Friday, April 8, 2011

Taufoo Jepun Lembut Kukus




Yang lembut tu taufoo tau bukan orang Jepun. Jangan lak baca...taufoo si Jepun lembut. Marah nanti dia orang kan? Hehehe gurau jer sekali sekala.

Ini salah satu makanan yang cukup elok untuk yang nak diet. High in protein. Bukannya mahal. Satu peket kira2 rm1.50 jer. Tapi kalau Kjee makan kat restoren Chinese Muslim sampai RM8 sepinggan. Cekik darah!

Kali ini Kjee buat Kjee bubuh hirisan cendawan fresh Shitake. Kalau tak de tak payah bubuh. Nasib baik Unclepali tak suka sangat so tadi Kjee makan sorang jer. Maklumlah Kjee dah kureng makan nasi. So malam ni kena buat untuk Nadia pulak.

Kjee suka sangat kalau bubuh hirisan daun bawang dan bawang goreng banyak2 masa makan. Hmmm.

Jom intai resipi.

BAHANNYA:

1 peket taufoo
cendawan shitake (optional)
2 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
2 sudu besar fish sos
bawang goreng
daun bawang
cili merah

CARA:

1. Panaskan kukusan
2. Keluarkan taufoo perlahan2 dan susun atas pinggan.
3. Hiris cendawan dan susun sekeliling taufoo.
4. Bila air sudah mengelegak, kukus taufoo selama 7 minit.
5. Keluarkan dari kukusan, tuangkan kicap keatas taufoo.
6. Kemudian hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.


8 comments:

Anonymous said...

thx kjee,senang rupanya,selama mencari2 resepi ni:)

cik cek said...

Waaa....sedapnya kak jee....cek copy resepi ya...

Noraizam said...

saya mohon kopipes ye kak jee...;)

ana said...

Thanks kak jee for sharing this recipe....selama ini ingat susah sangat nak masak japanese taufoo ni. Insyaallah week-end ni nak try.

Anonymous said...

Ooo x yh ltk sos tiram yek......

Kjee said...

tak payah bubuh sos tiram. ada orang alah pada sos tiram.kjee makan di restoran pun dia org tak bubuh.

Sharz said...

kalau takde fish sos tukar dengan sos tiram pon boleh kan kakjee?? =)

senang giler nak buat!! tak terpikir langsung tofuu nie nak wat hidangan tuk diet... =)

Kjee said...

Bole kot. Tapi sos tiram pekat so campur or bancuh dulu ngan sikit air panas.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...