Wednesday, August 26, 2015

SUP KAKI AYAM BEREMPAH







Sebenarnya, hati Kjee berkata-kata apabila hendak masukkan masakan Sup Kaki Ayam Berempah yang Kjee masak tadi ini dalam blog. Kjee tahu ada yang sensitif dengan lauk seperti ini. Tetapi apabila Kjee post foto ini di Facebook, Kjee tengok sambutannya agak bagus. Ramai yang boleh terima. So Kjee mohon maaf, jika ada yang tidak dapat menerimanya.

Kjee makan kaki ayam sejak kecil lagi. Orang kata, apa yang ibu bapak kita suka, pasti anak-anak-anak akan terikut-ikut.

Kjee makan dan suka masak kaki ayam sebab arwah bapak kata, kawan Cina dia beritahu, ia elok untuk mereka yang ada sakit sendi terutama sekali di bahagian kaki. Kjee tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Tetapi apabila sudah dewasa dan berkawan dengan kawan-kawan berbangsa Cina, mereka jugak mengiya perkara yang sama. Elok untuk kuatkan sendi-sendi. Oleh kerana harganya pun tidak mahal, apa salahnya kita mengamalkannya.

Selalunya, kalau pergi pasar dan singgah di gerai yang menjual ayam, mata Kjee pasti liar mencari kaki ayam. Keluarga kami suka ia dimasak sup. Letak rempah bonjot Mak Siti atau apa jua jenama yang banyak di pasaran. Supnya jernih jika guna rempah bonjot itu.











Pagi tadi Kjee teringat cara arwah Bonda. Dia gunakan serbuk rempah kari daging. Supnya menjadi sedikit pedas, berwarna sedikit kemerah-merahan dan sedap.

Kjee tak pernah membuatnya. Jadi hari ini Kjee cuba ingat kembali resipi arwah Bonda. Memang Kjee agak terkilan sebab masa Bonda masih hidup, Kjee tidak pernah mahu belajar cara dia masak. Tak pernah tulis resipi masakan dia. I've always taken my mother for granted. Well, I'm sure ramai yang macam Kjee. Ibu dah tak der baru kita terkial-kial menyesal. Hehehe.

Anyway, Kjee cuba ingat bagaimana arwah Bonda masak Sup Kaki Ayam Berempah. Alhamdullilah hasilnya, tidaklah mengecewakan.

First thing first. Kena bersihkan kaki ayam. Kjee beli anggaran 1kg. Potong bahagian-bahagian tertentu yang nampak menggerikan. Kemudian cuci bersih-bersihkan dan masukan dalam periuk dan rebus. Kjee guna Pressure Cooker dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Cara ini mudah dan kulit tertanggal dari tulang. Kalau rebus cara biasa, mungkin mengambil masa satu hingga dua jam.




Harus manicure pedicure dan remove corns. Hehehe



Sementara menunggu, Kjee keluarkan carrot, kentang dan jugak celery. Kjee hanya letak celery kalau ada stok. Jika tidak, hanya carrot dan kentang sahaja. Kjee guna baby potato sebab ada stok. Kalau tidak, ada sahaja yang ada Kjee guna. Sayur-sayur ini Kjee buang kulit dan potong ikut suka.

Kemudian Kjee belah empat dua biji bawang besar. Kjee jugak hiris dua inci halia halus-halus, 4 biji bawang putih serta 4 biji bawah merah. Bawang merah, bawang putih dan halia adalah bahan penumis.

Apabila kaki ayam sudah elok lembutnya, Kjee masukkan bawang besar yang dibelah empat tadi serta carrot, kentang dan celery. Biarkan ia masak. Kali ini Kjee sudah tidak guna lagi Pressure Cooker.

Kjee turut masukkan dalam periuk 1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 1 sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk dan 2 chicken cube. Biarkan ia reneh guna api sederhana sehingga sayur-sayur empuk.

Kemudian Kjee tumis bahan yang telah dihiris. Kjee hanya guna dua sudu minyak. Apabila bahan-bahan itu dah wangi, Kjee masukkan dua sudu besar rempah kari daging. Kjee guna Babas. Apabila sudah terbit minyak, Kjee cepat-cepat masukkan ke dalam periuk bersama kaki ayam tadi. Ini namanya tumis darat.

Kacau sampai rata. Biarkan ia mendidih seketika dan rasa. Kjee tak letak garam sebab dua chicken cube sudah mencukupi.

Perlahankan api. Apabila sayur-sayur tudah cukup empuk, padamkan air. Apabila hendak menghidang, baru taburkan daun sup dan bawang goreng.

Hidang ketika masih panas.



Related Posts:

  • KERABU KAKI AYAM PEMBUKA SELERA Disebabkan tiap kali order, pelayan kata dah habis, Kjee terpaksa buat sendiri. Habis tu camner kalau tekak dah teringin sangat kan! Kjee tak pernah buat Kerabu Kaki Ayam sebelum ini. Bukan susahpun resipinya. Pada Kje… Read More
  • RENDANG AYAM KELANTAN YANG MUDAH LAGI SEDAP Sepatutnya Kjee masak Rendang Kelantan ni Ahad lalu sebab ada request dari seorang kawan dan familinya nak datang makan. Tup2 malam Sabtu dia call kata kensel atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. So, Kjee pu… Read More
  • FIRST TIME BUAT NASI DAGANG KELANTAN + GULAI IKAN TONGKOL Kjee tak pernah konfiden nak buat Nasi Dagang. Tak tahu kenapa. Tetapi setelah mencuba hari ni, rupa2nya taklah susah sangat. Kjee selalu buat Nasi Lemak Kukus atau pun kaedah sama untuk buat Pulut Kuning, so actual… Read More
  • SAMBAL TUMIS UDANG BUBUH PETAI Lunch Kjee yang paling simple setakat ini. Nak kata malas tak lah pulak tapi hanya selera nak makan sambal tumis udang bubuh petai dan ikan Pelaling goreng. Kalau ada yang masih tak kenal ikan Pelaling, ia adal… Read More
  • GULAI TEMPOYAK TENGGIRI BUNGA Hari ni Kjee masak gulai tempoyak. Ramai mesti kata ek eleh tak heranlah kan! Tapi bagi Kjee ia satu gulai yang cukup eksotik. Dan Kjee memang tak berani memasaknya sebab takut tak sedap.  Kali pertama Kjee bua… Read More

0 comments:

Post a Comment