Pages

Friday, September 4, 2015

NASI GORENG BELACAN TUMIS BUTTER








First time makan Nasi Goreng Belacan yang ditumis guna butter, buat tekak Kjee kembang. Masa tu, pergi ke rumah seorang sahabat wartawan yang berasal dari Sarawak. Kjee sampai rumah dia masa dia tengah siap-siap nak buat nasi goreng. Kjee tengok dia pergi fridge dan keluarkan butter.

"Eh biar betul ni Nora (sekarang dia Puan Sri). Belacan dengan butter?" Kjee angkat kening. Nora ketawa. "Kau belum try lagi nak bising. Tak mati lah," kata dia sambil ketawa.

Masa makan, Kjee senyap jer. Nora selama jer makan. Dan apabila satu suap sampai ke mulut, Nora pandang.."Sedap kan?!"

Sedap lah. Jadi selepas tu, kadang-kadang buat Nasi Goreng, tumis guna butter kalau teringat. Mujur dua lagi penghuni dalam rumah Kjee, okay jer.

Tadi, Kjee campur butter dengan minyak jagung. Tak boleh guna 100% butter sebab butter bila dipanaskan, akan hangus.

Kjee buat nasi goreng arini cara orang lama. Tumbuk cili hidup, cili padi, bawang putih, bawang merah dan sedikit belacan. Macam nak buat sambal tumis jugaklah.

Kemudian Kjee tumis dalam butter campur minyak jagung. Bila dah garing, Kjee masukkan hati ayam yang telah dipotong kecik-kecik. Apabila hati ayam tu dah bertukar warna, Kjee masukkan kacang panjang yang dipotong kecik-kecik.

Apabila hati ayam dan nampak masak dan kacang hijau dah ubah warna sikit, masukkan nasi, kacau sampai rata. Kemudian masukkan kicap manis dan kicar cair. Kjee guna Nampla atau Sos Ikan Thai.

Kemudian pecahkan telor ditengah-tengah kuali. Tutup telor tu dengan nasi goreng tadi. Bila telor dah mengeras, barulah kacau perlahan-lahan hingga rata.

Tadi Kjee gandingkan Nasi Goreng ni dengan ayam goreng dan keropok.

Harini Kjee tak puas hati dengan gambar. My regular photographer kelaparan balik dari Mesjid tadi. So.....




1 comments:

Siti Zawiyah Rahmat said...

Wow.. guna butter untuk nasi goreng..
Boleh cuba lepas ni.
Thanks kakjee :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...