Wednesday, June 8, 2011

Asam Pedas Daging Cara Kjee






Ada orang tanya Kjee kenapa resipi asam pedas daging Kjee tak sama dengan asam pedas Melaka. Orang Melaka bubuh jintan dan macam2 lagi. Ya ke? entahlah. Namanya asam pedas. So kalau kita tak bubuh ikan, tapi letak daging ataupun ayam, namanya masih asam pedas kan?

Itulah teori Kjee. Wah teori lagi. Hehehe. Kalau dah bubuh jintan dan rempah2 lain, rasanya tidak sesuwai lah dipanggil asam pedas. Actually Kjee buat asam pedas bubuh daging ni ikut suka tekak Kjee jer.

Tapi ada kawan kata asam pedas ayam sedap. Hmmm otak Kjee tak dapat nak register sedap mana asam pedas ayam. So Kjee taklah pernah buat lagi.

Tapi asam pedas daging yang Kjee main hentam saja buat ini, bolehlah Kjee kategorikan sedap. Bubuh lah sehelai dua daun limau purut kalau tak ada daun kesom. Tapi Kjee pernah bubuh dua2. Tak jem pun otak Kjee dengan haruman dua daun tu. Hehehe.

Okay seperti biasa, jom kita tengok resipinya.



1kg daging (Kjee guna batang pinang)
3 labu bawang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu kecik serbuk kunyit*
2 inci belacan*
secekak daun kesom
1 mangkuk cili kering kisar (nak pedas tambah lagi. Kjee guna mangkuk tauhu faa)
1 cawan air asam jawa

CARA:

Daing dipotong ikut sukan dan rebus sampai lembut. Kalau guna daging batang pinang tak payah rebus. Potong, cuci dan tos hingga kering. Panaskan periuk. Bubuh minyak kira2 ½ cawan, kemudian tumis semua bahan bertanda * yang telah ditumbuk halus.

Apabila sudah naik wangi, masukkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak guna api sederhana. Kemudian masukkan daging (kalau direbus, masukkan airnya sekali) dan masaklah perlahan2

Apabila daging batang pinang sudah kecut, masukkan air asam jawa dan juga tambah lagi air mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan daun kesom dan/atau daun limau purut..

Bubuh garam dan aji (kalau guna). Kalau tidak, bubuh sedikit gula.

Selalunya, selepas semua bahan sudah masuk ke dalam periuk, Kjee perlahan api ke tahap sederhana dan biar asam pedas ini reneh sehingga Kjee puas hati dengan kepekatannya. Ada orang suka cair tapi Kjee suka kalau sedang2.

Oh ya, kekadang kalau ada serai di dalam peti ais, Kjee campak juga sebatang dua serai yang telah diketuk. Kalau tak de, no hal. Kekadang juga kalau mata Kjee ternampak lada hitam, Kjee masukkan kira2 satu sudu besar. Kjee ketuk2 dulu. Sedap dan meletup perut. Kalau ada bunga kantan pulak, lagi happening. Hehehe

7 comments:

Mas said...

perhhhh..pekat likat asam pedas daging tu...
mas pun buat sama ngan kak jee....cuma mas tambah tomato jerk....

Halena said...

cara kak jee sama la ngan cara sy.. sebijik.. cuma kalo susah nak dpt daun kesum tu sy tukar daun limau purut.. pun sedapp..

Avian Hokage said...

emm...Sedapnye..:PERCUMA !! ANEKA RESEPI TERKINI

Anonymous said...

sedap nengok...mesti lagi sedap dapat merasa...

Fiza Nordin said...

Mencari2 resipi daging masak asam pedas dan singgah di sini.thanks, resipi yg mudah dan bahan2 pun senang dapat!

Anonymous said...

saya tak reti masak, tapi time sy try resipi ni, suami sy pun kate sedap. hihi. terima kasih kak jee.

ItaComey said...

tq k'jie utk resepi ni. teruja saya nak buat ni...sedap je nmpak posingnya :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...