Monday, February 1, 2016

WALNUT BROWNIES CITARASAKU







Bukan tak boleh beli. Berlambak orang jual. Boleh pilih ikut citarasa. Tetapi Kjee buat sebab nak adjust ikut citarasa. Maklumlah kalau beli, depa buat macam ada lori gula terbalik depan rumah. Mokcik yang kena hadkan pengambilan gula, boleh beremang bulu roma!

Sebab itulah mokcik buat semalam. Makannya mokcik sorang. Nadia tak minat cokelat. UnclePali pulak asyik sibuk ke hulur ke hilir, lupa mokcik nak bagi jamah.

Resipi simple brownies Kjee intai kat blog Allrecipes yang disyorkan seorang fren FB. Katanya, dia dah cuba buat. Husband dia pun kata tak manis.

Tapi apabila Kjee amati resipi, tepung 60gms gula 200gms!! Aikkkkkkkk. Noktah.

So seperti biasa Kjee pun adjustlah. Dan hasilnya amat memuaskan. Tak manis dan terasa sedikit kepahitan cokelat sebab Kjee tambah semi sweet choc chips selain serbuk koko. Kjee memang suka dark and bitter chocolates.

Jom kita intai resipi.























EASY CHOC BROWNIES
sumber: allrecipes
olahan: sapa lagi?

BAHAN-BAHAN

110 gms mentega (unsalted)
200gms gula (Kjee letak 60gms soft brown sugar)
2 biji telor
60gms tepung naik sendiri
30gms serbuk koko
30gms semi sweet choc chips (kjee tambah)
secubit garam
1 sudu kecik esen vanilla
60gms kacang walnut cincang kasar (optional)

CARA

Panaskan oven suhu 180 selama 20 minit. Lenserkan acuan empat segi 20cm (7 atau 8 inci) dengan sedikit butter dan kertas minyak.

Butter dan gula dipukul. Apabila sudah kembang, masukkan telor. Kacau sampai rata.

Campur serbuk koko, garam dan choc chips (kalau guna) ke dalam tepung. Kacau rata dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau rata kemudian masukkan esen vanilla. Kacau hingga rata. Masukkan kacang walnuts, kalau guna. Gaul rata dan tuang ke dalam acuan. Ratakan.

Bakar selama 25 minit. Kjee hanya guna api bawah.

Sejukkan baru dipotong-potong.

NOTA KAKI:
Oleh kerana Kjee guna hanya 60gms gula, maka rasanya tidak manis. Kerana itu, Kjee ayak sedikit gula aising. Ada kata kalau mau bagi kedut, gula kena banyak. Isyhhh tak payah ler. Muka aku dah cukup kedut. Hehehe







0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...