Tuesday, June 7, 2011

Mi Siam ke Mihun Siam?



 Nama masakan Mi Siam tapi tak guna mi. Guna Mihun. Pelikkan. Ada orang buat Mi Siam dengan kuahnya. Kjee malas.

Lagipun penghuni rumah Kjee tak pernah Kjee ajar makan dengan kuah. Kalau dia orang pandai menyusahkan aku pulak kan? Hehehe.

Tapi kalau nak buat kuahnya bukanlah susah sangat. Tapi kata orang kalau ada kuman M sini dalam badan, takkan menjadi punya.

Cara Kjee buat kuah dia senang jer. Well, orang malaslah, katakan. Kjee tumis semua bahan2 untuk buat mi siam.

Lepas tu, sebelum masuk udang dan bahan2 lain, Kjee keluarkan sikit rencahnya. Kjee bubuh air asam dan sedikit gula. Pastu masak balik. Bila nak makan, curahkan atas mi Siam. Hah itulah kuah siam versi Kjee.

Hari ini Kjee buat Mi Siam sebab teringin sangat nak makan. Nak buat semalam tapi Unclepali kata dah macam2 buat, tak penat ke nanti.

Okay...buat esok jer lah, malas nak bertekak. Tapi mi siam memang favorite Unclepali. So masa buat tadi, dia punya sukalah. Wah hari ni semua lauk kesukaan dia...mi siam, sambal sardin, telor dadar. Eh yang puasa aku sorang. Hehehe.

Resipi Mi Siam, tolong klik sini  Seperti biasalah kan. Tak kuasa nak type semula.

Hari ni Kjee tak guna daging. Lupa nak defrost. Guna udang jer. Semalam Unclepali beli udang segar2. Sekilo RM15. 

Satu hal nak bagi ingat kalau buat mi siam. Masakan ni cepat basi. Mungkin sebab taugeh dia Kjee masuk seketika, golek2 dn tutup api. So kalau nak makan petang, janganlah masak dari pagi. Alamat rezeki Cik Tong bin Sampah.



4 comments:

Mas said...

akak...mee siam sepinggan...
sedappnya tengokkk

AI said...

- K.Jee, mi siam ni macam mihun goreng kan...

Kjee said...

hehehe ya lah. takkan mi hun sup kot.

maz said...

sedapnyer kjee, mesti cuba ni..selalu buat mihun goreng biasa2 jer.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...