Thursday, March 17, 2011

141. lebih elok jadi pompuan simpanan daripada no 2?

kjee terpanggil untuk menulis kisah 'orang ketiga' dalam kehidupan suami isteri setelah entry cinta ayahku bersemi di katil spital, mendapat sambutan luar biasa.

walaupun kjee ada juga kenalan daripada pompuan2 yang jadi orang ketiga yang tak sah, tapi kjee tak nak tulislah pasal dia orang. usahlah cari penyakit cuba menyelit2kan diri dalam rumahtangga orang yang bahagia dibina.

bahagia? macam mana kjee tahu rumahtangga itu bahagia? mestilah bahagia. kalau tak bahagia, mesti lelaki itu dah kahwin lagi bersama orang ketiga itu. tapi dia masih waras dan fikirkan isteri dan anak2 walaupun didesak oleh pompuan yang mungkin lebih muda dan jelita. sebab itulah wujud pompuan simpanan! si lelaki tak sanggup nak kahwin lagi. lebih mudah pompuan tu disimpan jer.

kita sebenarnya tak boleh salah sesiapa dalam hal ini. dua2 salah apabila menjalinkan hubungan yang tidak sah setelah ada yang sah menanti di rumah. alasan kononnya nak kahwin lagi sebab nak elak zina, amat meloyakan. ini terjadi kepada seorang kenalan kjee baru2 ini.

sambil membaca kisahnya yang dia emel kat kjee baru2 ini, unclepali terdengar. tahu apa komen dia? "Buat apa nak elak zina...tak payah zina, tak payah kahwin lain. kan kat rumah dan ada yang sah!" terkedu kjee dengar komen unclepali.

okay kjee tak nak cerita pasal isteri2 yang menghadapi masalah suami nak kahwin lagi. hanya kjee nak cerita sikit pasal satu kes yang agak luar biasa yang terjadi pada seorang kenalan ni. kjee tak kenal dia secara peribadi.  hanya kenal sebagai fren di FB. tapi dia emel panjang lebar kisah dia pada kjee mungkin kerana sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi.

maria (bukan nama sebenar) berasal dari negeri cek mek molek. serambi mekah. orangnya cantik dan berusia dalam lingkungan lewat 20an. punya anak satu dari suami terdahulu. kemudian setelah bercerai, dia kembali tinggal bersama keluarganya di kampung.

tak lama selepas itu, dia menjadi intim dengan bos tempat kerjanya dan mereka menikah di Siam. oklaylah kira sahlah tu. isteri pertama suaminya seorang jururawat. amboi, semalam kes jururawat gak kan. jururawat kan kerja ikut syif, so senanglah suami maria berkunjung ke rumah maria.

dah 5 tahun mereka berkahwin. puan misi tak tahu suami dia sudah berkahwin lain kerana suami dia tidak pernah cari alasan 'gi outstation'. suaminya ada di rumah setiap hari dan malam, selepas kerja. Hari Raya pun suaminya ada kat rumah.

dalam erti kata lain suaminya memang baiklah. pijak semut tak mati. suami maria datang ke rumah maria setelah antar puan misi kerja. suami maria ni bisnesman. tokeh sendiri so suka ati dialah nak masuk kerja bila2 dia suka.

pagi2 dia antar bekfas ke rumah maria. korang janganlah senyum2. mestilah selain bekfas ada 'hadiah' lain. ala suami isteri sahlah katakan. hehehe

kemudian lepas bekfas, dia ke pejabat dan lunchtime dia balik lagi ke rumah maria. makan tengah hari. kalau sempat dan larat bawak lak 'ole2' lain kan? itu sahaja. relax sampai kul 4 pastu dia balik rumah Puan Misi.

perjanjian yang dimetrai antara mereka ialah, maria tidak boleh menghubunginya selepas waktu kerja. waiimah sakit sampai nak mati sekali pun, tiada sapa harus hubungi suaminya.

selama 5 tahun, maria tidak pernah dapat bersahur ataupun berbuka puasa dengan abe nya. raya pun tak pernah. hanya tiga atau empat hari selepas raya barulah dia datang jenguk maria. punyalah maria sabar sebab suaminya telah menyediakan segala2 buatnya. ada kereta tetapi rumah hanya menyewa di sebuah kawasan 'lubuk' orang cina.

maria sakit hati setiap kali bila minta suaminya bermalam di rumahnya atau pergi cuti sama2. alasannya suaminya tidak mahu sakitkan hati Puan Misi. menurut Maria, Puan Misi, dakwa suaminya seorang wanita yang cukup baik. tak pernah abaikan tugasnya sebagai seorang isteri yang solehah. mereka punya anak2 yang cerdik pandai dan masuk universiti.

so apa masalah suami maria nak kahwin lagi jika Puan Misi hebat dari segala aspek. atau, adakah maria pulak ada kehebatan aspek lain yang Puan Misi tak boleh tandingi?

kjee tanya maria, sampai bila dia sanggup jadi seperti itu. nasib dia mungkin lebih buruk daripada nasib seorang perempuan simpanan yang ada peluang pergi cuti bersama sugar daddy mereka. dia hanya menangis dan berserah kepada takdir.

yang sorang lagi kawan kjee ni, berkahwin dengan suaminya sebab nak balas dendam dengan isteri tua yang memukulnya hingga cedera. kononnya, isteri tua datang menyerang Rita (bukan nama sebenar) di pejabat. Rita bekerja sebagai setiausaha suami dia. isteri tua datang bawa gelas pecah dan calar badan dan sebahagaian muka Rita! nasib baik tak mati!!

kjee tak tahu samada kes ini menjadi kes polis tetapi sekarang Rita sudah berkahwin dengan suaminya. suaminya membuat keputusan berkahwin dengan Rita kerana geram dengan perbuatan isterinya. akibat perkahwinan itu, madu Rita tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah lagi walaupun mereka tidak bercerai.

maka suami Rita tinggallah dengan Rita hingga ramai anak pinak. sebelah sana pun ramai jugak. tetapi suami Rita sangat bertanggungjawab. setiap minggu dia sendiri akan ke pasar, beli barang2 dapur selengkapnya untuk seminggu dan hantar ke rumah isteri tuanya.

segala apa permintaan isteri tua diturutkan walaupun tidak dibenarkan memasuki rumah itu. isteri tua berbelanja sesuka hati dan suruh anak2 antar bil perbelanjaan ke opis ayah. dan ayah mereka tidak pernah menolak sebarang pembayaran.

apa jadi pada Rita? Rita mengeluh sebab selalunya isteri mudalah yang dimanja2kan suami dan dapat segala2nya. tetapi dalam kes dia sudah terbalik. (tapi, dia tak sedar ke yang dia patut bersyukur kerana suaminya ada di sisinya sepanjang masa!)

memanglah suami Rita tak adil pada Rita. Rita dijadikan seperti patung sahaja dirumah. mesti jaga anak2 dan layan batin dan zahir suami. yang lain tak dapat. cuti pun tak pernah pergi dengan suaminya dengan alasan, cuti suami hanya untuk anak2 dan isteri pertama. mereka sudah kehilangan dia dan itulah 'harga' Rita kena bayar.

apapun, Rita seorang isteri yang cukup taat. segala perintah suami diikuti. suami suruh tutup aurat, dia ikut. suruh duduk rumah jangan kemana2, dia turut. manakala isteri pertama adalah insan opposite kepada Rita. enggan tutup aurat dan gemar berfoya2 dengan kawan2nya.

anak2 sebelah sana pun dua kali lima. apa yang dilakukan ibu, dilakukan mereka. bebas dalam perhubungan dan pergaulan walaupun semunya anak perempuan. apabila ditegur ayah, mereka berani melawan balik. "itulah ayah. ini semua salah ayah. kalau ayah tak kahwin lagi, ayah pasti akan ada bersama kami setiap masa. dan kami tidak akan jadi seperti sekarang."

kalau anak2 dah kata cam tu, apa si ayah nak jawab? nak ke depan susah, nak berundur salah!

so kalau ada sesiapa yang plan nak jadi nombor 2, 3 ataupun 4. fikir2lah. apa yang anda lalui tidak akan seindah mimpi. lebih elok ke jadi pompuan simpanan daripada no 2? oopppppsssss!

12 comments:

  1. nak hidup senang mcm tu lh...kne pilih 1 drpd 2. nk senang duit hati susah. nak hati senang duit pulak susah..semua dlm dunia kne berkorban kn

    ReplyDelete
  2. hurmmm.... oppsss!!! better x yah nak jebakkan diri ngan laki org ok!!!.. bile kemahuan menghampiri laki org tu kuat, so kite pon akan ckp tu jodoh konon.. tp cube kalau kita istifar byk2 jgn hampiri sume ni.. sume akan ok..

    ReplyDelete
  3. mmg ada pompuan yg tergila2kan suami org, konon gentleman, ye la dgn pompuan kat luar sikit punya baik, bahasa lembut ber "Abang" dgn bini berpuluh tahun lidah kelu nak sebut Abang, "Aku" jer.Yg haram tu ( zina ) sedap, bini kat umah tak sedap,mmg sikap lelaki semmgnya mengoda setiap masa, pompuan diluar sana harus ingat, jgn layan dan kacau suami orang, klu bujang tak kisah, suatu hr pasti dia akan rasa bgimana sakitnya hati klu suami anda pulak di kacau pompuan lain

    ReplyDelete
  4. salam...k.jee julia ade kwn yg jd bini no 2 nie,yg kesian nyer pd mule nyer 1st wife tu x tau yg husband dier kawin lg sbb kwn julia kawin kt danok,thai.Rahsia diaorg x btahan lame smpai jugak cerita laki dier kawin lain kt telinga 1st wife tu.Bile rahsia tu dah bocor hubby kwn julia nie baru brani angkut kain baju tido serumah ngan kwn julia tp bahagia nyer cume btahan 2 bln je skang hubby dier asik blk umh 1st wife.Julia x brani nk msk cmpur atau nk nasihat kn dier sbb hubby julia dah warning.Kwn julia skang dah pregnant sedang kn hubby dier x jenguk atau blk kt umh dier lg.Mmg dulu julia nasihat kn jgn kacau laki org tp bile keadaan dier cm nie julia sedih & kesian ssgt.

    ReplyDelete
  5. banyak kes isteri kedua ditinggalkan selepas isteri tua tahu.itulah bila kahwin tak nak fikir masak2. bila masalah timbul takut lak nak harungi. sebab tu kot ramai pompuan skrg kawin budak muda sebab tak sanggup nak jadi no 2. janji suami dia bujang. kjee ada kawan yang bila dia tahu asben dia kawen lain, dia carikkan pompuan yg lebih lawa dan pinangkan tuk asben dia. ternganga bini no 2. yg happy asbenlah kan!

    ReplyDelete
  6. ade sorang kawan ni dia suka kawan dengan lelaki yang lebih tua dari dia semuanya yang d tengok adele 10 tahun tua tapi belum satu yang sangkut...macam kategori bujang laki orang duda dan macam2 le di tukarnya macam tukar kainbaju tanya kenapa buatcamni bukan masalah korang tanya nak cari camne adele jawapnya yang bestnya bila dia kawan dgn laki org sjantan tu gila separuh tiang di tinggalkan nya...nak kata masalah duit kawan ni executive ...bini org tu ngamuk kat dia pun dia takkesah...sampei la ni masih lagi camtu kawan dengan dgn laki orang entah bila nak berubah taktahu le......norasmah

    ReplyDelete
  7. dalam alam permaduan ini. kadang isteri tua yang derita kadang isteri muda tersiksa. semuanya menjadi mangsa keadaan walau hakikatnya peranan kedua-duanya adalah mangsa atau pemangsa.

    ReplyDelete
  8. orang ni sanggup buat apa saja asalkan senang bahagia. tak kiralah nak rampas hak sapa pun. yang merasa terampas akan merampasnya semula. siapa yang menang bukan soalnya kerana kedua-duanya adalah mangsa dan pemangsa. pilihlah salah satu peranan itu sekiranya nak merasa sangat nikmatnya bermadu.

    ReplyDelete
  9. komen jee memang kelakar habis...tersengih lebar hingga ke telinga.

    ReplyDelete
  10. tu la yg saya takut sgt2 tpi x berani ckp abes,kan takut nnt terbalik pd diri sendiri.wpun sya andartu tpi rasanya x sanggup nak bermadu atau menyakitkan hati isteri org sb kalau leh dielakkan,elakkan lah lah...lg pun sya x nak lah mendirikan kebahgiaan di atas penderitaan orang lain.cuba kita letakkan diri pgd diorang tentu kita pun akan mengalami perasaan yg sama,kan..wpun kebanyakan org kata 'dah jodoh dr loh mahfuz'..susah nak ckp lah perkara ni...tepuk dada tanya selera...wpun ramai org nak tlg sya carikan jodoh tpi sebagai 2nd wife..semua tu sya menolak dgn baik...hehehe...susah lah hidup berkongsi kasih org...lelaki mmg lah suka sgt2 sb tamak kan kaum tu...rasa bangga lagi lau ada byk cawangan,kan...

    ReplyDelete
  11. salam.....saya hanya nak bagi cadangan kalau kita sebagai umat islam biar lah hidup kita berlandaskan islam,Nabi Muhammad S.A.W telah memberi pedoman yang baik kepada kita.so....setiap masalah ada jalan penyelesaian rujukan kita Al-Quran.sama-sama kita muhasabar diri kita.sya minta maaf jika ada yang terasa ape yang saya coretkan.

    ReplyDelete