Sunday, November 22, 2015

MOKCIK DAH PANDAI BUAT POORI KILANGU












Percaya tak korang yang Kjee makan sekeping poori setiap pagi! Bukanlah buat sendiri tapi makan kat Restoran Nasi Daun Pisang Thurka's di Taman Melawati. Kami mesti breakfast kat situ dalam perjalanan hantar Nadia pergi kerja. Hanya di situ sahaja parking berlambak.

Tiap kali order, Kjee mesti kenyit mata kat waiter bernama Sami untuk bagi banyak sikit Poori Kilangu. Poori Kilangu adalah lauk dihidang bersama Poori. Kjee suka sangat sebab rasanya yang tersendiri.

Hari tu Kjee tanya resipi kat Chef Thyaga B Rajan di Facebook. Chef ni rajin sangat melayan Kjee kalau Kjee mintak resipi Indian food. Tapi belum sempat Chef Thyaga balas, seorang lagi fren FB, Vuthara Kumari dah pos resipi kat Kjee.

"Kami panggil Poori Kilangu, Kjee" kata Vuthara. Ohhh itu ke namanya? Kerana tak tahu namanya Kjee tak google selama ni cari resipi. Kjee ni jenis tak suka sangat mintak resipi kat orang. Ada yang suka bagi dan ada yang tidak. Jadi, Cik Google ajelah talian hayat Kjee. Hehehe.

Apabila Kjee google, punyalah Kjee happy sebab itulah yang Kjee nak belajar buat. Setelah beberapa hari menatap bahan-bahan yang Vuthara beri, Kjee pun konfiden nak buat. Tapi tak tahu bila hingga malam tadi.

Masa nak lelapkan mata, Kjee fikir apa yang harus dimasak untuk breakfast. Roti Paratha beku dah habis, mihun tak ada, roti Gardenia pun tak ada. And then tefikir nak buat Poori Kilangu! Yesss. So, Kjee tidur dengan cara-cara buat Poori dan Poori Kilangu. Hehehe.









Lepas subuh, Kjee terus ke dapur. Alamak... kentang hanya ada dua biji. Resipi perlukan 3 biji kentang. Tapi carrot ada dua biji. Bolehlah asalkan tak terbantut niat nak buat Poori Kilangu.

First thing first. Buang kulit kentang dan rebus kentang. Kemudian buang kulit carrot, dadu dan masuk ke dalam periuk bersama kentang. Kentang tak payah dadu. Nanti lecek kasar-kasar setelah lembut. Kjee letak secubit garam.

Apabila sudah lembut, toskan kentang dan carrot. Lecek kentang kasar-kasar guna garfu jer. Tepikan.

Dadu 2 biji bawang besar yang sederhana besar. Kalau besar sangat, sebiji pun jadi. Jugak hiris dua ulas bawang putih. Kjee juga guna cili padi warna hijau (ini Kjee nampak dalam lauk tu yang Kjee makan kat Thurkha's). Belah dua memanjang. Rasanya Vuthara suruh guna cili hijau. Hiris memanjang jugak kalau guna cili hijau. Banyak mana, ikut kepedasan yang korang suka.









Letak sedikit minyak dalam periuk dan panaskan. Bila dah panas, masukkan lebih kurang ½ sudu kecik biji sawi. Kalau nak letak rempah tumis campur pun boleh. Ketika biji sawi meletup-letup, masukkan bawang dan bawang putih. Kacau hingga layu. Masukkan jugak daun kari dan cili.

Apabila tumisan dah layu dan lembut, masukkan kentang lecek bersama carrot. Masukkan juga air. Sedikit jer. Kjee letak dalam setengah cawan dan sedikit serbuk kunyit. Dalam ¾ sudu kecik. Bubuh garam. Kjee jugak letak dalam dua sudu susu cair. Vuthara kata, akan terbit sedikit rasa lemak. Kalau makan di restoran, mereka memang tak letak.

Itu sahaja. Mudah buat kan? Wah kalau macam ini, tiap hujung minggu Kjee akan buat Poori Kilangu ni. Makan dengan roti canai pun sedap. Anak-anak korang pun tentu suka. Tapi kalau anak-anak tak makan pedas, kurangkan sikit cilinya.

Selamat mencuba. Oppppssss itu baru kuah poori. Untuk resipi poori, korang KLIK SINI ya. Buat jangan tak buat. Jangan asyik nak makan kat kedai jer cam mokcik dulu. Ewah.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...