaman dahulu yang dilihat seperti rakaman saja. Bukan kejadian saja boleh 'freeze in time' tapi suara2 dari kejadian zaman dulu juga boleh kedengaran. Selalunya tempat yang 'abandoned' benda2 mcm ni berlaku.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...