Pages

Sunday, February 21, 2016

KUIH TAKO VERSI KJEE






Bukan senang nak beli Kuih Tako kalau di luar musim Ramadhan. Mungkin ada dijual di Pasar Malam atau Pasar Tani. Kjee ni bukannya kaki merayap ke tempat-tempat macam itu. Justru, tak pernah lah jumpa kecuali di bulan Puasa.

Dua hari lepas Kjee teringat akan Kuih Tako.Mana nak cari. So, kenalah buat sendiri.

Kemudian Kjee tanya friends FB samada mereka ada pengalaman guna tepung Hoen Kwe. Ada yang panggil tepung Hong Kong. Tepung itu asalnya dari Indonesia. Sebab itu ejaan kuih nya menjadi kwe. Gamaknyalah. Hehehe.

Rata-rata mereka kata lebih sedap guna tepung Hoen Kwe. Kjee pernah guna tepung itu buat kuih Talam satu ketika dulu. Kawan-kawan Kjee kata, guna tepung yang ori dari Indonesia. Ada jugak pemibikin tempatan buat tapi tak sedap. Tulisan yang hijau (foto bawah), tepongnya warna hijau. Tulisan biru, tepungnya warna putih.







Lepas tu, Kjee pun google cari resipi. Tersinggahlah pulak di blog Azie Kitchen yang guna tepung Hoen Kwe. Maka, itulah kejadian tadi dengan bantuan anak dara kita.

Resipinya mudah sangat. Yang sukar ialah membuat kelongsongnya dari daun pandan. Harus daun pandan yang lebar-lebar sikit. Kalau tidak, kotak kelongsongnya pun ceconit. Dengan bantuan Nadia, kami keliling satu taman dan jumpalah tapi tidaklah lebar sangat. Hmmm jadi lah kan.

Kjee bukanlah pakar buat kelongsong kuih tako ni. Main hentam jer. Sekejap jadi sekejap senget benget. But who cares! Kalau ada nak kutuk, silakan. I know who you are!! Hehehe. Terasa ker? Habis nak buat camner? Dah itu memang kerja kau, memanjang cari kesilapan aku!!









Nadia tolong Kjee sukat semua bahan-bahan. Kjee buat tiga kali ganda dari sukatan asal sebab rasanya penat dan buang masa aje ikut resipi asal yang hanya guna 25gms tepong Hoen Kwe.

Rasanya, sukatan tiga kali ganda itu boleh dapat dalam 40 biji kuih Tako. Kjee dapat dalam 32 biji sahaja sebab dah malas nak buat lagi kelongsong. Baki adunan Nadia tuang dalam bekas plastik.

Nak resipi penuh, sila tengok di Azie Kitchen. Terima kasih Azie kongsi resipi.

Oh lupa nak bagitau. Kjee tak letak sengkuang Cina sebab Nadia tak suka. Dulu ada sekali Kjee buat. Masa tu Kjee guna tepung jagung. Kjee letak sekuang Cina. Habis Nadia keluarkan masa nak makan. Buat penat aje aku dadu kecik-kecik.

Kuih Tako ni sedap di makan setelah didinginkan dalam peti ais.

NOTA KAKI:
Memang puas hati guna tepung Hoen Kwe buat Kuih Tako. Rasanya lemak dan wangi.






0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...