Saturday, June 18, 2011

MURTABAK PERTAMA KU


 Actually ini bukanlah murtabak pertama Kjee. Dulu Kjee pernah buat murtabak corned beef. Ingat lagi masa tu bulan puasa. Tapi Kjee guna kulit canai. Kjee pergi kedai mamak dan beli beberapa ketul doh roti canai. Mamak tu pelik tengok Kjee beli. Macam nak tak naka jer jual.

Kjee masa tu teringin makan murtabak corned beef yang pernah Kjee rasa masa pergi Kuching berpuluh tahun lalu. Leceh jugalah Kjee bersama Unclepali cuba bakat tebar doh roti canai tu nak buat murtabak. Tak tahu rupa2nya ada cara lebih mudah iaitu guna kulit popia.

 Kjee first time nampak orang guna kulit popia masa Kjee ronda pasar juadah dulu. Mula2 Kjee macam pelik jugak. Tapi Kjee tak beli sebab dah biasa makan roti murtabak kulit roti canai.

Hah hari ni Kjee try. Kjee buat inti sama macam buat inti karipap. Daging Kjee guna minced beef. Of course cam biasa Kjee ni suka daging lebih so rasa daging jer lah murtabak ini.

Kjee buat sorang2 jer kat dapur sebab Unclepali tengah sibuk tahap gaban dengan kerja dia buat artwork dan design. Nadia lak keluar. Mula2 Kjee buat inti. Tak tunggu inti sejuk Kjee dah start proses buat murtabak.

Murtabak pertama cantik je. Murtabak kedua, bila lipat kulit tu, pecah2 kulit sebab keras. Hah Kjee tahu mana silapnya. First time tadi, kuali masih belum panas. Bila Kjee letak kulit popia atas kuali leper tu, Kjee pun kaup inti yang dah campur telor dan mula lipat. Tapi untuk yang kedua, letak je kulit popia atas kuali, terus jadi kering kulit tu. Lepas bubuh inti, Kjee nak lipat, dah kering dan pecah2.

So untuk keping yang ketiga, Kjee bubuh kulit atas pinggan, bubuh inti, lipat barulah Kjee letak atas kuali. Hah pandai tak aku. Hehehe. Api mesti jangan besar kalau tidak kulit jadi hangus. Kjee tak guna mentega tapi Kjee guna olive oil. Lebih sihat kan? Jom kita tengok resipi

BAHAN2NYA:

Kulit popia
Inti karipap
telor
minyak zaiton/marjerin

INTI KARIPAP KLIK SINI 

CARA:

Kjee guna kuali leper yang ada dua telinga yang dah season masa Kjee jual roti jala dulu. So tak payah guna kuali non stick. Keluarkan kulit popia, biarkan di suhu bilik seketika. Inti dicampurkan telor yang telah dipukul terlebih dulu. Kalau nak bubuh garam sikit pun dalam telor okay. Tapi kena rasa inti samada dah cukup masin. Letakkan dua keping kulit atas pinggan leper dan bubuhlah inti. Pastu lipatlah jadi empat segi. Bubuh sedikit pinyak atas kuali, disapu biar rata dan letakkan perlahan2 murtabak tadi. Kemudian biarkan ia masak sambil balik2kan perlahan2 bila perlu. Api biarlah kecil. Itu jer. Sedap makan dengan bawang yang telah dijeruk dengan cuka dan sirap. Tapi Kjee tak buat. Malas. Hehehe

4 comments:

  1. best nampak..meleleh air liur..

    ReplyDelete
  2. Alamak...melelh la kak Gee tgk murtabak akak tu...tetiba teringin nak makan murtabak juga....Dah ramai yg try buat murtabak pakai kulit popia ni..Nampaknya sue pun kena try juga ni...

    ReplyDelete
  3. Arrr.. saya dah tengok teknik buat murtabak guna kulit popia di blog 1001 resepi. Kata pemilik blog tu, murtabak stail ni dah lama popular di pasar malam Kuala Kangsar ( maaf kalau tak tersilap ). Saya belum pernah mencuba tapi saya rasa sedap lagi murtabak kulit roti canai. Apapun yang ini lebih mudah, tak perlu kemahiran menebar tepung.

    ReplyDelete
  4. nampak yummy kak G .....erm leh try jazakallah kak G

    ReplyDelete