Thursday, September 3, 2015

NAMA RENDANG KACANG TAPI TAKLAH RENDANG SANGAT







Orang Nogori atau sekarang mereka gelar diri mereka orang Nismilan, panggil lauk ni Rendang Kacang. Tak ada rupa sangat cam rendang, bagi Kjee. Lebih mirip kepada Masak Lemak Cili Padi yang pekat.

Maklumlah, bila disebut rendang, terbayang lauk Rendang yang begitu sinonim dengan orang kita. Warna kemerah-merahan dan jugak agak gelap kalau Rendang Tok orang Perak. Jugak guna kerisik.

Kerana itu, apabila Kjee jinak-jinak belajar masak Rendang Kacang ni dulu, terkejut jugak seketika. Alahai cara masaknya bukan macam rendang biasa.

Masa Kjee kecik-kecik dulu, kami pernah tinggal di Kuala Pilah, Port Dickson dan juga Seremban. Bapa kerja pejabat tanah dan suka sangat pindah randah. Masakan bonda pun banyak terpengaruh dengan daerah yang kami tinggal.

Maka Bonda pun pernahlah masak Rendang Kacang Nismilan versi beliau. Tetapi, anehnya, Rendang Kacang dia adalah Rendang Daging biasa tapi apabila rendang tu dah masak, Bonda akan campak kacang panjang (yang telah dipotong-potong) ke dalam rendang tersebut. Masak sekejap jer.

Itulah Rendang Daging bubuh kacang yang diminati kami sekeluarga masa tu. Rasanya, Bonda ni kreatif jugak kan? Hehehe. Tapi memang sedaplah Rendang Daging bubuh kacang, air tangan Bonda.

Kemudian, Kjee diperkenalkan kepada Rendang Kacang Nismilan masa shooting kat beberapa daerah di Nismilan. Pengurus Produksi drama kami, amik khidmat katerer tempatan. Hari-hari kami dihidangkan dengan Rendang Kacang Nismilan yang pedas dan sedap tu.

Tak taulah pulak namanya Rendang Kacang. Pada Kjee ia lauk masak lemak cili padi bubuh telor ayam pencen, hati, pedal, tengkok, kaki ayam dan sebagainya. Tapi memang kami semua sukalah masa tu.





3 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Jee.. Selama ni saya silent reader blog Kak Jee ni.. suka tengok masakan Kak Jee dan husband.

    Memang rendang kacang tu.. tapi kuah dia lebih kering dan pekat. Tu stail sayalah, yang asal dari Kuala Pilah. ;)

    ReplyDelete
  2. wkmsalam audra.. mmg kjee buat berkuah sikit ikut selera famili. kalau tidak, memang pekat. tapi heran kenapa dia kata rendang. mungkin nak masaknya kena 'direndang' hingga kering.

    ReplyDelete
  3. A ah.. betul tu Kak Jee.. sebab "takde" kuah.. sebab tu dipanggil rendang.. selalunya kitorang panggil Rendang "ayam" (atau apa-apa yang sewaktu dengannya) kacang panjang"

    ReplyDelete