Pages

Friday, March 31, 2017

NASI GORENG KAMPUNG LETAK BELACAN








       Apabila penyakit kurang rajin melanda, inilah kejadian untuk lunch hari ini. Musim sejuk penyakit Arthritis sering menemani Kjee. Kejang semua sendi-sendi. Tapi perut nak kena isi. Jadi, masak yang mudah-mudah sahaja lah.

       Pagi-pagi lagi UnclePali dah tolong Kjee masak nasi apabila dengar Kjee nak makan Nasi Goreng Kampung. Kali ini Kjee letak sedikit belacan. Kjee tak letak kicap tetapi hairan jugak hasilnya Nasi Goreng Kampung ni macam letak kicap. Belacan punya kaler kot.

       Untuk masak satu portion ni, Kjee tumbuk dua biji cili merah, satu ulas bawang putih dan sedikit belacan. Jangan banyak nanti pahit. Tumbuk sampai halus, kemudian masukkan pulak ikan bilis dan tumbuk manja-manja. Kjee suka tumis bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Bila dah layu baru masuk bahan yang ditumbuk tadi. Kena goreng sampai ikan bilis itu garing. Dah garing, masukkan nasi dan kacang panjang yang telah dipotong kecik-kecik. Gaul sampai rata. Kjee tak letak garam sebab ikan bilis itu dah cukup masin. Nak letak kicap cair bolehlah.

       Tadi plan nak goreng ikan kembung, goreng keropok lah, konon nak makan sama Nasi Goreng Kampung. Tapi tak larat lah pulak. So, Kjee buat telor dadar nipis-nipis dan hiris letak atas nasi goreng. Timun buat ulam.

        Itu jer menu di akhir bulan Mac. Esok masuk April. Tak mau lah main April Fool. Dah terlajak usia. Hehehe.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...