Thursday, June 2, 2011

Kerabu Pucuk Betik Cara Kjee



Alhamdullilah. Kalau dah rezeki Kjee nak makan pucuk betik, dapat jugak. Dah banyak hari Kjee suruh Unclepali pergi amik pucuk betik. Tiap kali dia balik, kata tak ada. Tapi petang ni lepas kami jemput Nadia, Unclepali pun singgahlah ke kebun petik pucuk betik.Siap ada bunga sekali.

Nak rebus je ker, tanya Unclepali. Tiba2 Kjee kata nak buat kerabu. Dia kata ada sikit jer tapi Kjee tetap jugak nak buat kerabu. Unclepali dan Nadia bukannya reti makan.

Kjee dah lama tak buat kerabu. Kalau ada kerang lagi sedap. Tapi tak kisahlah. Beggars Can't Be Choosy kata omputih. Sampai jer rumah, terus Kjee ke dapur. Suruh Unclepali ketuk kelapa dan Kjee parutlah setengah biji. Guna parut baru beli kat Chow Kit tadi.

Rebus pucuk betik nak bagi hilang pahit ada caranya. Dulu Kjee jenuh cari pucuk jambu batu untuk direbuskan bersama. Ahhh tak payah rupanya, kata maid Indon Kjee dulu. Masa rebus, bubuh garam banyak2. Insya Allah nanti tak pahit sangat.

Oh ya ker? Kjee pun cuba. Memang betul rupa2nya. Tapi Kjee suka biarkan pucuk betil tu pahit2 sikit. Barulah sedap makan. Kalau tak nak pahit, makanlah buahnya. Hah gerenti tak pahit kan!

Jom kita tengok resipi cara Kjee.

BAHAN2

Pucuk betik dan bunganya (agak2lah banyak mana) direbus dengan garam sampai lembut. 
cili api (ikut kepedasan. Kjee bubuh banyak)
1 labu bawang besar (yang kecik sikit)
1 sudu besar udang kering, dicuci dan toskan
 ½ inci belacan
½ inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecik kunyit serbuk)
sedikit buah cekur (sukati nak bubuh)
sedikit garam
1 cawan kelapa parut (elok yang muda)
limau nipis

CARA:

Pucuk betik yang sudah direbus, dicuci, diperahkan airnya dan diracik kasar sikit.
Bahan2 lain digoreng/sangai atas api hingga layu. Tambah sedikit garam dan aji kalau suka. Kemudian tumbuk jangan sampai halus. Keluarkan dan bubuh sedikit perahan limau dan gaulkan dengan pucuk betik. Itu jer.


4 comments:

Anonymous said...

kecur air liur kjee..heehee..suzi fauzi

AI said...

bagus ni buat ubat...

wahh...cili api tu buat bedesing tinger...

sal said...

pucuk betik...emmm..mmg best pada yg pandai makan..rebus letak asam keping pun ok gak kak jee..kurang sket pahitnye..letak la dlm 3 or 4 keping ye...try le.. :)

Anonymous said...

Kjee saya ada dengar yang pucuk betik rebus bagus buat penawar demam denggi.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...