Wednesday, June 8, 2011

Dapat Rose Biru Dari HaSue



Blog HaSue: I Love My Life klik sini adalah salah satu blog yang Kjee suka singgah. Hari2 kena intai. Sebab? HaSue seorang ibu muda yang cukup ceria dan sempoi. HaSue tinggal di Sarawak.

Kjee suka cara dia menulis yang santai. Manja2 gitu. Dan yang paling penting, ibu kepada 4 orang anak yang masih kecil ini, rajin sangat2 memasak. Hari2 ada je entry dia. Lauk pauklah, keklah dan macam2 lagi.

Selain itu HaSue cukup bangga mempunyai anak2 yang comel2. Yang bongsu Zhariff baru berusia 6 bulan dan muka saling tak tumpah anak Korea. Suka sangat Kjee tatap wajah Zhariff.

Dan bukan senang nak kumpul pengikut seramai 1,000 orang. HaSue berjaya memikat mereka untuk singgah di blognya. Tahniah HaSue atau nama sebenarnya HaSuriah. Kjee dah ambil bunga biru yang cantik itu dan bubuh dalam umah Kjee. I Like!! Happy blogging.

1 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

Hasue mmg peramah walaupun tak pernah bertentang mata, mcm Kjee jugak la kan?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...