Sunday, June 5, 2011

Gambit Tak Kesah Dikritik Video Klip 18SX

Amboi...usia Gambit baru setahun jagung dalam industri ini, jadi usahlah bunuh ia tika ia baru berputik. Itu sahaja nasihat yang mampu Kjee lontarkan kepada Gambit. 

Gambit? Siapa Gambit? Hah kalau ramai masih tak kenal siapa dia, maka dia belumlah cukup popular di persada seni tanahair. Lebih elok kalau dia  mencipta nama dulu sebagai pelakon yang berbakat besar memandangkan rupanya yang boleh dibawa ketengah. Usahlah kejar publisiti murahan yang tak boleh bawak awak tu ke mana2.

Hehehe korang mesti nak tahu kenapalah Kjee menceceh pepagi buta ni. Hari ni Kjee tak Puasa so energi lebih sikit pagi ni.

Gambit telah mencetuskan kontroversi apabila dia mengarahkan video klip seorang perempuan yang baru nak cipta nama sebagai penyanyi. Rasa Kjee perempuan ini belum layak lagi digelar penyanyi sebab belum ada pun orang kenal dia sebagai penyanyi. Malah ketika mula2 dapat tahu pasal video ini dan juga setelah menontonnya, Kjee jenuh tanya kengkawan media siapa dia. Artis Indon ke? Nama pun pelik. Rupanya anak Malaysia bukan keturunan Islam.

Tak kisahlah. Apabila Kjee tengok wall FB Tengku Khalidah, pengarang hiburan yang menerajui Pancaindera Mingguan Malaysia, Kjee turut terpanggil join sama forum tersebut petang Jumaat. Tak sangka pulak komen Kjee dipaparkan dalam Pancaindera hari ini.

Gambit nampaknya sedikit pun tidak rasa bersalah. Nadanya seakan ADE AKU KESAH. Itu rupanya attitude sebilangan anak seni zaman ini. Tak risau di krtitik ataupun dicemuh. Budak2 hingusan seperti ini tidak harus dibiarkan menjadi idola anak2 muda zaman ini.

Kalau dibiarkan, yang lain pun akan ikut serta. Idola seperti inikah yang kita mahukan untuk mendidik generasi akan datang?

Usahlah dabik dada kata video klip ini untuk pasaran US. Untuk pasaran UK (Ulu Kelang) pun kami tak selera nak tengok. Kat Ulu Semanggol camner?

Yang pasti...pengunjung ke you tube nak tengok video ini pasti mencecah jutaan orang hari ini!

4 comments:

  1. tak kenal pun ketiga2 artis ni... very low klaz je dorang.... nway gd review kak jee...

    ReplyDelete
  2. siapa dia org ni...kesiannn...

    ReplyDelete
  3. x kenal ketiga2 artis ni wlpn saya peminat artis indie...dan tatkala melihat vc ni juga rase jijik sgt...sokong dgn kata-kata kak jee, artis luar pun xde nak buat aksi murahan macam ni...

    saya sendiri yg dlm umur bwh 30-an pun terasa video ni x layak utk mana-mana pasaran pun (maaflah saya x tahu sgt psl seni)...dan mereka mmg x layak menjadi idola sesiapa pun...kesian mereka membunuh nama mereka dengan perkara-perkara murahan seperti ni...

    ReplyDelete
  4. low class...gediknya lebih...ala ala porno ringan pun ada gak,buat malu mak bapak je!

    ReplyDelete