Wednesday, June 8, 2011

Gerai Putu Piring Sedap Di KL



acuan
Teringat lagi Kjee masa kami tiga beranak ke Merlimau, Melaka masa Pilihanraya Kecil tak lama dulu. Kjee ternampak satu gerai orang jual putu piring di Merlimau. Unclepali buat emergency brake dan berhenti. Dia pun berjalan kira-kira 40 meter ke belakang pergi beratur.

Dekat 1 jam dia tak balik2 lagi. Kjee dan Nadia dah mula rimas dalam kereta. Akhirnya bila dia muncul, Kjee dah merajuk, tak nak makan. Sampai KL bila bukak peket putu piring tu, dah lembik sebab masa bungkus, putu piring tu masih panas.

sudah dibubuh gula dan tepung beras sebelum kukus
Kat Kuala Lumpur pun ada satu gerai putu piring yang sedap sangat. Sedap dan murah. Gerai itu terletak betul2 tepi jalan dari pasar Keramat menuju ke Jalan Jelatek. Gerai Putu Piring Din yang hanya ada meja dan pacak payung.

Tapi Din dan isteri dia terer niaga. Jalan Dato Keramat tu tak ada tempat parking. So dia buat dan bungkus siap2 dan simpan dalam thermos. Pelanggan lalu, siap duit, hulur kat tingkap dan capai kuih yang dah siap dibungkus. Satu bungkus RM2 dan setiap bungkus ada lima keping.

Tadi, oleh kerana Kjee pergi kira2 pukul 3 petang, jalan di situ tak sesak. Bolehlah Unclepali park di pinggir jalan dan Kjee turun, amik gambar dan borak2 dengan Din. Walaupun Kjee tak kenal dia, dia kata dia kenal Kjee dan cukup ramah.

Din asal dari Duyong, Melaka dan resipi putu piring ini dari arwah ibunya. Dia meniaga sejak tahun 1996. Di tempat lain dulu kot. Tapi di tempat sekarang, dia bukak pukul 11 pagi sampai 5.30 petang setiap hari kecuali ada hal.

siap kukus dikeluarkan kain muslin nya
tengah kukus
Tak payahlah Kjee nak cerita panjang lebar tentang putu piring Din. Kalau tak sedap, korang ingat Kjee nak beli ke? Rasanya cukuplah. Tak terkurang gula melaka, tak terlebih tepung atau tak tipu pasal kelapa putih.

Maklumlah orang meniaga kuih kat KL ni ada yang menipu. Selepas diperah santan barulah hampasnya dibuat inti. Tapi Din tak buat begitu sebab dia hanya jual Putu Piring.

Putu Piring asalnya dari Melaka. Kat tempat lain pun banyak jual tapi kekadang tak menepati citarasa Kjee.
Di pack siap2, lima keping dan bubuh dalam thermos

13 comments:

  1. salam kak jee, kat spore ni ada kedai putu piring kat geylang serai, beratur panjang kalau nak beli tu, baru2 ni ada pelancong Msia tulis dlm blog ckp putu piring tu sedap sgt, bagi saya pulak, dah 15 tahun duduk kat spore ni, tak sampai 3 kali saya beli...rasa putu piring tu biasa2 aje (dah la size kecik, mahal pulak tu). Bagi saya, kat pasar malam kg saya di Pahang tu berkali2 ganda lagi sedap...entah la..tekak masing2!

    ReplyDelete
  2. Putu piring ni favourite kita dan hubby. Kalau kat Melaka tu, putu piring yang kat Ujong Pasir tu sedap. Secukup rasa!

    ReplyDelete
  3. kak jee...kalau kami di jb, putu piring warna kuning...! first time tgok putu piring warna putih apabila study kat shah alam. rasa kelakar pula. sbb putu bambu je warna putih. =)

    ReplyDelete
  4. mas pun selalu beli putu piring...
    memang best....
    rasanya mas lebih suka putu piring dari putu bambu...kikiki

    ReplyDelete
  5. kak jee, baru saja hari tu sembang2 dgn husband pasal gerai ni. mcmana la dia orang meniaga tepi jln mcmana orang nak beli...

    ReplyDelete
  6. sedap k jee putu piring ni....saya suka sangat

    ReplyDelete
  7. betullah kak jee.. putu piring sedap.. dah lama tak dapat makan putu piring... tak jumpa lagi semenjak balik kg... adiuhhh rindu nak makan putu piring ni... laily

    ReplyDelete
  8. kak Jee, kalau putu bambu pulak yg sedap ialah kat kg baru, kat Raja Alang tu corner yg nak ke kedai Ramly Burger lama. senang citer simpang sebelum temple sikh kalau kita dtg
    dari masjid kg baru. dia betul2 kat corner tu, meniaga sampai malam. kalau bulan puasa cepat jer habis, siap org beratur panjang. sbb tu saya suka beli time bukan bulan puasa. -Sheila-

    ReplyDelete
  9. sheila - Kjee baru cakap ngan unclepali, lain kali kalau gi Ujang nak bagitau dia alamat blog Kjee. Sheila dah bagitau rupanya. thnx. pasal putu bambu tu, kjee dah bagitau frens kat mana tapi kjee tak sempat nak tulis lagi. putu bambu dia mmg sedaplah. anak kjee kata, putu bambu world tak leh lawan! kami selalu beli durian kawasan tu.

    ReplyDelete
  10. oh kak Jee tau juga putu bambu tu ya... yelah kita sama2 org kg baru, dah tentu tau kan. auntie saya tanya apa jadi ngan majid satey, mmg dulu fames tapi la ni tak tau mana nak dpt. masa kecik dulu bila sesekali family treat ke Sateria kat bukit bintang tu rasa best sangat. oh saya tau pasal mee rebus/jawa kat pasar minggu tu. and dulu ada satu gerai jual soto dekat2 ngan flat pasar minggu tu tapi now dah tak sedap, dulu begedil pakai potato, now pakai ubi keledek, makin kecik and kuah pun dah almost tasteless. lama dah family tak beli soto situ. and kitaorg suka makan ayam goreng pasar minggu setiap hari sabtu and selasa. kakak ni and husband meniaga gerai dia paling dalam sekali kalau dari luar pasar minggu tu. ayam goreng rangka dia sedap. dia siap jual rempah goreng tu juga kalau kita nak buat sendiri kat rumah. and paling saya suka tongkeng (bontot ayam) dia, dia dah service habis, maknanya tang saluran air kencing tu yg ada telur kuning 2 tu dia dah buang. and kat pasar minggu tu juga ada pakcik tua jual aiskrim durian with pulut and kacang tanah. terbaikkk aiskrim dia.

    ohhh sorry panjang lebar plak. when talking about food saya suka bercerita dan berkongsi. lagi2 bila tau kak jee org kg baru, excited! dlm FB 1001 resepi pun saya komen pasal satey yg kak Ida mkn tu, saya suruh dia try Satay station. :) -Sheila-

    ReplyDelete
  11. Putu piring Johor Kak Jee tak suka ke? Putu piring Johor warna kuning, dan bagi saya anak Johor tentunya ianya paling best tapi tak dapatlah kat KL ni ....

    ReplyDelete
  12. SALAM 1 MALAYSIA...kat bandar saujana putra pun ade putu piring,warna hijau lg,sedap gak...

    ReplyDelete
  13. Putu piring vs putu mayam
    embunklasik.blogspot.com

    ReplyDelete