Monday, April 4, 2011

193. Lepas renovate, rumah kena rompak!

grill dapur dipotong. pastu dililit bahagian potong ngan towel supaya tak cedera masa dia masuk!



habis bilik selerak (gambar lain semua tak boleh upload)
Rumah sahabat baik Kjee, Sharifah Rosidah di Teluk Panglima Garang, dimasukkan penyamun kul 3 pagi tadi. Kesian dia. Mereka kerugian lebih Rm50,000 termasuk wang tunai, jam, laptop dan telefon bimbit. Apapun, nasib baik keluarga Sidah - suami dan seorang anaknya tidak diapa2kan. Seorang anaknya di UIA, Kuantan dan anak bujangnya tinggal di KL. 

Kata Shidah dia bersyukur penyamun itu hanya mengambil barang2 yang tidak seberapa harganya. Tetapi kata Shidah, semua barang2 tersebut ada tanda kenangan. "Duit boleh cari," kata Shidah tercungap2 telefon Kjee tadi.

Dua bulan lepas, Shidah telah renovate dapurnya sebab diserang anai2. Suaminya telah mengupah beberapa pekerja Indon yang mengambil masa sebulan membaik pulih dapur kering di rumah Shidah.

Menurut Shidah dah 15 tahun dia duduk situ. Tak pernah berlaku apa2 tetapi sebaik sahaja kerja2 renovate siap dijalankan, berlaku musibah itu.

Mungkin korang semua fikir sama seperti apa yang Kjee fikir. Ini mesti kerja orang yang buat baik pulih! Malah kata Shidah, polis pun kata yang sama. Malah, malam tadi polis telah membuat operasi rondaan di area rumah Shidah setelah menghidu maklumat akan terjadi rompakan di kawasan tersebut.

Malah ketika rompakan itu, polis beritahu mereka sedang meronda dan nampak lampu2 dalam rumah Shidah dipasang semua. Namun mereka tidak mengesyaki apa2 kerana gate tertutup rapi. Penyamun telah memasuki dari bahagian dapur rumah!

Hmm itulah modus operandi mereka. Mereka datang membaik pulih rumah. Kemudian mereka akan plan cara nak masuk rumah itu di lain hari. Kata Shidah, cara mereka mengopek pintu masuk, cukup kemas. Seolah2 sudah dirancang rapi.

Apapun, penyamun seramai 5 orang itu, turut membantu anak Shidah yang 'kelemasan' kena asthma sewaktu rompakan. Salah seorang daripada mereka membuka topeng dan mengangkat anaknya yang hampir pengsan dan berikan ubat inhaler untuk meredakan 'kelemasannya'.

Hmmm ini bermakna, mereka bukan penyamun tegar. Mereka merompak rumah Shidah kerana tahu banglo itu hanya dihuni tiga beranak sahaja. Dan mereka tahu mudah untuk memasuki rumah Shidah kerana jarak antara rumah dia dengan rumah jiran agak jauh.

Kjee tidak ada motif tertentu tulis entry ini selain untuk menasihat mereka yang upah kontraktor membaik pulih rumah supaya berhati2. Pilihlah kontraktor yang kita kenal ataupun yang dikenali oleh kawan2 kita. Lepas itu, carilah helah atau buat baik dengan mereka dan tanya tempat tinggal. Mereka memang suka bercerita kalau kita ringan mulut ajak mereka berbual.

Related Posts:

  • 210. Ahad - Cuti Umum Ibu! foto: ehsan cik google Setuju tak kalau Kjee cadangkan  hari Ahad dijadikan cuti umum untuk semua suri rumah - isteri dan ibu?! Penatlah kami asyik kerja hampir 20 jam setiap hari. Kerja menjadi berkali2 ganda di h… Read More
  • 59.kenapa kjee makan sikit pun tak kurus? Add caption kjee pasti ramai yang tak suka dan mungkin gerun tengok entry kjee kali ini. kjee pun menyampah. kalau ternampak, buka sebelah mata jer, jeling. tapi ini realiti. hari hari kita main hentam jer makan macam2. h… Read More
  • 200. Salahkah Ibu mengandung?Sembang Abby Fana di Sinar fm hari ni buat Kjee sebak.  Tajuknya: "Bagaimanakah hubungan anda dan adik beradik anda setelah ketiadaan ibu & ayah?". Mula2 dengar Kjee senyum, pastu sebak, pastu tiba2 terlebih emo pul… Read More
  • 56. aku penjaja kecil melayu... memang kjee nak tulis pengalaman kjee jadi penjaja kecil. bukan mudah rupanya hendak menyesuaikan diri di tengah2 penjaja melayu yang sudah 'hard core'. penjaja melayu yang cukup emosional dan sensitif. maaflah bukan niat k… Read More
  • 195. 1½ Jam Rumah Digeledah Sambil Hayun Pedang Samurai!! grill tingkap dapur dipotong. kemudian masuk dan bukak pintu untuk yang lain masuk Sedih, takut, risau dan macam2 lagi perasaan Kjee sewaktu mengadap wajah Sharifah Rosidah, suaminya SB, dan dua anak remaja mereka malam t… Read More

6 comments:

  1. kak jee..
    saya dah pindah masuk rumah nak dekat setahun..
    ingat nak renovate hujung thn nie...
    huhuhuh..sekali terbaca cerita ini..
    takutnya nak renovate kalo si perompaknya org2 yang menukang rumah kita...

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak komen apa nanne tapi tawakkal jer.

    ReplyDelete
  3. dah tertulis musibah ni apepun syukur kaksidah sekeluarga selamat....nor

    ReplyDelete
  4. best bace blog kakjee..bnyk kakjee sharekn info2 dn tips..simpati pada puan shidah smoga Allha melindungi nye sekeluarga..semua tu dugaan lepas ni kna lebih berhati2.

    ReplyDelete