Tuesday, June 7, 2011

Gambit 'Hanjingkan' Bloggers


Senario biasa ker ini?
Sedih sangat Kjee apabila intai ke beberapa blog tadi dan membaca cerita bagaimana beberapa blogger hiburan di'hanjingkan' oleh Gambit. Dia tidak puas hati dengan penulisan beberapa blogger yang mempertikaikan dia buat video klip yang didakwa mereka kelucahan melampau.

Gambit berulang kali menegaskan apa yang dilakukan adalah haknya. Dan kononnya hero dalam video itu, pelakon Shahz Jaszle tahu story board (jalan cerita) video klip itu dan sanggup melakonkannya. Jadi Gambit hairan bagaimana Jasle boleh mempertikaikan adegan2 yang didakwanya agak melampau.

Kjee berpendapat Gambit tak payahlah bukak mulut lagi. Diam saja dan tunggu serta lihat senario seterusnya. Lagi banyak Gambit cakap, lagi mengeruhkan keadaan. The harm has already been done. Nak gostan balik pun tak boleh sebab klip itu sudah disebarkan di You Tube. Bukan sahaja satu Malaya dah tengok tapi sampai ke mana saja ceruk yang ada internet.

Tak payahlah gelar orang itu dan ini anjing. Awak dari keluarga baik2. Difahamkan ayah awak seorang professor yang dihormati ramai. So please act smart. Lagi awak menyalak, lagi terserlah kehanjingan awak!

Kalau ada yang minat sangat nak baca apa salah seorang blogger tulis, pergilah ke papagomo.com

12 comments:

nj said...

Kak Jee comel..
Maaf le...malu pulak lah nak komen...nak nengok gambar tu pun I segan you...huhuhu.

Senyum selalu!

jeragang said...

Keluarga baik tidak semestinya orangnya pun baik.... ambik pengajaran dari cerita nabi nuh selalu...

ashiekien said...

betul lah kak jee....manusia yang buat sesuatu tanpa berfikir buruk dan baik nya....inilah jadinya...bila ditegur da menyalak salahkan orang lain...APE PUNYA "MANUSIA" PON X TAU LE....

Ryo Azhar Rahza said...

camtulah bila dah lupa diri kak jee...nauzubillah.

~~zAnAfAhMi~~ said...

Sayang la dia ni kak jee, rupa hensem tapi tak pandai nak bela diri sendiri. Katanya video tu tuk org Amerika, buat apa upload kt youtube, ditayang2 kt org2 kita ni? Pelakon pun ambik la mat saleh ke hape, lagu...jgn guna lagu melayu..ni tak, lagu melayu, pelakon melayu (kecuali Prima), jd menyampah pulak kt dia ni..

zany said...

anak profesor macam ni? profesor apa bapa dia? boleh jadi rosak bangsa dan agama dengan lakonan-lakonan ntah apa-apa mereka ni.

secangkir madu merah said...

kakJee, dia ni dah terlebih seni gamaknya...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

bleh tahan gak mulut si Gambit ni yer..
huhuhu

paridah said...

sungguh kurang sopan ye...orang menegur tentu sebab sayangkan bakat seni Gambit yg hebat tu. kalau pantang ditegur tak payahlah buat apa2.

KSWSK said...

begitu la bl seni tidak dilndaskan pd agama, adab n susila

Norehan Shariff said...

nauzubillah

Anonymous said...

Dia ni islam kan..astagfirullahalazim..semoga Allah bagi dia petunjuk untuk menjadi muslim yang sebenar...amin..suzi fauzi

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...