Sunday, June 19, 2011

AL FATIHAH ZAMI ISMAIL

Ketika dirawat di hospital - gambar ehsan google

gambar ehsan google

Puas Kjee menyelongkar album gambar lama cari gambar2 Kjee dengan beliau tapi tak jumpa. Itu lah pasal. kalau tak perlu, ada aje depan mata. Bila diperlukan tak ada.Nasib baik ada gambar2 dalam internet.

Khamis lalu, Kjee pergi jumpa Hj Zubir di Branang nak berubat. Jumpa Mior Hashim Manap. Mior syorkan Kjee bawak rakan2 yang sakit jumpa Hj Zubir, ikhtiar. Katanya, Mat Busu pun berubat kat situ dan sekarang dah baik.

Dalam perjalanan balik, Kjee bagitau Unclepali nak pergi cari abang Zami ismail atau Pak Uda. Khabarnya dia sakit, so nak bagitau dia cuba berubat di Branang.

Pagi tadi Kjee dapat sms dari Ogy Ahmad Daud bagitau Pak Uda sudah tiada. Terkejut dan terkilan Kjee kerana tak sempat bawak beliau ikhtiar berubat.

Kjee kenal rapat dengan allahyarham ketika berlakon pementasan teater Syyyyyy... arahan Mior. Kami berlatih lebih kurang tiga bulan untuk pementasan itu. Antara pelakonnya Mat Busu, Mohamad Abdullah (Pak Busu. skrg dah arwah)  dan juga Imuda selain allahyarham.

Itulah kali pertama Kjee berlakon teater dan Kjee mengakui tak dapat mengikuti dengan baik disiplin anak2 teater. Maklumlah masa itu, berlakon teater tidak ada bayaran. Latihan setiap malam. Kjee ni bukannya lasak sangat macam budak teater lain.

Kira2 tiga atau empat hari sebelum pementasan, Kjee hilang suara. Doktor menasihatkan Kjee supaya rehatkan suara. Rehatkan suara? Empat hari lagi pementasan. Buku cenderamata siap gambar dan nama Kjee sudah siap dicetak. Tapi dah bukan rezeki Kjee. Akhirnya, Kjee terpaksa undur diri. Kjee ingat lagi pada buku cenderamata (souvenir program) ditampalkan kenyataan...Fauziah Samad terpaksa mengundur diri atas sebab kesihatan..'

Tempat Kjee diganti dengan Wan Maimunah.

Sepanjang tiga bulan berlatih dengan semua pelakon Syyyy.., kami semuanya rapat bagaikan bersaudara. Kjee ingat lagi satu malam, selepas berlatih, semua berarak ke rumah Kjee sebab abah Nadia (kini arwah) ada beli video tape baru 18SX.  Sebelum kami menonton, Arwah mintak izin solat dulu. Punyalah kami ketawa besar (bukan kami ketawakan dia nak solat tetapi suruh kami tunggu dia habis solat baru pasang tape). Minyak dan air tak bercampur, kata arwah.

Banyak lagi kenangan manis Kjee dengan arwah. Kjee pernah berlakon satu drama dengan beliau. Kalau tak silap judulnya Cucu Atuk arahan Cikgu Kassim. Turut berlakon Hajah Kartina Aziz.

Walaupun arwah seorang yang cukup lucu, namun di rumah beliau adalah seorang ayah dan serius dan tegas. Tidak pernah watak lucunya dibawak balik ke rumah. Kjee tanya kenapa, arwah kata dia tidak mahu anak2nya pijak kepala dia.

Khabarnya jenazah beliau disemadikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. Hilang sebutir lagi bintang veteran tanahair yang cukup besar bakatnya. Kehilangan yang pasti tiada ganti.

AL FATIHAH

6 comments:

Anonymous said...

Pak Uda dah ikut PAk Busu dah Kak Jee... :(
Kita sedekah Al Fatihah untuk mereka....

-Amin-

Aidah said...

Al Fatihah untuk arwah Zami Ismail.

Dee said...

Al-Fatihah..tiada lagi insan seniman yg pakai baju butang senget sebelah..arwah abah sy pun begitu..moga roh kedua2 mereka dicucuri rahmat..takziah buat keluarganya..

Anonymous said...

nanti sape pulak kita nak tengok pakai baju kancingtinggi rendah....rindu al fatihah...nor

Deena Yasmin said...

al fatihah buat arwah zami ismail...

Madam Casper said...

Alfatihah.....
Anak2 kenal dia sebagai Pak Abu dalam cerita HKLBR..berebut mike dgn pak jabit.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...