Tuesday, March 21, 2017

KARI VEGETARIAN MUTTON






       Kjee suka sangat makan semua yang berkaitan daging kambing ataupun lamb. Apabila Kjee kata demikian, ramai angkat kening. Risau. Tak elok tu kata mereka. Nanti boleh kena high blood pressure. Ya ker? Habis tu kalau Kjee low blood, okaylah kan? Hehehe.

       Kjee pernah jumpa Dr Yahaya Sofi, my regular doctor of almost 30 years. Dia kata, dengan bacaan blood pressure yang selalunya rendah, Kjee bukan sahaja boleh makan daging kambing ataupun lamb tetapi unta pun boleh. Kjee pernah sekali makan daging unta ketika pergi ke rumah Abah (Pak Habib Hussein Al Attas) Raya Haji banyak-banyak tahun yang lalu. Abah kol kata ada daging unta. Jomlah ke Janda Baik katanya. Kjee makan okay jer walaupun sebelah malam tak boleh tidur kekrana kepanasan. Hehehe.

       Alhamdullilah setakat ini my BP reading (latest pada 7/3 lepas) ialah 115/86. Masih okay dengan izinNya.





Frozen Vegetarian Mutton

     

 Jadi kenapa Kjee makan vegetarian mutton kalau boleh makan mutton atau daging kambing biasa? Beginilah... kalau korang pernah sekali try Vegetarian Mutton, mesti korang suka sangat. Texture macam daging kambing (ada seratnya sekali) dan baunya ada sedikit bau kambing tetapi ia diperbuat dari kacang soya! Dan ia sangat-sangat sihat dan boleh makan hari-hari!

       Kjee beli Vegetarian Mutton ini (frozen) di sebuah supermarket India di Brickfields, Kuala Lumpur. Ada kata pernah jumpa di Tesco dan Giant. Dan menurut seorang kawan berbangsa India, ia boleh dimasak pelbagai jenis lauk termasuk rendang! Tetapi ia hanya boleh dimasukkan di saat akhir setelah lauk itu siap masak. Ini adalah kerana vegetarian mutton sangat lembut (maklumlah taufoo) dan boleh hancur kalau masak terlalu lama. Ada yang syorkan digoreng seketika sebelum dimasukkan ke dalam lauk yang sedang dimasak. The choice is yours.

       Nadia suka sangat Vegetarian Mutton ini kalau dibuat Mutton Paratel. Kalau ke Rest Sri Paandi di Petaling Jaya, mesti Kjee bungkus satu atau dua portion untuk dia, Murah sangat. Satu piring RM3.50 sahaja. Nadia ratah sahaja.

       Okay Vegetarian Mutton Curry ini Kjee buat kelmarin. Sedap dimakan dengan nasi atau putu mayam. Ini bukan kali pertama Kjee buat. Untuk resipi, sila KLIK SINI.

   
 








Related Posts:

  • NASI KANDAR KUDU...VERSI TUNJUK. HEHEHE Ayam masak hitam - lauk harus  kalau makan Nasi Kandar Hari ini Kjee betul2 kurang rajin hendak ke dapur. Cuaca kat luar malap jer. Dan bila cuaca malap, macam tu jugaklah mood mokcik ni. Unclepali suka apabila Kjee… Read More
  • KARI IKAN TALANG KERING BERSAMA TERUNG BULAT Kari Ikan Talang adalah antara menu wajib di bulan Puasa. Penghuni2 rumah Kjee memang suka sangat kerana ia cukup membuka selera. Mujurlah Unclepali hanya suka tulang ikan kering sementara Kjee dan Nadia suka bahagian… Read More
  • REZEKI KAMI DI AIDIL ADHA innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More
  • ROTI JOHN LAMB BURGER Malam tadi, mood nak keluar makan memang tiada. Lepas tengok Buletin Utama, Kjee terus ke dapur. Kjee dah keluarkan sekotak kecik Lamb Burger jenama Dara bif sebelum Maghrib. Kalau nak beli apa2 product burger Dara Bif, ken… Read More
  • LUNCH DI HARI MERDEKA 2012 Hari ni Kjee masak Kari ayam bersama kentang, kangkung goreng belacan, goreng ikan tenggiri jeruk sementara Nadia buat sambal tempoyak mentah untuk digandingkan dengan petai jeruk. Memang kena sangat gandingan lauk ini. Ma… Read More

1 comment: