DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, September 7, 2015

SUP MAKARONI UNTUK YANG KURANG SIHAT






Arini Nadia tak sihat. Keracunan makanan. Semalam ada assignment di KL Sentral dengan senior dia. Katanya dia makan Kway Teow Goreng jer kat situ. Malam sebelumnya dia kata susah nak tidur. Mungkin itu antara penyebab dia nak kena food poisoning.

Since katanya tak selera makan, Kjee buatkan jer Makaroni Soup. Masak sup ayam biasa letak kentang, carrots dan cellery serta ayam. Pastu bila dah siap, masukkan segenggam makaroni. Masa tumis bawang putih dan bawang merah, Kjee campakkan 1 batang kecik kayu manis, 1 bunga lawang. Jugak letak satu cube ayam Knorrs. Masa hidang tabur bawang goreng dan daun sup. Letak sedikit lada hitam jugak.

Itu selera Kjee kalau tak sihat. Tapi dah hidangkan kat dia, masih tak terbuka selera. Hmmm camner nak sihat cepat kalau degil tak nak dengar Mama cakap suruh makan kan?!!







Sunday, September 6, 2015

KALAU GIGI DAH TAK KUAT, KUIH NI SESUWAI










Kuih Badak Berendam ni amat sesuai untuk warga emas yang tak ada gigi atau gigi sudah tidak sekuat dulu. Hehehe that's me. Minggu lepas Kjee buat dah tapi ntah mana silapnya, bebola pulut tu jadi keras. Rezeki Cik Tong. Semalam Kjee buat lagi dan Alhamdullilah berjaya.

Kjee gua dua jenis tepung pulut iaitu Tepung Pulut Hitam dan Tepung Pulut yang putih. Ada yang terkejut apabila Kjee kata UnclePali beli tepung pulut hitam. Ada ke jual? Alaa bukaklah mata besar-besar masa gi supermarket. Apa yang tak ada jual sekarang kan?

Anyway, minggu lepas UnclePali beli jenama yang bukan biasa dia beli. Selalunya, dia beli Tepung Pulut Hitam cap Dapur Desa. Dia beli kat Giant. Aritu Kjee suruh beli, UnclePali beli kat kedai runcit mamak. Tak ingat apa brand. Tu yang Kuih Badak Berendam Kjee buat jadi keras.

Ada orang buat Kuih Koci guna Kuih Badak Berendam. Maka jadilah Kuih Badak Bungkus. Whatever lah. Suka hatilah dia orang nak buat camner.













Kalau buat inti kelapa, seelok-eloknya cari kelapa yang betul-betul muda. Aritu Kjee singgah kat satu kedai jual kelapa. Kjee mintak kelapa muda nak buat inti. Pakcik tu kata tak ada masalah. Dia ada banyak kelapa muda. Hmmm tapi bila sampai rumah, muda sikit jer dari pakcik tu!!

Intinya Kjee buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas kecik-kecik dalam freezer. Tak lah kecik sangat bekas tu tapi cukuplah untuk buat satu portion kuih nanti. Nak guna, keluarkan balik dan panaskan.

Itu ajelah nak story. Nak resipi lengkap korang tengok kat SINI.





Friday, September 4, 2015

NASI GORENG BELACAN TUMIS BUTTER








First time makan Nasi Goreng Belacan yang ditumis guna butter, buat tekak Kjee kembang. Masa tu, pergi ke rumah seorang sahabat wartawan yang berasal dari Sarawak. Kjee sampai rumah dia masa dia tengah siap-siap nak buat nasi goreng. Kjee tengok dia pergi fridge dan keluarkan butter.

"Eh biar betul ni Nora (sekarang dia Puan Sri). Belacan dengan butter?" Kjee angkat kening. Nora ketawa. "Kau belum try lagi nak bising. Tak mati lah," kata dia sambil ketawa.

Masa makan, Kjee senyap jer. Nora selama jer makan. Dan apabila satu suap sampai ke mulut, Nora pandang.."Sedap kan?!"

Sedap lah. Jadi selepas tu, kadang-kadang buat Nasi Goreng, tumis guna butter kalau teringat. Mujur dua lagi penghuni dalam rumah Kjee, okay jer.

Tadi, Kjee campur butter dengan minyak jagung. Tak boleh guna 100% butter sebab butter bila dipanaskan, akan hangus.

Kjee buat nasi goreng arini cara orang lama. Tumbuk cili hidup, cili padi, bawang putih, bawang merah dan sedikit belacan. Macam nak buat sambal tumis jugaklah.

Kemudian Kjee tumis dalam butter campur minyak jagung. Bila dah garing, Kjee masukkan hati ayam yang telah dipotong kecik-kecik. Apabila hati ayam tu dah bertukar warna, Kjee masukkan kacang panjang yang dipotong kecik-kecik.

Apabila hati ayam dan nampak masak dan kacang hijau dah ubah warna sikit, masukkan nasi, kacau sampai rata. Kemudian masukkan kicap manis dan kicar cair. Kjee guna Nampla atau Sos Ikan Thai.

Kemudian pecahkan telor ditengah-tengah kuali. Tutup telor tu dengan nasi goreng tadi. Bila telor dah mengeras, barulah kacau perlahan-lahan hingga rata.

Tadi Kjee gandingkan Nasi Goreng ni dengan ayam goreng dan keropok.

Harini Kjee tak puas hati dengan gambar. My regular photographer kelaparan balik dari Mesjid tadi. So.....




Thursday, September 3, 2015

NAMA RENDANG KACANG TAPI TAKLAH RENDANG SANGAT







Orang Nogori atau sekarang mereka gelar diri mereka orang Nismilan, panggil lauk ni Rendang Kacang. Tak ada rupa sangat cam rendang, bagi Kjee. Lebih mirip kepada Masak Lemak Cili Padi yang pekat.

Maklumlah, bila disebut rendang, terbayang lauk Rendang yang begitu sinonim dengan orang kita. Warna kemerah-merahan dan jugak agak gelap kalau Rendang Tok orang Perak. Jugak guna kerisik.

Kerana itu, apabila Kjee jinak-jinak belajar masak Rendang Kacang ni dulu, terkejut jugak seketika. Alahai cara masaknya bukan macam rendang biasa.

Masa Kjee kecik-kecik dulu, kami pernah tinggal di Kuala Pilah, Port Dickson dan juga Seremban. Bapa kerja pejabat tanah dan suka sangat pindah randah. Masakan bonda pun banyak terpengaruh dengan daerah yang kami tinggal.

Maka Bonda pun pernahlah masak Rendang Kacang Nismilan versi beliau. Tetapi, anehnya, Rendang Kacang dia adalah Rendang Daging biasa tapi apabila rendang tu dah masak, Bonda akan campak kacang panjang (yang telah dipotong-potong) ke dalam rendang tersebut. Masak sekejap jer.

Itulah Rendang Daging bubuh kacang yang diminati kami sekeluarga masa tu. Rasanya, Bonda ni kreatif jugak kan? Hehehe. Tapi memang sedaplah Rendang Daging bubuh kacang, air tangan Bonda.

Kemudian, Kjee diperkenalkan kepada Rendang Kacang Nismilan masa shooting kat beberapa daerah di Nismilan. Pengurus Produksi drama kami, amik khidmat katerer tempatan. Hari-hari kami dihidangkan dengan Rendang Kacang Nismilan yang pedas dan sedap tu.

Tak taulah pulak namanya Rendang Kacang. Pada Kjee ia lauk masak lemak cili padi bubuh telor ayam pencen, hati, pedal, tengkok, kaki ayam dan sebagainya. Tapi memang kami semua sukalah masa tu.





Wednesday, September 2, 2015

PFKT...APA TU?






Kalau hari mendung dan Kjee malas nak masak, inilah yang Kjee akan request kat UnclePali. Dan dia jarang menolak sebab dia pun suka! Yezzaaa... Penang Fried Kway Teow (PFKT).

Ini favorite food Kjee sejak kecik. Masa kecik-kecik dulu, kami sekeluarga pernah tinggal di Taiping. Selalu bapak bawak pergi makan kat tepi Panggung Lido. Justru orang panggil Kway Teow Goreng Lido.

Sedapnya Kway Teow Goreng kat tepi panggung Lido tu, susah nak cerita. Walaupun dah berpuluh tahun, Kjee masih boleh ingat rasanya. Sekarang ada orang Tepeng jual kwayteow goreng yang diterbalikkan namanya dari Lido ke Doli. Maaf... Kjee pernah try Kway Teow Doli. Cannot beat Lido punya!!!

And, my husband buat pun lagi sedaplah. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri. Tapi his Penang Fried Kway Teow is honestly, very sedap! Of course its my recipe tapi air tangan dia buat PFKT ni, terangkatlah babe!








Dia masak satu portion setiap kali. Dia kata masak banyak-banyak sekali gus tak sedap. Walaupun, Kjee jemput ramai kengkawan datang makan PFKT ni kat rumah, UnclePali dan Nadia tetap bergilir-gilir masak, satu portion setiap kali!

Psstttt ada jiran di kawasan perumahan kami, seorang Timbalan Menteri pun datang untuk makan PFKT UnclePali ni tau, di rumah Kjee, dua Raya lepas. Tak payahlah sebut sapa. Tapi dulu sebelum menjadi Timbalan Menteri, beliau pernah makan di gerai Kjee di Food Court Taman Melawati. His family turut suka PFKT kami! Hehehe.

Kalau dulu UnclePali masak guna sambal tumis, sekarang dia dah malas. Dia bubuh cili kisar kosong jer. Tapi rasa tetap maintain sedap, gua cakap lu.

Nadia pulak pernah ajar cara buat PFKT ni step by step. Klik SINI.

PFKT Kjee ni tak guna kicap khas. Pakai jer kicap manis apa yang ada kat rumah korang. Jugak mesti ada kicap cair. Kjee guna Thai Fish sauce atau Nampla. Sedap. Tak ada pun tak kesahlah. Kita buat dia.







GST MOKCIK TANGGUNG HINGGA 16 SEPTEMBER








Jom kuruskan badan dengan hanya menyapu L'arome Warm Serum. Pecahkan lemak sambil relax-relax atau pun sedang tidur. Sapu dua kali sehari dan rasai keberkesanannya. Mokcik dah banyak susut. Korang bila lagi?

Mokcik offer 1 set 4 botol  L'arome Warm Serum dengan harga tanpa GST. So, rebutlah peluang ini. Kongsi dengan kengkawan yang senasib.

Rahsia untuk percepatkan proses pembakaran lemak ialah dengan minum air putih sebanyak yang larat. Kalau rajin, sapu L'arome dan duduk dalam sauna. Kalau tak nak keluarkan belanja duduk dalam sauna, sapu L'arome dan duduk dalam kereta di tengah hari buta. Bukak satu tingkap jer. Insya Allah peluh keluar mencurah-curah. Tapi alas seat kereta dengan tuala tebal. Nanti peluh keluar dan meresap ke dalam kusyen seat, naya jugak kan? Hehehe








At this age (60 tahun) pun mokcik boleh susut banyak, tak ada alasan korang yang lebih muda tak boleh!! Lagi muda lagi senang pecahkan lemak-lemak tu, Insya Allah.

Whatsapp 01131771389.


Tuesday, September 1, 2015

IKAN PARI GORENG TIGA REMPAH












Selepas masak Asam Pedas Ikan Pari aritu, ada berbaki dua potong. Kjee simpan dalam freezer sebab plan nak goreng berempah stail Arwah Bonda. Kjee tengok jarang-jarang orang goreng ikan Pari. Selalu dibakar atau dibuat asam pedas.

Kjee tak pernah tanya Bonda samada ini resipi ori dia ataupun orang lain. Tapi Kjee jarang-jarang buat goreng berempah ini sebab warnanya kekadang menjadi gelap apabila digoreng. Ini disebabkan ikan diperap dengan rempah. Dan rempah, kalau digoreng, menjadi hitam.

Tetapi rasa Ikan Pari Goreng Berempah memang sedap. Arwah Bonda hanya guna Ikan Pari untuk goreng berempah.

Hari ini Kjee campur rempah kari ikan, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Arwah Bonda hanya letak rempah kari ikan sahaja. Kenapa sampai tiga rempah? Saja suka suki. Hehehe.









Ikan dipotong-potong ikut suka. Tadi Kjee potong nipis-nipis lebih kurang ½ inci. Apabila digoreng, ia menjadi terlalu garing. Jadi, Kjee syorkan korang potong anggaran dua inci. Jadi, hasilnya garing di luar dan lembut di dalam. Tapi kalau korang suka yang garing, bolehlah potong ½ atau satu inci.

Setelah ikan dipotong-potong dan dilumur rempah-rempah dan garam, perap lebih kurang 30 minit. Banyak mana nak letak rempah, agak-agak aje lah yer.


Lepas mekap diperap. Jangan terlebih rempah, nanti pahit



Hiris sebiji bawang besar dan goreng hingga garing. Tepikan. Kemudian goreng pulak dua atau tiga tangkai daun kari hingga garing. Tepikan.

Kemudian baru goreng ikan Pari. Guna api sederhana. Tunggu hingga satu bahagian dah elok masak baru diterbalikkan. Lepas itu sambung goreng sehingga elok masaknya. Jangan asyik terbalikkan dua tiga kali kerana ini akan menyebabkan ikan tu hancur.

Untuk menghidang, letak bawang serta daun kari goreng tadi atas pinggan. Susun ikan diatasnya. Makan sekali ikan itu dengan bawang dan daun kari.






SAMBAL TUMIS GARING DENGAN BILIS DAN KENTANG






Kjee dapat inspirasi nak buat Sambal Tumis Garing ini apabila membeli beberapa bekas airtangan seorang ibu tunggal, online. Sedap sangat. Nadia ratah habiskan tiga bekas dalam masa tiga hari, di office sahaja.

Bila tiba cuti panjang tiga hari sempena Merdeka, dia masih teringat-ingat kesedapan Sambal Tumis Garing Cik Nor. Well, mama dia tak pernah buat sambal tumis garing camtu. So, ala-ala excited tak tentu arahlah dia kan? Hehehe.

Oleh kerana nak order lagi akan amik masa dua atau tiga hari, maka Kjee pun cubalah buat sambal tumis garing ni versi Kjee. Kalau versi Cik Nor tu, hanya letak ikan bilis tetapi Kjee tambah ubi kentang selain ikan bilis. Ingatkan nak tambah jugak kacang tanah tapi Nadia tak nak.

Kjee masak sambal tumis macam biasa, macam orang lain buatlah jugak. Bahan-bahannya, bawang merah, bawang putih dan cili kering. Semua bahan-bahan ini Kjee kisar. Kemudian Kjee letak sejemput ikan bilis. Kisar sekali. Kalau tak nak letak ikan bilis, ketika masak sambal tu nanti, letaklah kuib ikan bilis.

Kjee tumis dalam minyak yang agak banyak. Letak jugak air asam Jawa atau boleh guna 1 keping asam gelugor. Goreng guna api sederhana sampai sambal tu kering. Kalau guna api besar, nanti hangus. Apabila kering, warnanya agak gelap. Kjee hanya letak sedikit sahaja garam kerana sambal ini nanti ada ada ikan bilis goreng. Kalau guna serbuk perasa, letak jugaklah. Bubuh sikit gula pun ok.










Apabila sudah kering dan dipadamkan apinya, Kjee tolak perlahan-lahan sambal tadi di tepi sekeliling kuali, setinggi mana yang boleh. Kemudian jangan diusik. Minyaknya akan turun ke tengah kuali.  Setelah dipastikan minyak tu semua sudah turun ke tengah kuali, Kjee alihkan sambal itu dengan hati-hati ke periuk atau kuali lain. Biarkan sejuk satu atau dua jam.

Sementara menunggu tu, Kjee ambil kentang (Kjee guna Russet Potato). Itu jer yang ada dalam pantri bukan nak berlagak guna kentang import. Pepandailah nak nak guna berapa biji. Ikut banyak sambal yang dibuat.

Buang kulitnya dan hiris Julienne atau hiris seperti batang mancis. Rendam dalam air paip selama lebih kurang 20 minit untuk keluarkan kanjinya. Kemudian ditoskan dan digoreng separuh masak. Toskan lebih kurang 10 minit. Kemudian, panaskan kembali kuali dan goreng semula sampai garing. Sejukkan atas kitchen towels.

Kenapa Kjee goreng dua kali? Hehehe entahlah. Kjee berguru dengan rancangan TV omputih AFC. Kononnya goreng kentang camtu boleh dapat kentang goreng yang garing dan sedap. Entahlah, Kjee rasa cam sama jer kalau goreng cam biasa. Hahaha.

Kemudian Kjee panaskan balik minyak. Bila dah benar-benar panas, masukkan ikan bilis dan goreng sampai garing. Toskan. Sejukkan.

Untuk dapat kentang dan bilis yang sentiasa garing jika diletakkan dalam sambal, pastikan sambal itu benar-benar dah sejuk baru digaul kentang dan bilis tu. Jangan pulah korang hidupkan semula api.









Sebab itu, Kjee transfer sambal yang dah sejuk ke dalam periuk atau kuali lain. Sejam dua kemudian, barulah Kjee masukkan kentang dan bilis goreng tadi. Gaul sampai rata. Kemudian simpanlah dalam bekas kedap udara.

Nadia kata, sambal garing camni sedap makan dengan bubur nasi. Time makan tengah hari, Nadia akan beli bubur nasi kat Marry Brown dekat bangunan dia kerja. Katanya, kalau makan gitu, memanglah tak sedap tapi kalau dimakan dengan sambal kering Cik Nor, tetiba rasa satu mangkuk tak puas.

Okay, lepas ni try makan bubur tu dengan Sambal Goreng Kering mama pula ya.

Kjee pernah buat sambal camni guna udang kering. Lain kali Kjee  buat, Kjee share ya. Rasanya kalau letak isi ikan kering talang yang digoreng garing pastu ditumbuk kasar-kasar pun sedap. Atau boleh guna ikan paring kering. Hiris nipis-nipiskan dan goreng garing. Pasti dicampur dalam sambal garing. Mesti sedap kan?

Ala kita yang buat dia. Hehehe.







Kalau malas buat, pm Cik-Noor Noorziah di FB