Thursday, June 2, 2011

Pesakit Mental Semakin Bertambah?

Marah, Benci dan takut Kjee pagi ini bila surf inetrnet dan baca akhbar2 online. Mana tidaknya. Ada cerita bayi baru lahir dihumban dari flat ke bawah sampai pecah kepala, bapa dibebaskan dari tuduhan sembelih anak, penarik beca rogol budak bawah umur, ibu diamkan diri anak diganggu secara seksual oleh suami barunya...

Isyhh macam mana boleh jadi macam ini? Bagi yang sudah terlanjur dan termengandung, janganlah dibunuh bayi yang dilhirkan itu. Ramai lagi nak pelihara. Tak payah campak dari atas flat. Letakkan je di mana2 nanti ada orang selamatkan!

Korang bacalah sendiri. Nak tahu lebih lanjut belialah Harian Metro, Kosmo.  dan The Star
 

Angkara ‘binatang’

MAUT...mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin.
MAUT...mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin.
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.
Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

Bebas tuduhan sembelih anak

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan seorang pengawal keselamatan yang dituduh menyembelih anaknya hingga mati dihantar ke hospital sakit jiwa selepas mendapati tertuduh tidak waras ketika melakukan perbuatan itu tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah mengarahkan Muhaimi Sautar, 34, dimasukkan ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru. Dengan keputusan itu, Muhaimi turut dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan membunuh anaknya, Mohammad Adam Muzhaffar, 3, pada 24 Ogos lalu.



MUHAIMI diarah untuk dimasukkan ke hospital sakit jiwa oleh Mahkamah Tinggi Kota Bahru semalam.


Saksi pembelaan, Pakar Perunding Psikiatri (Forensik) Hospital Permai, Dr. Bahi’ah Yahya mengesahkan melalui laporannya bertarikh 29 Oktober 2010 bahawa Muhaimi menghidap skizofrenia.
Skizofrenia ialah penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak.
Muhaimi didakwa membunuh anaknya di Kampung Sungai Budor di sini lebih kurang pukul 11.45 pagi hingga 12 tengah hari.






Penarik beca rogol remaja dijel

MELAKA – Seorang penarik beca dijatuhi hukuman penjara lapan tahun serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah merogol seorang remaja bawah umur pada April lalu.
Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, M. Hararna Jeet Singh, 56, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat.
Mengikut pertuduhan, M. Hararna didakwa merogol mangsa berketurunan India Muslim berusia 14 tahun di sebuah bilik di sebuah rumah beralamat T472, Jalan Chan Koon Cheng di sini pada pukul 10.15 malam, 27 April lalu.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan dia sudah berumur.
“Saya juga sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Teen a sex slave to her stepfather

Her mother was aware of the abuse, yet remained silent.
A source told the daily that the victim had on numerous occasions complained to her mother but her pleas went unheeded.
“The victim's mother advised her to put up with it so her husband wouldn't leave her,” he said, adding that the couple had been married for about three months.
He said the man became bolder after realising his wife would not take any action.
The man, in his thirties, then began to approach the victim every time his wife was out of the house.
“Unable to stand the abuses anymore, the victim ran away to her aunt's house in Bangi for protection because she didn't feel safe,” he said.
Accompanied by her aunt, the teenager lodged a report at the Pandan Indah police station in Kuala Lumpur on Monday.


3 comments:

Isteri Encek Bard said...

saya sedih baca berita pasal bayi dicampak tu Kjee

ibh said...

Kejam la...sedihnya lah masa dengar berita tu...Manalah sikap peri kemanusian orang tu..

Nazz@Purple said...

naz tgk berita smlm..k.jee ni bukn pertama kali dgr berita cm nikan..sebelum ni pun dah ade yg cmpak dr atas mcm sampah je..knapa msti ade orang buat lagi perkara yg sama..sgt2 lah tidak berhati perut..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...