Friday, April 15, 2011

219. Rintihan Pagi Jumaat

Pernahkah korang dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang wanita yang jadi isteri kedua 'secara sorok2' tetiba mendapat kasih sayang daripada anak2 suaminya, tanpa mereka mengetahui bahawa itu sebenarnya adalah ibu tiri mereka?

Kjee rasa macam teruja sangat hendak menulis kisah ini pagi ini. Mungkin juga boleh Kjee jadikan ia sebuah drama supaya semua dapat menontonnya. Dan yang penting menjadikan kisah hidup teman Kjee ini sebagai ikhtibar.

Kjee sebenarnya tidak mahu mengulas mengenai kisah wanita ini yang Kjee gelar dia Anita. Anita telah membuat Kjee menangis apabila Kjee membaca mesejnya yang panjang lebar ketika Kjee post entry "Lebih Elok Jadi Perempuan Simpanan Daripada Jadi No2". Baca sini 

Ketika baca mesej dia apabila dia menceritakan kisah hidupnya sebagai isteri kedua, Kjee menangis dan menyesal ketika itu. Kjee beritahu Unclepali, Kjee tak nak lagi sentuh isu2 macam itu kerana tidak mahu mengecilkan hati mereka yang membacanya.

Syukur Alhamdullilah, Anita tidak mendendam atau memarahi Kjee kerana entry itu. Malah, Kjee bersyukur Anita antara adik2 Kjee di alam maya ini yang sangat2 Kjee sayangi. Kami menjadi rapat selepas insiden itu. Anita seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan yang tidak henti2 datang.

Anita berkahwin dengan suaminya atas urusan Allah swt. Mereka telah lama kenal. Sejak suaminya bujang. Tetapi ketika itu, mereka tiada jodoh untuk disatukan. Kemudian suaminya berkahwin dan punya anak2 dan keluarga yang cukup bahagia.
 
Bagaimananpun, jodoh pertemuan, ajal dan maut di tanganNya. Kalau jodoh sudah tertulis, tiada apa yang boleh menghalang terdirinya sebuah lagi mesjid, kecuali kematian!

Kjee cuba trace balik mesej yang dihantar Anita ketika Kjee tulis entry itu dulu, tapi gagal. Kjee rasa mereka sudah menjadi suami isteri hampir 5 tahun tanpa diketahui isteri pertama.

Seminggu dua kali, Anita akan bertemu dengan ibu mertua serta anak2 tirinya. Pertemuan mereka ditempat yang langsung tidak diduga! Di rumah Allah! Ya setiap Selasa dan Khamis, Anita akan ke mesjid untuk solat Magrib dan Isyak. Dan itulah dua hari dalam seminggu yang paling dinanti2kan oleh Anita.

Walaupun anak2 itu (yang Kjee pasti sudah remaja) tidak mengetahui wanita yang mereka panggil Aunty itu, sebenarnya juga isteri ayah mereka, tetapi kehadiran Anita cukup mereka senangi. Malah, kata Anita, mereka sering berbual sambil menceritakan pelbagai kisah menarik yang berlaku sepanjang 'tidak menemui aunty'.

Airmata Kjee mengalir perlahan mendengar kisah terbaru Anita tadi. Kjee dapat bayangkan wajahnya ketika bertemu mereka setelah beberapa minggu tidak ke mesjid untuk memeluk 'anak2 suaminya' yang mempunyai tempat khas di hatinya!

Tahu tak korang kenapa Anita sudah beberapa minggu tidak menemui mereka? Sebab suaminya telah membawa ibunya ke Tanah Suci dan menceritakan kehadiran Anita! Dan ibu tua itu sungguh kecewa apabila mengetahui wanita yang selalu mencium tangan dan memeluknya di mesjid selama ini adalah menantunya sendiri!

Kjee suruh Anita bersabar. Kjee tahu dia banyak menangis kerana memikirkan selepas ibu mertuanya mengethui dia siapa, pasti, dia tidak akan boleh ke mesjid sama lagi.

Tetapi semalam, Anita memberanikan dirinya. Dia masuk mesjid sama dari pintu lain dan park keretanya di tempat tersorok. Allah Maha Memahami. Dari jauh dia nampak 'anak2 gadisnya' sendirian tanpa nenek mereka. Sebaik sahaja nampak 'my three girls, hati saya berlonjak2 nak peluk mereka! Melihat mereka bagai melihat anak sendiri yang dah lama tak bersua!"

Lepas solat mereka bercerita panjang. Setiap anak bagai tak sabar dan berebut2 nak bercerita kisah masing2. Dan Anita mendengar penuh syahdu bak seorang ibu kandung! Anita menyambung, ini yang dikatakan miracle!

Siapa sangka, doa Anita sejak dua minggu lepas untuk menemui mereka, dimakbulkan. Tanpa diduga, ibu mertuanya tidak datang ke mesjid. Hanya anak2 suaminya sahaja. Maka dapatlah Anita melepaskan rindunya kepada mereka.

Kjee tak sepatutnya menulis entry ini pagi ini. Kjee bangun awal tadi sebab nak sambung tulis skrip yang tergendala sedikit malam tadi sebab kering idea.Tetapi Kjee terpanggil mahu berkongsi cerita Anita ini dengan korang.

Anita berulang kali berkata, kehadiran dia bukan kerana hendak merampas tetapi berkongsi kasih. Setiap kali bertemu suaminya, dia mengingatkan suaminya agar menjaga isteri dan anak2nya dengan baik. Jangan sesekali 'melebihkannya' atau 'mengurangkan' apa yang sepatutnya hak isteri dan anak2nya di sana!.

Dan Anita berkata dia tidak pernah meminta2 harta dunia dari suaminya. Dia mempunyai kerjaya sendiri yang kukuh. Hanya dia mahu kasih sayang daripada seorang lelaki yang telah dicintainya sejak sekian lama! Kjee dapat bayangkan perasaan suaminya ketika Anita mengeluarkan kata2 itu.

Apapun, Kjee sentiasa menyuruh Anita bersabar. Allah Swt akan memberikannya ganjaran yang tidak diduga jika dia terus berdoa dan bersabar.

Di hari Jumaat yang mulia ini, Kjee panjatkan doa ke hadrat Allah SWT supaya 'Anita' dilindungi dan mendapat segala apa yang diinginkan selama ini. Insya Allah. Amin.

14 comments:

anymz said...

amiin ya Rob..
terpana dan tergenang airmata saya kjee..
untuk pengetahuan kjee saya jugak mempunyai dua tiga orang sahabat yang mana mereka ini ada yg menjadi isteri pertama dan juga isteri kedua..ada jugak saya berkawan dgn kedua2 isteri.

walau apa pun selalu saya nasihatkan sahabat2 saya ini rahmat Allah sentiasa ada berdoa lah kerana itu lah sebaik2 senjata...

KakAsma said...

betapa agung nya rahmat dan kasih sayang ALLAH pada hambanya yg berhati mulia kan Kjee.semuga ANita akan terus tabah dan bahagia disamping suami dan anak2 tiri tercinta.
sebenarnya dalam apa juga masalah jika kita ikhlas dan reda,ALLAH akan bg ganjaran yg setimpalkan ...dan rahmat pagi jumaat ini memberikan satu kekuatan dan iktibar bg yang mau menghayatinya..

RedJambu Blogshop said...

saya doakan semoga hidup seorng yg bernama Anita sentiasa berbahagia,dirahmati dan dilindungi allah sentiasa :)

Kjee said...

amin Asma, Anymz. berat mata memandang, berat lagi bahu Anita memikulnya. jangan sesekali memandang hina atau rendah kepada mereka yg menerima nasib seperti itu. kita ada anak, ada adik dan sedara mara perempuan. tiada siapa yang minta kehidupan seperti itu. allah swt tahu apa yang terbaik untuk kita.

hajar said...

sebak saya baca cerita kak jee. semoga kak anita sentia sabar & tabah...

jeragang said...

Salam
yelah ari jumaat dok gi kelaut so ada la masa jeragang jalan2 tengok dunia luar... banyak yang dapat belajo bila jelajah dari blog ke blog

yer laa bila jadi jeragang tu ambe nie selalu laa terima awok2 mari cerita masalah... pelbagai jenis dang kategori masalah kena didengari bukan nak selesai tetapi kengkadang rerintis jalan.... yup mungkin jugak kerana kurang jelajah selama nie tak pernah lak terdampar ke blog "Kjee" nie.. rasanya tak kena panggil kak sebab jeragang dah nak pencen, tak pe tu kureng penting yang penting jeragang dapat tambah ilmu dan pengalaman
memuga ada kesempatan datang selalu bole berkongsi pengalaman..
As depa kata konselor, jeragang perlu banyak kes study .... yes kengkadang perlu olah untuk panduan clien....mekasih

Along Maklong said...

kak jee.. maklong pun pernah berada ditempat anita.. tapi punya cerita yang berbeza.. mana boleh sorok.. rumah maklong no.246.. rumah madu maklong no.245.. rumah kami cuma dipisahkan dgn pokok bunga pagar..

Semuga anita lebih tabah dan redha..
disebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan.. insyaAllah..

noorsafone said...

Kak Jee..thanks follow saya...besar hati saya..org sehebat K.Jee sudi follow blog yg br2 nk blaja ni...sila amik aeard utk follower storyofmam tu ya..tq.

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Kjee dulu pun saya agak prejudis pada wanita2 yang menjadi isteri ke 2, 3 dan dan 4 sehinggalah saya mengenali seorang insan yang kini saya anggap sebagai kakak. Beliau merupakan seorang isteri kedua kepada seorang insan yang saya kenali juga. Pada saat saya mengetahui perkara yang sebenarnya agak sukar untuk saya percaya kerana mereka tidak kelihatan seperti suami isteri. Apabila ditanya jawabnya "akak berkahwin demi untuk menumpang kasih bukan untuk merampas kasih sayang dari isteria pertama @ anak2nya".
Alamak panjangnya komen saya ni. Apa pun mereka juga manusia biasa.

Anonymous said...

ermmm ... dalam soal ini saya salahkan si suami sebab dia hanya berani nikah lain tapi tak berani nak bagi tahu isteri dan ahli keluarganya termasuk emaknya sendiri. Lelaki jenis apa ni ... nampak sangat species tak boleh pakai kepala otaknya. Saya pun berkongsi suami tapi suami saya berterus terang dengan isteri pertama dan juga kedua ibubapanya. Of courselah ada bangkangan. Tapi dia tak putus asa . Bersungguh betul. Ini yang membuat saya' terbuka hati' menerimanya. Saya rasa mungkin jodoh saya dah sampai ( saya nikah lewat 30an ). Tapi kenduri cuma sebelah keluarga saya saja. Hantaran apa pun tak ada .. saya pun tak banyak songeh. Lagi pun dah tahu .. sebelah dia sapa yang nak datang meraikan dan nak bersusah payah tolong siapkan hantaran .. semua adik beradiknya tak setuju. Di pendek cerita .. dia berpisah juga dengan isteri pertama dan pada tahun yang sama .. dia nikah janda anak dua pula. ERmmm .. ' baru padan dengan muka saya ' ... itulah ungkapan yang saya bayangkan dituturkan oleh ahli keluarganya dan sesiapa sahaja yang tahu kisahnya. Yer lah .. dah jodoh kot. Sebagai isteri kedua dulu .. saya redha dan tenang je jiwa raga tapi sebagai isteri pertama kini .. saya seperti sentiasa di uji. Inilah bezanya bila kita redha akan sesuatu dan bila kita tidak redha. Bila kita redha .. segala yang berlaku langsung tak memberi kesan pada jiwa dan perasaan. Tapi bila kita tidak redha .. tidak boleh menerima ' kenyataan ' itu ... perasaan sentiasa kacau bilai .. tiada ketenangan dan kebahagaian dalam rumah tangga. Itulah saya hadapi kini ...

mala said...

kakjee - terkedu baca entri ni.. tak berani nak komen .. have a nice weekend!!

cik cek said...

Sememangnya tak mudah hidup bermadu ni...
Mengalah dan pasrah bukan bermakna kita kalah....dan dalam dunia ni memang kita tak kan dapat sume yang kita inginkan...
Hidup kita tak pernah dijangka...dan sesungguhnya hanya Allah jua yang sangat mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...

Samada...yang pertama ....atau yang kedua...atau yang ketiga atau yang ke empat ...hati seorg perempuan....ianya tetap sama...akan tetap terluka....Apa yang perlu ....bersihkan hati...tidak harus tamak....menerima seadanya...jangan bersifat iri dan dengki....redha dengan ketentuaNNya....itulah yang paling penting...REDHA...inilah bahagian hidup kita...
Berfikiran positif...kunci ketenangan bila melalui fasa hidup sebegini....
Kita berhak merasa bahagia....

Siapa kita untuk melawan TakdirNya....

Untuk Anita....anda telah melakukan apa yg wajar dilakukan...Tuhan Maha Melihat...Mendengar lagi maha Mengetahui....Insyaallah...kebahagiaan akan tetap ada....Terus tabah dan kuat....

Tiba2 hati jadi sayu...
Madu....tak semanis rasanya.....

Imah Hasmawati said...

wah..tersentuh hati membacanya...semoga kak Anita mendapat keredhaan Allah SWT..Amin

Sweety said...

saya mempunyai sahabat yang sama nasibnya dengan Anita dan saya bersimpati dengannya kerana bila jadi isteri kedua, mereka terpaksa beralah dalam banyak perkara. Pada si suami, hargailah isteri2 tersebut.. jagalah perasaan mereka.. sbb kita tak tahu bila Allah akan jemput mereka...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...