Wednesday, June 8, 2011

Suara Misteri Di Siang Hari!!!

gambar hiasan ehsan cik google


 Ini bukan cerita hantu. Kjee kan dah kata dulu tak mau tulis citer hantu lagi. Mesti korang ingat Kjee masa itu sampai mimpi. Kononnya ada kawan Kjee (dalam mimpi) suruh delete entry sekian sekian. Ingat tak?

Esoknya Kjee bangun terus ke komputer dan jenguk blog. Entry itu rupa2nya pasal gambar2 yang Kjee post mengenai tempat2 yang Kjee terserempak dengan hantu di Kampung Kemensah. Cik Han dah bagi 'warning'. Takutnya!!! Terus Kjee delete entry tu.

So sejak itu, Kjee serik nak tulis citer hantu. Jadi entry ini tidak ada kena mengena dengan Cik Han.

Tadi ketika kami tiga beranak keluar nak pergi makan nasi minang di Chow Kit, Unclepali pun drivelah sampai ke Wangsa Maju untuk ambil jalan ke Jalan Jelatek dari Taman Melawati.

Sampai di traffic lights simpang empat sebelah KLSC (Kuala Lumpur Sub Urban Centre), kereta kami duduk depan sekali di traffic lights. Kemudian sebuah motorsikal memotong kereta kami dan duduk depan sekali. Motor itu ditunggang dan dibonceng dua budak lelaki yang Kjee rasa dalam lingkungan belasan tahun. Dua2 tak guna helmet.

Wah korang mesti ingat Kjee nak citer pasal eksiden sampai budak2 tu pecah kepala or something like that kan? Oh tidak. Kan tajuk entry ini Suara Misteri. So korang ingat apa terjadi? Cuba teka. Ah tak payahlah. Kjee gerenti korang tak boleh teka dengan betul punya sebab umur Kjee yang dah banyak camni pun first time baru terserempak kisah aneh cam ni.

Eh cepatlah sikit. apalah Kjee merapu ni. Mesti korang dah saspen kan? Isyhhh biarlah panjang sikit Kjee tulis, supaya puas korang baca. Kjee kan penulis skrip. Kahkahkah.
gambar hiasan ehsan cik google

Selalu kalau Kjee nampak budak2 naik motor tak pakai helmet, Kjee memang suka bebel. Maklumlah Kjee ni kan ibu. Tapi hari ni Kjee diam jer sebab kami bertiga tengah seronok bercerita ntah apa topik tadi. Dah lupa.

Tiba2 entah dari mana, berdentum suara yang cukup kuat guna loud hailer! "Motor guna nombor sekian2 kat depan tu!!! Cepat pakai helmet!!".

Kjee panik. Cepat tarik seat belt sebab Kjee ni manusia yang rimas pakai belt. Saman RM300 tu babe.

Nadia pulak toleh ke belakang. Unclepali kata eh polislah. Tapi langsung tak nampak kereta polis. Tapi bunyi suara itu macam betul2 belakang kereta Kjee.

Kemudian suara itu sambung lagi: "Cepat pakai helmet". Budak2 itu pandang arah belakang kereta Kjee. Entah apa yang ditengok, kami tak pasti. Penunggang motor itu bagi isyarat dia hanya ada satu helmet. Dia langsung pakai hemlet itu. Kemudian suara itu bergema lagi: "Yang tak de helmet, turun!! Jalan!!" Maka yang membonceng itu mengelonsor turun. Kawan dia yang pakai helmet terus cabut.

Sampai sakit leher Kjee dan Nadia nak cari mana kereta peronda polis tapi tak der. Unclepali terus drive. Kami ketawa. Macam2 andaian kami. Unclepali kata mungkin kat traffic lights tu ada CCTV dan ada speaker. Nadia pulak kata mungkin ada polis bawak loud hailer naik kereta biasa.

Entahlah. Apapun, bagus jugak kalau orang awam diberikan kebenaran buat macam tu marah budak2 yang tak guna helmet. Unclepali kata ala polis pun satu...budak2 jer. Kjee jawab, kalau kat kampung mungkin tak per. Tapi ini tengah2 bandar. Kalau kita terlanggar dia dan buatnya dia patah riok atau mati, kita yang dipersalahkan walaupun budak tu tak guna helmet ke, jeket kalis peluru ke...

Betul tak?!!!

3 comments:

Anonymous said...

kelakar la...kalau saya jd penunggang motor tu mau pitam suara dr mana lak suh ikut undang undang tu, elok kalau benda cam ni de kat taman taman or kat otel otel time org buat maksiat kan kjee..mahu tobat tak buat lagi..hehehe...suzi fauzi

paridah said...

LUCU SUNGGUH CITE JEE N LUCU JUGA KOMEN SUZI FAUZI. GELAK TERKEKEH DIBUATNYA.KAT KAMPUNG BUDAK2 TAK SAMPAI KAKI PUN SELAMBA JE BAWAK MOTOR TAKDE SAPA NAK TEGUR PUN

bersama kak Es said...

teringat masa saya naik motor nak gi tuisyen .. macam tu la bunyi loud speaker tapi bukan sebab saya tak pakai helmet tauuu...
motor K** 12*& sila berhenti di tepi ...

waaaa..dia ingat saya takde lesen. sebab masa tu baru form 4. mgkin nampak kecik kot dia tak percaya !! tapi ..percayalahhhh

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...