Pages

Wednesday, April 5, 2017

ASAM REBUS DAGING TETEL VERSI BONDA








        Pening juga fikir pagi tadi nak masak Asam Pedas atau Asam Rebus Daging Tetel. Dua-dua sedap. Di KL ni, dua-dua susah nak cari di restoran melainkan masak sendiri. Kalau Asam Rebus Ikan, memang banyak dijual.

        So Kjee buat keputusan masak Asam Rebus Daging Tetel. Nak tanya UnclePali memang tak gunalah sebab dia akan kata...apa-apa pun okay. Rasanya dia tak tahu beza antara Asam Pedas dan Asam Rebus.  Maklumlah orang Utara.

        Kjee diperkenalkan kepada lauk ini oleh arwah Bonda. Kerana asal usulnya orang Melaka so selalu lah dia masak banyak lauk pauk dan kuih negeri itu. Lagipun, arwah bapak cerewet. Masak mesti ori macam dia makan samada dimasak oleh arwah ibu atau kakaknya!

        Walaupun lauk ini dikatakan sihat sebab tidak ditumis tetapi oleh kerana kebiasaannya orang Melaka menggunakan daging tetel, maka Asam Rebus Daging Tetel ini tidak bleh dianggap lauk yang sihat. Hehehe.

        Bagi yang tidak tahu apa itu daging tetel, sila google atau pergi tanya kat gerai jual daging regular you all. Masak guna daging biasa pun okaylah. Tetapi daging tetel ada sedikit urat-urat dan lemak-lemak. Itu yang sedap.








        Tetapi daging tetel tersangatlah liat. Tadi Kjee masak lebih kurang ½ jam dalam periuk tekanan atau Pressure Cooker. Barulah Kjee dapat texture lembut yang Kjee suka. Maklumlah, pagar semua dah goyah. Hehehe.

        Bahan-bahan untuk masak Asam Rebus ini macam nak buat kuah laksa utara. Harus ada bawang merah, bawang putih, sedikit belacan, sedikit kunyit hidup, sedikit halia serta cili merah, serai dan daun kesom. Kalau arwah Bonda, dia akan guna semua cili merah so tidaklah pedas sangat. Tetapi Kjee campur cili kering kisar dan empat biji cili padi.

        Kisar dalam blender semua bahan  kecuali serai dan daun kesom. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama lebih kurang satu atau dua cawan air. Kemudian didihkan guna api perlahan. Apabila sudah mendidihkan, masukkan kentang yang telah dibelah empat, serai dan daun kesom. Kalau ada daun limau purut, boleh lah masukkan sekali.

        Setelah daging tetel cukup empuk, masukkan ke dalam periuk bersama bahan tadi. Masukkan sekali air rebusan daging kerana itu akan menaikkan kemanisan rasa kuah. Masukkan juga asam Jawa.

        Letak garam secukup rasa dan juga sedikit gula. Rendidih sehingga mesra. Dulu pun Kjee pernah buat. Klik SINI.






         

1 comments:

Anonymous said...

walaupun saya ni org minang...tp asam pedas ni x kira la rebus ke tumis ke...tetap menjadi pilihan pertama saya...-hunnyza-

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...