Monday, April 4, 2011

193. Lepas renovate, rumah kena rompak!

grill dapur dipotong. pastu dililit bahagian potong ngan towel supaya tak cedera masa dia masuk!



habis bilik selerak (gambar lain semua tak boleh upload)
Rumah sahabat baik Kjee, Sharifah Rosidah di Teluk Panglima Garang, dimasukkan penyamun kul 3 pagi tadi. Kesian dia. Mereka kerugian lebih Rm50,000 termasuk wang tunai, jam, laptop dan telefon bimbit. Apapun, nasib baik keluarga Sidah - suami dan seorang anaknya tidak diapa2kan. Seorang anaknya di UIA, Kuantan dan anak bujangnya tinggal di KL. 

Kata Shidah dia bersyukur penyamun itu hanya mengambil barang2 yang tidak seberapa harganya. Tetapi kata Shidah, semua barang2 tersebut ada tanda kenangan. "Duit boleh cari," kata Shidah tercungap2 telefon Kjee tadi.

Dua bulan lepas, Shidah telah renovate dapurnya sebab diserang anai2. Suaminya telah mengupah beberapa pekerja Indon yang mengambil masa sebulan membaik pulih dapur kering di rumah Shidah.

Menurut Shidah dah 15 tahun dia duduk situ. Tak pernah berlaku apa2 tetapi sebaik sahaja kerja2 renovate siap dijalankan, berlaku musibah itu.

Mungkin korang semua fikir sama seperti apa yang Kjee fikir. Ini mesti kerja orang yang buat baik pulih! Malah kata Shidah, polis pun kata yang sama. Malah, malam tadi polis telah membuat operasi rondaan di area rumah Shidah setelah menghidu maklumat akan terjadi rompakan di kawasan tersebut.

Malah ketika rompakan itu, polis beritahu mereka sedang meronda dan nampak lampu2 dalam rumah Shidah dipasang semua. Namun mereka tidak mengesyaki apa2 kerana gate tertutup rapi. Penyamun telah memasuki dari bahagian dapur rumah!

Hmm itulah modus operandi mereka. Mereka datang membaik pulih rumah. Kemudian mereka akan plan cara nak masuk rumah itu di lain hari. Kata Shidah, cara mereka mengopek pintu masuk, cukup kemas. Seolah2 sudah dirancang rapi.

Apapun, penyampun seramai 5 orang itu, turut membantu anak Shidah yang 'kelemasan' kena asthma sewaktu rompakan. Salah seorang daripada mereka membuka topeng dan mengangkat anaknya yang hampir pengsan dan berikan ubat inhaler untuk meredakan 'kelemasannya'.

Hmmm ini bermakna, mereka bukan penyamun tegar. Mereka merompak rumah Shidah kerana tahu banglo itu hanya dihuni tiga beranak sahaja. Dan mereka tahu mudah untuk memasuki rumah Shidah kerana jarak antara rumah dia dengan rumah jiran agak jauh.

Kjee tidak ada motif tertentu tulis entry ini selain untuk menasihat mereka yang upah kontraktor membaik pulih rumah supaya berhati2. Pilihlah kontraktor yang kita kenal ataupun yang dikenali oleh kawan2 kita. Lepas itu, carilah helah atau buat baik dengan mereka dan tanya tempat tinggal. Mereka memang suka bercerita kalau kita ringan mulut ajak mereka berbual.

6 comments:

nanne_manja said...

kak jee..
saya dah pindah masuk rumah nak dekat setahun..
ingat nak renovate hujung thn nie...
huhuhuh..sekali terbaca cerita ini..
takutnya nak renovate kalo si perompaknya org2 yang menukang rumah kita...

CT NoArIzAh ArIs said...

satu pesanan yg bagus kak !

Kjee said...

tak tahu nak komen apa nanne tapi tawakkal jer.

Anonymous said...

dah tertulis musibah ni apepun syukur kaksidah sekeluarga selamat....nor

lizaharun said...

best bace blog kakjee..bnyk kakjee sharekn info2 dn tips..simpati pada puan shidah smoga Allha melindungi nye sekeluarga..semua tu dugaan lepas ni kna lebih berhati2.

hana said...

Thanx for the info sis

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...