Saturday, June 4, 2011

Cutlet @ Bergedil Ikan Salmon



 Kjee tak pernah buat cutlet tetapi selalu makan di kedai nasi daun pisang. Asal resipi ini dari India kot. Kjee yakin kedai2 yang jual cutlet ni, buat guna lebihan ikan goreng yang tak habis dijual. So segala jenis ikan goreng gamaknya dia orang gunakan. Kita pun boleh buat sama. jangan membazir.

Tapi untuk cubaan pertama ini, Kjee godek freezer dan jumpa 4 keping ikan salmon. Ikan lain tak ada. Tapi hantam sajalah labu. Lagipun, Nadia dah boring makan grill salmon. So apa salahnya Kjee try buat cutlet.

Kjee buat hari ini 100% bergantung kepada citarasa Nadia. Maklumlah Kjee puasa. Nadia yang bubuh garam dan pak aji. Yang lain Kjee bantai jer. Selalu orang buat bergedil guna kentang tapi tekak Kjee rasa makan dulu macam dia orang bubuh 100% ikan.

Jom kita tengok resipi ini. Tadi masa menggoreng Nadia dan cilok sebiji. Dia kata sedap. Okaylah macam tu kan.

BAHAN2NYA:

4 keping ikan (Kjee Salmon. Boleh guna apa juga ikan)
1 labu bawang besar dicincang halus
dikepal dan leperkan sikit sebelum celup telur dan goreng
1 biji cili hidup dicincang halus
2 sudu rempah ikan (Kjee guna Babas)
daun kari (Kjee tak de so Kjee bubuh daun bawang)
1 biji telor (dipukul)
garam
serbuk perasa (optional)
minyak
2 biji telur (dipukul untuk dicelup)

CARA:

Rebus ikan separuh masak. Buang tulang dan tumbuk atau guna pengisar kering sampai halus. Masukkan dalam bekas dan campurkan dengan bawang, cili, serbuk kari ikan, daun kari yang telah diracik, garam, serbuk perasa dan sebiji telur yang dipukul terlebih dahulu. Gaul hingga sebati. Pastu dikepal2kan. Masa hendak menggoreng, dileperkan sedikit dan dicelup dalam telur yang telah dipukul. Goreng guna api sederhana samapai warna keemas2an.

Sedap makan panas2 dengan nasi. Kalau nak ratah jer sedap jugak kalau makan dengan mayonaise.

3 comments:

Ida,Japan said...

slm k'jee...emmm mesti sedap ni, tak pernah lagi mkn cutlet ikan..emm bila2 bole try buat

gee said...

waaaa sedapnya...mesti best ni kan...biasa buat pegedil dading aje ni ikan mesti lagi berkhasiat kan...nak cuba buat la sok

Amie said...

assalamualaikum kak jee,
heee... seronoknya dpt jumpa pelakon ini... masa kecik2 dulu (tv hitamputih), amie tgk lakonan kak jee (tak ingat tajuk drama) yg salah pinang antara adik & kakak, salah kahwin org tu... kak jee, amie follow kak jee yea...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...