Wednesday, June 22, 2011

ADIK2 KJEE SEPUSAT SEPUSING - MAK LAIN, BAPAK ASING2

Masa ni Deena tengah pregnant. Sekarang dah kembali slim cam anak dara.
Masa muda2 dulu Kjee selalu dengar kawan2 cakap macam itu. Especially kalau ada yang tanya, eh dia tu adik/kakak you ker? Sepusat sepusing, mak lain bapak asing2 atau pendekkannya SSMLBA. Maknanya bukan adik atau kakak lah. Hanya adik beradik hangkut. Hehehe

Sejak Kjee join geng2 blogger, Kjee dapat ramai adik2 sepusat sepusing. Tapi kan, lebih elok dapat adik2 sepusat sepusing daripada adik2 beradik sedarah sedaging yang tak ambil pusing, kan? Opppssss.

Semalam, eima-caa pamerkan luahan hatinya, hari ni Deena Sulaiman (sekarang dah guna Deena Yasmin - sempena nama arwah anaknya Yasmin Damia), pulak coretkan rentetan perkenalannya dengan Kjee.

Kjee kenal dengan Deena secara tidak sengaja. Semuanya Deena dah catitkan dalam entry terbarunya. Baca sini. 

Memang Kjee rasa serasi sangat kawan dengan Deena. Seorang wanita yang straight forward dan telus. Cuma satu jer Kjee tak suka pasal Deena ni. Hah saspen kan? Tapi dah tak boleh buat apa lagi...dah memang Kjee tak suka so bak kata Deena kalau Kjee tak suka, Kjee tak bagi can. Terus belasah.

Kjee tak suka Deena sebab dia comel sangat. Cernonit jer kalau berdiri sebelah Kjee (tengok gambar2). Rasa macam badan Kjee punyalah besar. Actually taklah besar sangat. Kjee pun comel jugak tapi silapnya pada Deena, cernonit sangat!!! Kahkahkah.

Anyway Deena, terima kasih kerana masih ingat saat2 pertemuan kita di jeti Langkawi, Januari lalu. Masa tu Kjee terkejut Deena turut menyambut Kjee, Unclepali dan Nadia walaupun dalam keadaan sarat mengandung. (At that time tak tahu Deena mengandung sebab kenal kat FB jer). Tapi dia bukan datang sorang. Dia datang dengan bos Pakej Percutian Pulau Langkawi, Encik Aman aka encik somi.

Best betul pergi Langkawi bawah pakej company suami Deena ni. Dalam jeti masa nak balik KL, Nadia dah tanya bila nak datang lagi. So korang yang bercadang nak ke sana, baiklah contact Deena Yasmin di FB. Wah promo lagi. Kalau kita tak tolong promo kawan, siapa lagi nak promo, betul tak?

Thanks Deena for the sweet write-up. Tak sangka ada jugak orang kenang Kjee macam ini.

Bukan Deena atau eima-caa sahaja tapi ramai lagi. Antaranya si budak comel Top Image dari Melaka dulu. Tergelak Kjee baca macamana dia excited apabila Kjee follow blog dia. Kalau korang happy, Kjee lagi happy tau!

Not forgetting adik2 dari Spore like Fenn, Maya, Zana dan Wati yang turun ke KL dan jumpa Kjee. Love and miss you all.

4 comments:

Deena Yasmin said...

thanks kjee.. bkn deena sorang malah kengkawan kat sini pun dpt rasakan keakraban kjee.. suka dgn lenggok bahasa penulisan kjee, lawak, dan ada masa kjee mcm singa huhu...dlm gambo jer kje nmpk besor kat luar biasa jer deena tgk.. comel mcm adibah nor.. :)

Kjee said...

yahoooo deena orang pertama kata Kjee tak besar sangat, hah betullah tu...I Like. Kahkahkah

Noor said...

Salam Kakjee ..blog ada masaalah sikit sejak dari pagi tak dapat upload gambar tapi ada satu cara Kakjee boleh load gambar....kakjee klik pada edit Html (bahasa coding) upload gambar dulu baru story. Tapi jgn delete sebarang teks coding di situ nanti blog jadi harubiru. Ada satu cara lagi Kakjee guna window live writer terus update ke blog. Sekian harap sedikit info ini dapat membantu.

Kjee said...

thnx Noor. Kjee tengah cuba.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...